Utama Bilik (22) Hadith Al-Sakandary ‘Syaikh’ Rawi Yang Lemah Tapi Tidak Pula Terus Ditinggalkan

‘Syaikh’ Rawi Yang Lemah Tapi Tidak Pula Terus Ditinggalkan

271
0
Iklan

Syaikh: ia merupakan antara istilah Jarh wa Ta‘dil dalam ilmu rijal hadith. Secara umumnya maksud “Syaikh” sebagaimana yang dimaksudkan di sini ialah

seperti kata Imam al-Mizzi: “yang diinginkan (iaitu yang dimaksudkan) dengan kata-kata mereka (para nuqqad) dengan ‘syaikh’ ialah perawi itu tidak ditinggalkan akan hadithnya, dan tidak juga digunakan sebagai hujah dengan sendirinya (iaitu hadith perawi itu tidak berdiri dengan sendiri, tetapi ditulis hadithnya kalau-kalau boleh dibuat penguat)”. Bahkan sesetengah nuqqad kadang-kadang menggunakan lafaz ‘syaikh’ dengan maksud ‘majhul (tidak dikenali)’, ‘dha‘if tetapi bukan dha‘if teruk’, ‘pertengahan antara maqbul (diterima) dan mardud (ditolak)’.

Manakala Imam Abu Hatim apabila beliau menyatakan seseorang rawi itu sebagai ‘syaikh’ ia bukanlah bermaksud rawi itu ‘thiqah’, tapi ia bemaksud ditulis hadithnya untuk dilihat jika kalau-kalau boleh menjadi penguat (lil-i‘tibar), ia bukanlah bermaksud perawi itu ‘thiqah’.

[Rujuk: Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Jum’at: Satu Kajian Terperinci, Dr. Fathi al-Sakandary, hal. 40]

~ Dr. Fathi al-Sakandary ~

Komen dan Soalan