Utama Bilik (03) Ilmu Hadis Wujudkah Hadis Menutup Kepala Sewaktu Ke Tandas ?

Wujudkah Hadis Menutup Kepala Sewaktu Ke Tandas ?

1551
0
Iklan

Ada tak hadis Nabi pakai tutup kepala untuk masuk ke tandas?

Jawapan:
Oleh Benjamin Syazwan

Ada, penjelasan Maulana Asri amat bagus pasal hadis tu, try buka di Youtube. Kalau nak penjelasan bertulis kena tunggu Ustaz Meor.

Tiada larangan masuk tandas tanpa menutup kepala, cuma ada sesetengah fuqaha mengatakan ia makruh.

Antara dalilnya ialah satu hadis Aisyah “Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tandas, baginda menutup kepala, dan apabila mendatangi isterinya baginda menutup kepala”. Riwayat Baihaqi (no: 460). Dinilai Dhaif oleh Imam Nawawi dalam Majmuk.

Tetapi sabit daripada Abu Bakar r.a. tentang tutup kepala ketika masuk tandas sebagaimana kata Imam Baihaqi. Lihat Sunan Kubro Baihaqi (no: 460).

Dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah: kata ABu Bakar: Wahai orang Islam, malulah kepada Allah. Demi Yang aku berada di tangan-Nya, ketika pergi ke tempat lapang untuk qadha hajat dalam keadaan menutup kepala, kerana malu kepada Tuhanku”. (no: 1127).

Rujukan:
-Majmuk Nawawi 2/93-94.
-Majmuk Fatawa Uthaimin (bab Istinja).
-Sunan Baihaqi
-Musannaf Ibn Abi Syaibah

dari al-ahkam.net

Antara yang ana ingat, Nabi tutup kepala tu sebab nak halang orang lihat siapa yang buang hajat/masuk ke WC tu, mafhumnya begitulah
jaga kehormatan diri.

Wallahu’alam.

Pautan Bilik 03 Ilmu Hadith

https://telegram.me/joinchat/A0jOFDvr9Du81gVFGQqP3A

Komen dan Soalan