Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Halalnya Zina: Tanda Kiamat Ke-46

Halalnya Zina: Tanda Kiamat Ke-46

191
0
Iklan

Tanda-tanda Kecil Kiamat
☑️ 46/131 Halalnya Zina
☑️47/131 Halalnya Sutera untuk Lelaki
☑️48/131 Halalnya Beer
☑️49/131 Halalnya Alat Muzik

Hadith dalil:

ليكونَنَّ من أمَّتي أقوامٌ ، يستحلُّونَ الحِرَ والحريرَ ، والخمرَ والمعازِفَ ، ……
الراوي : أبو مالك الأشعري / المحدث : البخاري/ المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 5590

“Akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamr, alat musik (al-ma’aazif). ” HR Bukhari,kitab Shahih-nya dalam Bab
{ باب ما جاء فيمن يستحل الخمر ويسميه بغير اسمه }
Bab Apa-Apa yang Datang Seputar Orang yang Menghalalkan Khamr dan Menamainya dengan Nama Lain.

Hadith ini sahih, sanadnya bersambung, yang mengatakan hadith ini cacat ialah Imam Ibn Hazm al-Zahiri dan Dr Qardhawi dalam fiqh Musiqi. Namun ittifaq ahli hadith mengatakan hadith ini sahih.

Tanda ke 46, Halalnya Zina.

Turki antara negara pertama OIC yang menghapuskan zina mengikut peraturan negara EC, zina hendaklah dihapuskan kerana seks suka sama suka (consensual sex). Kemudian mereka mencela hukum hudud kerana zina sepatutnya dihalalkan. Di Malaysia, ada kumpulan yang mengedarkan kondom percuma, mereka menukar zina kepada amalan safe sex atau seks yang selamat hendaklah memakai kondom. Ini petanda kiamat yang jelas.

Komen dan Soalan