Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Diskusi bersama Doktor

Diskusi bersama Doktor

429
3
Iklan

Diskusi bersama Doktor

Pautan untuk bilik 50 Diskusi bersama Doktor: https://telegram.me/joinchat/A0jOFDww51H7qlBUifi3jA

S1 kenapa saya rasa dada kiri saya ketat sambil saluran tekak saya macam terhimpit. Bila saya bawa berjalan.. dada saya rasa sakit macam dicucuk dan saya rasa sakit dihujung tekak bila menarik nafas ke dalam..

mungkin rasa sempit pada saluran tekak disebabkan oleh reflux atau gerd. Ini akan menyebabkan rasa susah bernafas semasa berjalan disebabkan perut penuh dengan gas. Cuba buat pemeriksaan di hospital

S2  Anak saya 14 tahun perempuan. mengalami masalah keguguran
rambut. Apa pandangan doktor

Memang kadangkala rambut kita akan gugur lebih banyak dari biasa dan ini normal. Tapi jika sampai botak atau ada sakit sendi atau ada ruam merah di pipi sila ke hospital untuk buat pemeriksaan
S3 Lelaki umur 40tahun keatas bolehkqn makan supplement testoron doctor?
bergantung pada individu, jumpa doktor untuk memastikan samada perlu atau tidak. Body builders je yang hormone ni
S4  sy nk tau normal ke bila batuk tanpa hnti dlm 2minit lps tu prut trasa ada sesuatu brgrk dr bwh ke ats.. dan rasa sakit sangat.,bila nk brdiri tgk kn bdn akn rasa kejng di perut..kna kli kdua dr kiri ke knan prut.,sy tak tau knape..pertme kli kna,,sebb dmm dan batuk2 yg truk..
ini normal bila otot strain di sebabkan batuk yang panjang dan bertalu talu. Rasa sakit besar kemungkinan disebabkan muscle cramps
S5  Sy nak tanya apakah side efek sekiranya selalu bersukan di sebelah malam sehingga pukul 12@1pagi.
Mungkin susah nak tidur selepas bersenam disebabkan oleh hormone dan transmitters yang dikeluarkan dan kita kurang rehat. Tentang penyakit yang akan terjadi disebabkan bersenam lewat saya belum pernah lagi terjumpa
S6 mcm mna cara nk mohon bantuan dri kerajaan untuk tampung kos operation(jantung).
sebab nk byr kos tu keluarga x mampu..ada jalan x? kos 35k
Tak pasti minta maaf, jumpalah pegawai kebajikan yang bertugas di hospital, boleh tanya di kaunter bayaran
S7 kelopak mata kiri berdenyut sgt kuat.. Dkt kelopak mata berdekatan ngn btg hidung tu…makin lama makin kuat.. Mata smpai berair.. Apa masalahnya doc ?
Muscle twitching, berair mungkin twitching ini mengganggu pengaliran air mata di nasolacrimal duct yang terletak di situ
S8 kenapa kencing berminyak. Apakah ubatan yg boleh diambil jika kencing tak lawas.. Asyik
terasa nak kencing walaupun baru lepas kencing…
Belum pernah lihat kencing berminyak. Jika kencing tidak lawas mungkin disebabkan infeksi, batu karang atau prostate membesar bagi yang lebih 60 tahun, buatlah pemeriksaan air kencing dan ujian lain untuk menentukan sebabnya
S9  menurut setengah artikel yg sya baca,rokok elektronik ini tidak memudaratkan dan dpt membantu perokok2 tegar untuk berhenti merokok,dan kenapa sesetengah pakar perubatan dinegara kita mgatakan rokok elektronik ni memudaratkan?
Vapes merbahaya kerana kandungan nikotin tidak konsisten dengan label, tambahan pula kita tidak pasti apa lagi bahan campuran yang terkandung di dalamnya. Secara lojiknya pengeluar tidak akan mahu orang yang menghisapnya berhenti jadi bolehkah kita percaya dengan isi kandungan cecair dalam vapes
S10  Ank sy umur stahun lebih kena cirit birit n tongsil bengkak.
Dh g klinik doc just bg ubat dmm n garam yg larut dlm air. Cumanya ank syxnk minum air garan tu. Ada jalan lain x
cirit birit pada kanak kanak disebabkan oleh sejenis virus biasanya dan tonsil besar tetapi jika tiada tanda jangkitan bakteria seperti ada follicles, okay je jika hanya diberi ors untuk mengelakkan dari dehidrasi
S11 apakah itu Postural orthostatic tachycardia (POTS)?

pots sejenis penyakit rentak jantung laju bila pesakit berdiri dan ianya bukan sebab anxiety atau panik attack dan biasanya tekanan darah normal

s12 apakah punca / penyebab terjadinye POTS ini?

Punca terjadi bergantung samada primary atau secondary. Jika primary sebabnya tiada diketahui dan secondary pula disebabkan oleh keadaan kesihatan seseorang termasuklah kencing manis

s13 siapakah yg berisiko utk dpt POTS ini? Apakah rawatan yg sesuai bg POTS?

Tiada rawatan yang spesifik, biasanya dinasihatkan untuk mengambil air yang banyak 2 ke 3 litre air sehari dan tambah pengambilan garam. Ada juga yang diberi ubat tertentu

 s15 Bahayakah POTS ini kepada wanita yang mengandung? Apakah kesan kepada bayi yg dikandung itu?

Efek pada wanita mengandung saya tak pasti begitu juga kesan pada bayi

s16 kenapa tangan n kaki kiri saya terasa kebas apabila bangun dr tidur.

Keadaan biasa terutama bila cuaca sejuk

s17 Menurut doc yg merawat suami sy, rawatan stroke xsama. Ada dua keadaan samada stroke yg disebabkn salur darah pecah, atau stroke disebabkn salur darah tersumbat. Jadi rawatan dan ubatan pun xsama.. Cthnya mcm suami sy, dia belum diberi ubat utk cair darah kerana stroke berpunca dr bleeding.. Sama jugak dgn beberapa rawatan lain.. Cth stroke yg berpunca dr darah tinggi dan kencing manis, sgt tidak digalakkan mengurut dan bbrp rawatan lain.. So, bagus tak bagus berbekam bg pesakit stroke adalah bergantung pada keadaan pesakit.. Betul tak doc? Mohon pencerahan..

Bekam tidak boleh nak dikaitkan dengan teori perubatan sains, yang pasti darah kita sentiasa bersih, jika kotor kita tidak boleh survive

s18 salam dr2 sekalian saya nak tanya sikit boleh kalau dekat kaki kita timbul bisul2 kecil banyak dah sembuh dia muncul balik mcm mana rawatan terbaik ya?

Berkemungkinan tuan ada eczema yang menyebabkan kulit senang di jangkiti tapi elok juga untuk buat ujian terhadap kencing manis

s19 Betulkah makan telur setengah masak setiap hari tidak baik untuk kesihatan?

Pernah bertanya pada Dr Azlinda, ianya baik sebab telur merupakan protein yang bermutu tinggi dan jika setengah masak kolin yang ada di kuning telur tidak rosak dan ini membantu agar paras kolesterol darah tidak meningkat

s20 assalam doc..masalah saya skrng ni dah 6 bln hidng trsmbat..sihat tak sihat same je trsmbat..rawatan ape yg perlu dibuat ..pergi klink je doc bg ubat slseme je.,da bnyak mkn produk resdung tp tk jalan juga..ape perlu sy buat..syukran..

Harap dapat berjumpa dengan pakar ent mungkin turbinate dalam hidung sudah membengkak dan menyebabkan hidung sentiasa tersumbat. Jika turbinate bengkak boleh dirawat dengan ubat semburan ke hidung atau pembedahan untuk membuang turbinate yang bengkak

s21 Soalan ke 2..anak sy lps mmbuat injection umur 1 tahun..kaki nye mkin mem bngkok..sy perhatikan sehingga umur ank sthun 4 bln..dn smkn mmbengkok..sy pergi hospital bhgin pkr knk2 ..buat ujin mngatakan pnyakit ricket..mse lahir keadaan nye normal..mngkin ke kerana injection tu?umur ank skrng 2 tahun genap..

Ricket disebabkan oleh kekurangan vitamin d dan pada pendapat saya tiada kaitan dengan immunization yang diberikan. Sekarang macamana dengan keadaan anak puan

s22 Keadaan nye ukuran ktinggian nye mnurun,.mngkin sebb kakinye mkin mmbngkok..so dr bg ubt drop yg titis tu ..dan ubt asic folic..najisnye brtukar mnjadi kehitamn dan kdg kala hijau ke htmn..mngkin kh krna faktor ubt..dan doc sugest bli kt farmsi ubt colacyferol vitamin d 1000iu untuk 1 hr skli..amat susah mncri d farmsi mlka..so sy nk pndapt doc..boleh ke sy bg ank rwtn traditionl..khasiat daun kelor 4 kli tnggi klsium susu..so untuk ank 2 tahun boleh ke sy bust cra tu,,same ada kringkn daunnye n bncuh kdlm air atau jdkn pati ..

Minta maaf saya tak boleh nak beri pendapat sebab saya tidak mahir dalam perubatan tradisional

s23 Adakah ubt bisaprolol memberi effect kepada baby yg dikandung oleh ibunya menghidap POTS? Terima ksh

Bisoprolol memberi kesan pada janin di haiwan dan tiada kajian yang komprehensif terhadap janin manusia. Ubat hanya akan diberi jika advantages jauh melebihi kesan sampingan

s24 saya nak tau beza pressure stoking ngan anti embolism stoking utk.vena varicose vain…. Mne elok utk sya guna

Ini bergantung kepada kenapa, jika untuk mengelak dari mendapat varicose veins kena pakai compression stocking jika takut dapat dvt dan terjadi embolism kena pakai anti embolism stocking. Dvt disebabkan oleh keadaan kita yang tidak bergerak, terbaring terlalu lama

s25 Salam.nk.tanya kalo kte buat medical check up timr demam akan ada effect tak?untk wbc,gmt etc?

Akan effect wbc definitely

s26 Salam. Sebab apa ye berat badan susah naik?

Kena pastikan kita tiada penyakit apa-apa seperti kencing manis yang tidak terkawal, thyrotoxicosis ke, jika kita tiada sebarang penyakit, makan lah karbohidrat lebih dari biasa. Pertambahan berat badan ini hanya bergantung kepada 2 faktor, pengambilan makanan dan aktiviti. Jika makan lebih dari yang kita guna berat akan bertambah

s27 Saya pula berat badan tak mau turun

Makan kurang dari yang diguna dan lebihkan sayur, contohnya dalam satu pinggan, suku nasi, suku ikan/daging dan setengah sayur. Tambah dengan aktiviti fizikal, banyakkan berjalan kaki, kurangkan naik kenderaan

s28 salam,ubat homeopati bagus ke?dan betul ke jika simpan lama ubat lagi bagus?

Minta maaf, saya tiada pengetahuan tentang homeopathy, insyaAllah tahun depan nak cuba cari kursus homeopathy

 

3 KOMEN

  1. Assalamualaikum. Saya merupakan wanita berumur 24 tahun. Saya mnghadapi masalah kerap kencing tidak kira masa. Samada malam mahupun siang. Saya mula mngahdapi masalah ini swaktu brumur 19thun. Purata kekerapan sya mmbuang air kecil lebih kurang 15mnit skali. Saya tidak berasa sakit ketika mmbuang air kecil. Dh jumlah air kecil sye jugak normal dan kadang2 banyak. Saya ingin bertanya adkah saya mengalami masalah OAB. Ianya lebih kwrap trjadi apabila saya minum dan mkn sesuatu yg manis. Mnuman berais. Susu. Dan ketika saya tidak mengambil mknan dn mnuman tersebut juga saya kadang2 mngalami masalah ini…

  2. Soalan saya.. saya rasa tiba tiba rasa sakit yang amat sangat di uri..sakit nya rasa sampai ke pinggang belakang. Apa penyebab rasa sakit ni mohon jawapan terima kasih

Komen dan Soalan