Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 33 ( Umum)

Fiqh Wanita 33 ( Umum)

4572
0
Iklan

 

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
———————–

Soalan 1

Seorang peniaga menawarkan perkongsian modal untuk perniagaan emas kepada orang ramai. Dalam tempoh 10 bulan para pelabur akan mendapat 20% keuntungan daripada jumlah modal yang dilaburkan. Adakah cara ini dibenarkan dalam Islam?

Jawapan 1 Thtl

Memang boleh dengan syarat:
1. ada lesen dari bank negara sebab ia firma collect deposit dari org ramai
2. prinsip musyarakah, profit sharing kena jelas
3. kadar keuntungan tidak boleh fixed cthnya gerenti 20% return.
4. plan marketing dan profit diluluskan oleh panel syariah .

 

 

Soalan 2

Duda dan janda berkahwin. Perkahwinan tidak diketahui oleh keluarga bekas isteri dgn alasan untuk menjaga hati . Andainya suami memperkenalkan isteri yang baru dikahwininya sebagai kawan dan dia masih mengaku belum berkahwin , adakah jatuh talak?
Baru- baru ini si suami meminta isterinya berlakon sebagai janda untuk menyembunyikan perkahwinan mereka .

Jawapan 2 Thtl 

Boleh tipu dlm tiga keadaan .
Kitab Ihya  Ulumiddin jilid IV/284 mengutip sebuah hadits Nabi saw yang membolehkan seseorang berdusta dalam 3 (tiga) perkara:

ما سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يرخص فى شئ من الكذب إلا قى ثلاث: الرجل يقول القول يريد به الصلاح، والرجل يقول القول فى الحرب، والرجل يحدث امرأته، والمرأة تحدث زوجها

Artinya: Rasulullah SAW tidak memaafkan suatu kebohongan kecuali dalam tiga perkaran: (a) untuk kebaikan; (b) dalam keadaan perang; (c) suami membohongi istri dan istri membohongi suami (demi menyenangkan pasangannya).
Maka boleh jika itu saja caranya .

 

 

Soalan 3

Syeikh, salah ke kalau ayah atau abang kandung sendiri datang ke rumah anak perempuan/adik perempuan kandung tanpa izin suami perempuan tersebut?

Jawapan 3 Thtl 

Kena izin suami .

 

 

Soalan 4

Tentang anak susuan. Bukan 5 kali kenyangkah baru jadi anak susuan? Memadaikah sekali sahaja?

Jawapan 4 Thtl

5 kali  , baru jadi daging. Fiqh 5 kali dah set masa sahabat lagi.

 

 

Soalan 6

Apa apa hukum nya membunuh demi menyelamatkan harta & diri sendiri ?

Jawapan 6 Thtl 

Hukum membunuh kerana nak selamatkan harta dan diri.
Memang salah , tapi ketika dibicarakan , hakim akan putuskan dengan melihat fakta kes .

 

 

Soalan 7

Emas yang kita pakai kalau dikumpulkan melebih 85g juga wajib zakat ke?

Jawapan 7 Thtl 

Emas perhiasan ada nisab urufi. kena cek PPZ negeri di mana anda menetap .  PPZ selangor jika melebihi 800 gm, kelantan tak kena zakat walaupun banyak gm .
– selangor, > 800 gram
– kalau duduk kelate , no limit .

 

 

Soalan 8

Yang 85 gram  ini macamana, selama ini ingat di selangor tu 85gram.

Jawapan 8 Thtl 

Itu zakat emas gold bar, coins, atau zakat perdagangan, atau zakat wang simpanan/
jika kita ada 50K dalam simpanan, maka ia melebihi nisab 85gm gold.
1 gm gold RM170. maka 85 gm X 170 = RM14,450 .

 

 

Soalan 9

Kenapa negara kita malaysia memilih mazhab syafie ya majoritinya ?

Jawapan 9 Thtl 

Kerana guru2 lama kita , belajar fiqh syafiiy di mekah. masa dulu mazhab dominan di mekah ialah syafi’iy.
faktur kedua, ulamak2 tempatan berjaya memujuk sultan supaya menjadikan mazhab tersebut sebagai mazhab resmi .

 

 

Soalan 10

Bagaimana kalau mereka nak berpegang kepada mazhab lain ?
Contoh : Mazhab hanafi

Jawapan 10 Thtl 

Siapa yg nak pegang mazhab lain, secara peribadi sahaja . Amalkan sendiri .

 

 

Soalan 11

Kalau tak pasti sama ada kita dah niat puasa qadha atau sunat, nak pilih yang mana ?

Jawapan 11 Thtl 

Pilih sunat sebabb puasa sunat boleh niat sampai lunch time , biasanya niat posa ni dah ON bila makan sahur .
Bangun makan tu kan utk posa . Takkan bangun utk makan saja saja .

 

 

Soalan 12

Apa hukum kita tolong melipat kertas sembahyang untuk orang cina tu dengan niat sekadar suka2 saja untuk belajar lipatan origami? Sekarang mereka sedang menyambut perayaan hantu lapar.
Jawapan 12 Thtl 

Tolong lipat kertas utk cina sembahyang . walaupun suka-suka hukum nya haram , langgar surah al-Kaafirun dan 5:3

 

 

Soalan 13

Dalam hal agama memang tak ada alasan melainkan haram semuanya syeikh?

Jawapan 13  Thtl

Yang melibatkan sembahyang je…muamalat OK

 

 

Soalan 14

Ada satu persoalan.ini berlaku 20 thn lalu. Ketika adik saya dalam keadaan jahil. Mungkin kawin dslam usia muda kurang sabar dan dalam keadaan marah dan selalu bergaduh  tak sefahaman..lahir la ucapan “sumpah saya tak nak abg lagi” jadi perkataan sumpah itu memudaratkan rumahtngga mereka ke tak? Mereka kini hidup bahagia.jadi  bagaimana nak menebus perkataan tersebut kiranya jadi satu kesalahan ?

Jawapan 14 Thtl

Sumpah isteri, “sumpah I tak nak abang lagi”
tak valid, dalil:
“Allah tidak menghukum kalian disebabkan sumpah-sumpah yang tidak kalian maksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kalian disebabkan sumpah-sumpah yang disengaja” AQ 5:89

 

 

Soalan 15

Sumpah-sumpah yang dimaksudkan boleh jelaskn  syeikh ?

Jawapan 15 Thtl 

Yang bersumpah tu tahu fiqh sumpah dan akibatnya .

 

 

Soalan 16

Berkenaan cukur rambut bayi baru lahir. Tak sempat buat hari ke 7, sebab anak masih di wad. Saya teringat ada yang cakap kalau tak sempat hari ke 7, hari ke 14 pun boleh, kalau tak sempat juga, hari ke 21 (gandaan 7) sehingga seterusnya. Mohon pencerahan .

Jawapan 16 Thtl 

Time nak akikah, afdalnya hari ke7.

الْغُلَامُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, disembelih di hari ketujuh, diberi nama, dan dicukur kepalanya. (HR. Nasai 4149, Abu Daud 2837, Turmudzi 1522, dan dishahihkan Al-Albani)
Jika tak dapat, ditunda pada minggu berikutnya 14 dan berikutnya 21 (ini kaedah dalam mazhab hanbali dan malik)

 

 

Soalan 17

Boleh atau tidak, bila orang yang azan tu macam tak cukup nafas,kedengaran dia menarik sedikit nafas untuk mnyambung suara azan cth : laillahaillallaaahhh.
(Tanda titik tersebut tmpat dia berhenti, tarik nafas dan smbung ) bunyi macam putus-putus.

Jawapan 17 Thtl  

Azan ni kasi kat org yg dah diberi tauliah, biasanya bilal tetap ni dah lulus, depa kursus taranum azan dan bergaji.

 

 

Soalan 18

Seorang lelaki telah berzina dengan seorang wanita tetapi menikahi ibu kepada wanita yang dizinanya .Apakah taraf atau status pernikahkan itu?

Jawapan 18 Thtl 

Sah

 

 

Soalan 19

Macam mana nak jadi orang yang berdisiplin dunia dan akhirat?

Jawapan 19 Thtl 

Camna nak jadi manusia disiplin. Latihan dan jihad. Kursus personal development dan bersama kawan/sahabat org yg berdisiplin. Kalau boleh cari guru, mentor dan teman dr kalangan org yg disiplin dan berjaya

 

 

Soalan 20

Macam mana nak jaga hati daripads tertarik dengan lelaki?

Jawapan 20 Thtl 

Nak jaga hati supaya tak tertarik pd lelaki.
Takleh lawan fitrah, cuma kena tertarik kpd lelaki yg baik dan PW .

 

 

Soalan 21

Macam mana nak didik family sendiri jika family kurang arif dalam bab Agama?

Jawapn 21 Thtl 

Camna nak didik family sendiri, sentiasa hadir dalam kuliah2 agama yg baik.

 

 

Soalan 22

Memang sunat ke tengok jari telunjuk semasa ‘tahiyat’ .semasa sebut “Asyhadu anlaailahaillallah”

Jawapan 22 Thtl

Memandang telunjuk ketika tasyahud, sunat.
Dalil:
لا يجاوز بصره إشارته ” .

رواه أبو داود ( 990 ) والنسائي ( 1275 ) – واللفظ له – وصححه النووي في ” شرح مسلم ” ( 5 / 81 ) فقال : والسنَّة أن لا يجاوزه بصره إشارته ، وفيه حديث صحيح في ” سنن أبي داود ” .
“tidak melepaskan pandangan pada telunjuk” HR Abu Daud, Nasa’iy dan disahihkan oleh Imam Nawawi dan albani.

 

 

Soalan 23

Betulkah kita tidak disunatkan untuk baca bismillah ketika nak solat
dan sebelum doa iftitah?

Jawapan 23 Thtl 

Hukum basmallah
Khilaf, hanbali, baca pelan, syafi’iy, baca kuat dan Malik, tak baca basmallah.

 

 

Soalan 24

Sah tak solat kalau kita lupa baca bismillah sebelum fatihah. Lebih-lebih lagi dia jadi imam pada masa tu ?

Jawapan 24 Thtl 

Sahkah jika Imam tak baca fatihah .
Sah, sebab taqlid dgn Imam Malik .

 

 

Soalan 25

Apa hukum guna produk dari placenta manusia iaitu produk untuk kecantikan ?

Jawapan 25 Thtl 

Boleh guna fiqh istihaalah ,berubah dzat.

 

 

Soalan 26

Apa, hukum menjual susu ibu dan bagaimana status baby yg minum susu tu , jadi anak susuan ke?

Jawapan 26 Thtl

Takleh sebab ia celaru nasab .Nanti berlaku incest .

 

 

Soalan 27

Apa hukum menantu tiri (suami kepada anak tiri). Adakah mahram atau tidak? Batal tak wudhu’ ?

Jawapan 27 Thtl 

Mahram sementara, sentuh tak batal menurut jumhur. Sentuh batal tu lemah hujahnya. Sentuh tu istilah AQ, maksudnya jimak (seks)
jimak sahaja yg membatalkan wuduk, sekadar sentuh kulit tak batal.

 

 

Soalan 28

Berkenaan isu gmbar n video porno/lucah.Apa hukum terlihat gmbar tersebut ?
Dalam group  ade sesetengah ahli yang sengaja post gmbar atau video mcm tu.

Jawapan 28 Thtl 

Itu mmg takleh…fornografi memang haram dalam agama .

 

 

Soalan 29

Kalau terlihat foto porno secara tak sengaja ,apa hukumnya? Ada pendapat kata amalan kita tidak diterima selama 40 hari. Betulkah ?

Jawapan 29 Thtl 

Apa yg x sengaja, tak berdosa . Amalan tak terima 40 hari tu kalau mengunjungi pawang je, dah qiaskan secara fasid.
Mana ada hadith ” siapa yg melihat porno, solatnya tak diterima 40 hari”???
Yang ada, “siapa yg mengunjungi pawang dan membenarkannya, solatnya tidak diterima 40 hari” HR Muslim
Porno kan tak ujud di zaman salaf, porno ni produk zaman kita.

 

 

Soalan 30

Kalau dalam kes mcmni , jika yang share maklumat tu seorang ustaz, apa konklusi kita boleh buat? minta nas  yang shahihkan bolehkan syeikh?

Jawapan 30 Thtl 

Ya ,betul kena minta nas .
AQ, sunnah, ijmak sahabat dan pendapat Imam .

 

 

Soalan 31

Kalau lepas itu kita tidak ikuti lagi syarah dia atau column dia,bolehkan ?

Jawapan 31 Thtl 

Kalau dia banyak buat bid’ah atau sibarkan fatwa yg pelik, mmg kena  .

 

 

Soalan 32

A)Soalan ana agak sensitif. Boleh terangkan isu masturbation: takrif, hukum, penyelesaian. Juga bagaimana membawa isu ini dalam usrah bersama- sama pelajar perempuan ?
B) Tambahan untuk persoalan masturbation: jika ia terjadi di kalangan kanak-kanak , bagaimana hukum, cara untuk avoid dan nak nasihat ibu bapanya tentang itu ?

Jawapan 32 Thtl

Masturbasi atau SEKS DIY adalah fitrah manusia. Ia khilaf, mazhab syafi’iy, haram, manakala Hanbali makruh, Ibn Abbas dan murid2nya, harus. Harus di sisi Ibn Abbas jika naluri kuat dan belum mampu kawin .
Jika berdepan dgn anak2 remaja, maka kena dijelaskan hukum masturbasi, dibuat bila perlu dan cara melakukannya dengan selamat, baik anak lelaki dan perempuan
Masturbasi jika kerap, ia akan merosakkan alat kelamin dan lemah syahwat
1. hukumnya khilaf
2. teknik melakukannya
3. melakukannya jikamendesak sahaja bukan rutin .

 

 

Soalan 33

Masih bab masturbation, kes bagi perempuan ada yang  memasukkan sesuatu ke dalam faraj (maaf agak terbuka), apakah masih harus dan tak salah? Ada yang tanya, kalau mcm ni kena mandi wajib ke?

Jawapan 33 Thtl
*Anak remaja bukan larang, kita kasi panduan, buat bila perlu

*kalau masukkan seks toys dalam vagina ia bukan masturbate lagi…masturbate ni menggosok kemaluan je.

*kalau masukkan sesuatu dalam vagina dan keluar mani, mmg kena mandi.

*kalau masturbate pun dan keluar mani atau orgasm, maka kena mandi gok .

*panduan tu maksudnya, ajak puasa isnin khamis, suruh dia join kelab remaja,  kalau dia kuat sgt seks, boleh buat sekali sekala…jgn tak kasi langsung

*sebab hukumnya khilaf. Kalau Ibn Abbas, dia kasi je, mana2 org yg tanya dia. Akhir zaman atau tanda kecil kiamat (blk 49) seks mmg berleluasa. Sebab tu kita mudahkan anak kita kawin awal. Sebab b uruf dan parents yg kuat ikut uruf/adat .

 

 

Soalan 34

Macamana pula dengan pendapat yang membolehkan penggunaan alat muzik dan semasa beri kuliah boleh bermain alat muzik bertali? Bukankah 4 mahzab keras dalam ni?
Bukankah muzik boleh menghampiri kebinasaan dan melalaikan dalam mengingat Allah?

Jawapan 34 Thtl
Ada tiga ulamak yg OK pasal muzik,
1. Ibn Hazam sebab ia duduk di Sepanyol, muzik merupakan makanan utama org eropah. kalau muzik haram akan menyulitkan muslim eropah
2. Imam al-Ghazali, ini imam yg pertama membahaskan dengan detail, muzik halal dengan 5 syarat
3. syaikh dr Qardhawi dr Egypt, di mana Egypt adalah pusat musik dunia arab.

*Maka hukum muktamad muzik adalah khilaf
*Hukum Muzik tidak jelas kerana fenomena muzik belum kuat di zaman salaf. sama dgn rokok, ia belum ada di zaman salaf. muzik dan rokok adalah benda yg baru .

 

 

Soalan 35

Jadi kita kena ambil pandangan yang mana , macamana pula dengan muzik masa depan?

Jawapan 35 Thtl 

Pandangan tiga Ulamak di atas kerana mereka hidup dalam masyarakat yg cintakan muzik .
Malaysia khususnya org melayu amat cintakan muzik, maka kita kena fahami hujah2 Qardhawi, kalau tidak, kita akan berdepan dgn masalah kerana uruf lebih kuat .

Manusia ada tiga pancaindera:
– mulut, dia perlukan makanan lazat, maka hukum makan di restoren
– mata, dia perlukan pandangan yang cantik, maka hukum melancung
– telinga, ia perlukan bunyi yang indah dan merdu, maka hukum muzik dan seni suara

Ini asas nak faham muzik, telinga, mata dan mulut mahukan sesuatu yg lazat dan indah.
Kalau kita nafikan telinga dari haknya utk mendengar yg merdu dan syahdu, maka dia manusia yg keras dan tak ada jiwa kelembutan laa…bayangkan anda nafikan hak mata utk melihat yg indah, nafikan mulut anda dari menikmati juadah yg lazat.
Isunya, apa jenis muzik dan sejauh mana kita nak nikmati muzik…itu je takkan org sunnah nak lihat concert search, wings?

Musik ni dah stabil dan ada banyak kategori, ada pop, blues, jazz, rock, heavy metal…maka hukumnya ikut jenis musik tsb dan tujuan musik itu, samada kesenian atau memuja setan.
– mulut, takkan nak makan sepanjang masa
– mata, takkan nak melancung sepanjang masa
– maka telinga takkan nak dengar musik sepanjang masa.
*sebab qardhawi dan alghazali, kasi lima syarat tu.
*bila sepanjang masa nak muzik, itu addictive,x elok

 

 

Soalan 36

Adakah para syuhada boleh tarik 10 orang ahli keluarganya ke dalam syurga ?

Jawapan 36 Thtl 

Syafa’at si syahid, ia diberi quota tarik 70 bukan 10
(يشفع الشهيد في سبعين من أهل بيته)  abu Daud, 2552, albani sahih
dari abu darda'” org mati syahid akan memberi syafaat 70 org familinya.”

 

 

Soalan 37

Seorang lelaki telah menziharkan isterinya.dia enggan membayar kifarah.lalu diceraikan isteri tersebut.setelah habis tempoh iddah dinikahi semula bekas isterinya.soalannya adakah kifarahnya dikira selesai atau masih kena bayar.

Jawapan 37 Thtl
* Zihar dalam budaya Arab ialah lafaz suami bila dia dah tak mahu lagi mengadakan hubungan seksual dgn isterinya, maka dia akan kata ” punggung hak macam punggung emak saya”. Maka ia tidak lagi boleh mengadakan hubungan seksual kecuali kena bayar kifarat zihar.
*akan tetapi, jika mat melayu tu ziharkan isterinya, punggung hang sama dgn punggung  emak I,  dan selepas itu dia talak pulak, aku ceraikan dikau talak satu, maka tak ada lagi zihar. Talak dah over ride.
Maksudnya, dia double blow, dia zihar dulu kemudian dia talak pulak. benda yg tak perlu .

 

 

Soalan 38

Kalau habis eddah ,rujuk , tak perlu byk kifarat?

Jawapan 38 Thtl 

*khilaf, kalau mazhab syafi’iy kena
*sebab dia bermain dengan syariat
*Bila dia dibicarakan di mahkamah, hakim akan suruh dia bayar kafarat sebab Malaysia ikut mazhab

 

 

Soalan 39

Berkaitan solat subuh . Jika tempat kerja saya jauh dari kampung saya.Saya tak sempat sebab saya kerja ulang alik dari rumah ke tempat kerja sejauh 100km.
Boleh ke saya awalkan solat subuh saya?

Jawapan 39 Thtl 

Solat subuh di awalkan. Tidak sah. Dalil:
“Sesungguhnya solat ke atas orang-orang yang beriman itu adalah fardhu yang ditentukan waktu-waktunya”
(Surah An-Nisa’ Ayat:103)
Cara nak atasi:
1. ambil wuduk sebelum bertolak
2. singgah sebentar di petrol station, RnR utk solat
3. solat di dlm kenderaan cara duduk.

 

 

Soalan 40

Jika kita tengah solat isyak tiba tiba rasa macam datang haid pada rakaat kedua. Solat isya tu kena ganti kah bila haid dah kering?

Jawapan 40 

Sedang solat, kemudian didatangi haid, tak perlu ganti menurut Imam Ibn Taymiyah, kena ganti menurut mazhab syafi’iy dan hanabilah. Majmu fatawa 23:355

Komen dan Soalan