Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 34 ( Umum)

Fiqh Wanita 34 ( Umum)

224
0
Iklan

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
———————–

Soalan 1

Bolehkah  kita bayar upah pada orang yang sembelih lembu dan lapah daging korban ?

Jawapan 1 Thtl 

Memang kena upah .Nothing is free .

 

 

Soalan 2

Bolehkah  kita niatkan korban untuk orang yang sudah meninggal dan bukan  korban perlu ada akad?

Jawapan 2 Thtl 

Boleh korban utk arwah .
Akad jualbeli satu bahagian dengan tuan lembu .

 
Soalan 3

Pad memang tak perlu cuci bukan sebab kebersihan juga ke Syeikh?
Tapi ada yang kata darah tu kotor dan kena cuci baru buang pad tu .

Jawapan 3 Thtl  

Takyah sebab ia memang disposable .
Lampin dan pad memang disposable .

 
Soalan 4

Dalam juz Amma ,tafsir ibn katsir surah Al Balad , Allah telah bersumpah ke atas kota mekah , dimana tiada musuh pun dapat memerangi negeri mekah, adakah ini ada kena mengena dengan AQ 14:35-42 ?

Jawapan 4 Thtl

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman[1], dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku agar tidak menyembah berhala (14:35-41)
Ia adalah doa Nabi Ibrahim AS . Maka ia ada kaitan kerana doa Nabi Ibrahim dikabulkan .
Mekah dan Haji serta ibadat kurbani mmg syariat abraham

 
Soalan 5

Adakah solat sunat taubat ada pensyariatan?

Jawapan 5 Thtl

Solat taubat

« مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ». ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ (وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ) إِلَى آخِرِ الآيَةِ

“Tidaklah seorang hamba melakukan dosa kemudian ia bersuci dengan baik, kemudian berdiri untuk melakukan shalat dua raka’at kemudian meminta ampun kepada Allah, kecuali Allah akan mengampuninya.”

Kemudian beliau membaca ayat ini: “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (HR. Tirmidzi no. 406, Abu Daud no. 1521, Ibnu Majah no. 1395.
Mutaqaddimin, hadith ni dha’if, maka solat taubat tak sunah; albani kata sahih, maka ianya sunnah.
Taubat, bisa dgn solat 2 rakaat atau dengan tahajjud atau minta ampun ketika sujud .

 
Soalan 6

Apakah definisi yang dimaksudkan dengan taubat?

Jawapan 6 Thtl 

Taubat : pakejnya
a) insaf
b) minta ampun
c) jangan ulangi lagi dosa tersebut
d) sedekah

 
Soalan 7

Kalau ada majlis di office macam perhimpunan bulan dan diuruskan oleh satu department . Ada bacaan doa . Bolehkah  wanita yang baca doa  sedangkan masih lagi ada staf lelaki dalam office itu.
Apakah hukum atau tidak dibenarkan sama sekali ?

Jawapan 7 Thtl

Doa adalah ibadat , Ibadat kena ikut sunnah. sejak salaf, memang
perempuan tidak mengimami solat dan doa. Maka kalau buat juga , ia jadi Bid’ah agama.

 
Soalan 8

Solat tahajjud sebaiknya tidur seketika. Bolehkah solat tahajjud setelah bangun dari tidur. tapi waktu ketika itu 11.30 malam ?

Jawapan 8 Thtl 

Solat tahajjud dikerjakan sepertiga malam yang akhir sebab Allah turun ke langit dunia masa tu, kalau nak buat awal, sah, cuma rugi kerana Allah tak turun lagi.

 
Soalan 9

Macamana solat dhuha berjemaah tapi niat masing-masing . Maksudnya ada imam tapi hanya untuk guide saja ?

Jawapan 9 Thtl

Solat sunat boleh dikerjakan berjamaah , cuma tidak di rutinkan .

 
Soalan 10

Maksud berjemaah disitu , masa niat , makmuman ke Syeikh ?

Jawapan 10 Thtl 

Ya .

 
Soalan 11

Saya dengar imam  kata  solat sunat dhuha  tak boleh berjemaah , kena niat asing-asing ?

Jawapan 11 Thtl

Kalau niat masing-masing buat aper solat sekali , Imam diangkat untuk diikuti .

 
Soalan 12

Apakah amalan sunnah yang di amalkn pada hari ini ( hari asyura) selain berpuasa sunat ?

Jawapan 12 Thtl 

Amalan sunat 10 muharam ialah posa sahaja. banyak sedekah dan jamu orang makan tu tradisi kaum syiah rafidah .

 
Soalan 13

Jika seseorang berhutang kepada kawannya , dia tak sempat bayar sebab kawannya sudah berpindah dan sudah cari tapi masih tak jumpa.Apa yang harus di buat?

Jawapan 13 Thtl 

Cari sampai 1 tahun kemudian kalau masih gagal, kesan melalui FB, twiter, TG dan WA, maka derma ke tabung palestine, syria atau tabung mesjid je.

 
Soalan 14

Maksudnya sedekah  atas nama pemiutang ke Syeikh ?

Jawapan 14 Thtl 

Sedekah atas nama pemiutang. bila selepas 2-3 tahun katakan terjumpa, maka kasi tahu dah sedekah.

 
Soalan 15

Apa hukum menghadiri dinner/majlis yang dianjurkan oleh jabatan/organiser yang di dalamnya terdapat  mini konsert/karaoke sudah jadi kebiasaan dalam majlis?

Jawapan 15 Thtl 

Lihat apa yg anda pegang dgn hukum nyanyian. Kalau ikut salafi nyanyian haram secara mutlak, kalau ikut Imam Ghazali, Ibn Hazm, Qardhawi, ianya harus
kalau lagho, anda makan dan belah ajelaa, balik awal

 
Soalan 16

Apa pandangan syeikh tentang perubatan islam yang claim boleh mnyembuhkan hampir semua penyakit kronik melalui air yang di bacakan ayat al quran dan herba2?

Jawapan 16 Thtl

Perubatan Islam ialah hospital canggih, peralatan terkini dan doktor pakar, cth IJN, prince court, sime darby medical, KPJ hospital, itulah perubatan Islam yg hakiki. Kerana perubatan islam ialah penggunaan ilmu perubatan yg latest dan peralatan terkini.

Dalil kena pergi hospital:

نَعَمْ يَا عِبَادَ اللَّهِ تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلَّا وَضَعَ لَهُ شِفَاءً أَوْ قَالَ دَوَاءً إِلَّا دَاءً وَاحِدًا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُوَ قَالَ الْهَرَمُ

“Ya wahai sekalian hamba Allah, berobatlah kalian. Karena sesungguhnya Allah tidak menciptakan suatu penyakit melainkan menciptakan juga obat untuknya kecuali satu penyakit.” Mereka bertanya, “Penyakit apakah itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Yaitu penyakit tua bangka.” (HR. Abu Daud no. 3357 dan At-Tirmizi no. 1961)

Sapa yg kata IJN bukan perubatan islam, maka manhaj rosak .
Dalam hadith di atas nabi suruh gi hospital kerana hospital ada kepakaran utk mengesan penyakit dan kaedah rawatan yg terkini.

 
Soalan 17

Kalau lelaki yang bertindik boleh tak jadi wali nikah anak?

Jawapan 17 Thtl 

Wali atas budibicara jurunikah .
Status wali fasiq tu kena siasat oleh jurunikah
Pihak perempuan kena report kat jurunikah .

 
Soalan 18

Tindik telinga tu tanda -tanda orang fasik dan kalau dah bertaubat ?

Jawapan 18 Thtl

a)Ya , ikut hindu ,punk dan Skinhead
b) Ok, jika sudah bertaubat

 
Soalan 19

Betulkah kita tidak disunatkan untuk baca bismillah sebelum solat dan selepas takbiratul ihram , kalau sudah membaca bismillah , kita tidak disunatkan untuk membaca doa iftitah ?

Jawapan 19  Thtl

*a)Basmallah khilaf.Syafiyah wajib . Malik yang tak yah baca
*b)Doa iftitah sunat

Komen dan Soalan