Utama Tazkirah Admin Besarnya Kedudukan Hijrah Dalam Islam

Besarnya Kedudukan Hijrah Dalam Islam

163
0
Iklan

~Tadabbur Kalamullah 28 Zulhijjah 1436H~

وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ قُتِلُوا أَوْ مَاتُوا لَيَرْزُقَنَّهُمُ اللَّهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia”

[Surah al-Hajj 58]

#Berkata Imam Ibnu Jarir at-Tabari rahimahullah:

“Mereka yang berhijrah meninggalkan tanah watan dan keluarga semata-mata mencari keredhaan Allah swt dan mentaatiNya dan berjihad menentang musuhNya, kemudian mati atau terbunuh nescaya Allah rezekikan mereka pada hari kiamat dengan Syurga dan rezeki yang baik atau pahala yang banyak”

#Ini menunjukkan ganjaran nikmat yang Allah kurniakan kepada orang-orang yang berhijrah dengan ganjaran keampunan serta dijanjikan Syurga di samping pahala yang melimpah ruah.

#Sabda Rasulullah saw kepada Amru bin al-‘As r.a:

“Apakah kamu tahu bahawa Islam boleh menghapuskan dosa sebelumnya, hijrah boleh menghapus dosa semuanya dan haji boleh menghapus dosa sebelumnya” (HR Imam Muslim)

~Imam Nawawi berkata:

“Ini menunjukkan besarnya kedudukan Islam, hijrah dan haji. Dan dalam setiap satunya boleh menghapuskan sebarang dosa yang dilakukan sebelumnya” (Rujuk Syarah Muslim 2/497)

♡Semoga Allah swt mengurniakan kepada kita pelbagai nikmat kebaikan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita serta menjadikan kita orang yang sentiasa berhijrah kepadaNya♡

?Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Komen dan Soalan