Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Manusia Dimuliakan Kerana Takut Kepada Kekejamannya: Tanda Kiamat Ke-45

Manusia Dimuliakan Kerana Takut Kepada Kekejamannya: Tanda Kiamat Ke-45

158
0
Iklan

Tanda Kiamat Ke-45/131

Manusia Dimuliakan Kerana Takut Kepada Kekejamannya

(أكرم الرجل اتقاء شره)

Dalil hadith: Hadith pada no 44/131

إذا اتخذ الفيء دولا ،….. وأكرم الرجل مخافة شره

Hadith Abu Hurairah, “Jika cukai tidak diagihkan….manusia dimuliakan kerana takut kepada kekejamannya.” HT Tirmidzi, kata Imam Tirmidzi, sanad ini dhaif, tapi ada penguat.

Syarah: akan muncul di akhir zaman, manusia diangkat dan dimuliakan ancaman yang dia timpakan. Ini dinamakan budaya Mafia. Rakyat takut dengan ugutan, ancaman. Contoh zaman sahabat, penduduk madinah diugut dan diancam untuk memberi baiah kepada khalifah. Dan seterusnya tanah Arab menyaksikan banyak pemimpin yang kejam seperti Saddam, Mubarak, Assad, di mana rakyat terpaksa mengangkat mereka kerana takut kepada kekejamannya.

Komen dan Soalan