Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 29 (Umum)

Fiqh Wanita 29 (Umum)

165
0
Iklan

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
———————–

Soalan 1

Adakah hadith ini sahih: “sepeninggalanku tiadalah ujian yang lebih berbahaya kepada kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita.” (HR Bukhari) ?

Jawapan 1 Thtl

Sahih.

ما تَركتُ بَعدي فِتنَةً أضرَّ على الرجالِ منَ النساءِ. الراوي : أسامة بن زيد / المحدث : البخاري / المصدر : صحيح البخاري. الصفحة أو الرقم: 5096

HR Bukhari no 5095, perawi Usama bin Zayd ra.

 

Soalan 2

Bagaimana dengan air selusuh yang dibaca yasin dan ayat-ayat al-quran dan dibaca oleh suami atau bapa sendiri, untuk memudahkan bersalin.?

Jawapan 2 Thtl 

Air selusuh. Air selusuh maksudnya air jampi untuk mudah bersalin. Ianya makruh kerana menghilangkan peluang untuk mendapat slot masuk syurga tanpa hisab, yakni salah seorang yang akan masuk syurga tanpa hisab ialah orang yang tidak minta dijampi. Namun kalau nak juga minum air jampi atau ruqyah, harus, Jika ianya dari ayat-ayat AQ. cara lain ialah sentiasa berdoa dan makan buah kurma masak atau rutab. dalilnya :

وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا”

Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” [Maryam : 25-26]

 

Soalan 3

Kalau kita sendiri yang baca untuk minum sendiri macamana? Ayat-ayat ruqyah tu kita baca sendiri boleh kan? Kalau yang pasang cd ruqyah tu sama macam diruqyah ke?

Jawapan 3 Thtl

Baca sendiri tak perlulah minum airnya…pasang CD tak boleh.kena ada usaha manusia

 

Soalan 4

Saya terbaca komen sorang hamba diruang media sosial. Katanya: “Kita kan manusia yang lemah, maka perlu beramal dengan hadis yang (dhoif) lemah juga.” Soalan saya disini perlukah seseorang tersebut berkata begitu.?

Jawapan 4 Thtl

Yang sahih kan ada. Bukhari saja ada 7000 hadith

 

Soalan 5

Kalau pun Nabi tidak baca yasin, kalau kita baca yasin juga dapat dosa ke atau kita dapat fadilat baca quran?

Jawapan 5 Thtl

Baca AQ , surah mana pun baik dan dapat pahala. Dapat dosa, bila yasinan, baca berjamaah, dan tadah air yasin atau majlis baca yasin untuk SPM 2015 itu dosa kerana berlebihan dalam agama.

 

Soalan 6

Bolehkah kita menjual atau membeli haiwan yang haram dimakan seperti kucing atau burung?

Jawapan 6 Thtl

Boleh, sebab ia masuk business pet dan exotic animals.Ia industri yang lain bukan industy makanan.

 

Soalan 7

Kalau baca surah al- mulk dan al-sajadah selepas maghrib , itu boleh dikira baca sebelum tidur ?

Jawapan 7

Bila nak baca surah al-Mulk dan Sajadah di malam hari? dalil:

كان النبي لا ينام حتى يقرأ * (ألم، تنزيل) * السجدة و * (تبارك الذي بيده الملك) * “. صحيح. أخرجه الترمذي (2 / 146) والدارمي (2 / 455) وأحمد (3 / 340) وصححه الألباني.

Artinya: “Nabi SAW tidak tidur kecuali beliau membaca Surat Alif lam Miim (As-Sajdah) dan Tabarokalladzi biyadihil Mulk” (Sahih lighairihi, HR Tirmidzi (2898), Ahmad (23/26), Al-Hakim (2/446), dll.

Di sebutkan dengan dua jalur, salah satu jalurnya ada yang shahih, hadits ini di shahihkan oleh Al-Hakim, Adz-Dzahabi, Al-Arna’ut, Syeikh Al-Albani (Lihat : Silsilah Al-Ahadits As-Sahihah, karya Syeikh Al-Albani ” (no. 585)).

Bila boleh membacanya: Sebelum tidur, Nabi tidak tidur sebelum membaca, maka ia adalah luas, tak perlu disempitkan, lepas maghrib boleh, lepas isyak boleh asalkan sebelum tidur.

 

Soalan 8

Adakah hadith ini sohih?
“Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa” (HR At-Tirmidzi)

Jawapan 8 Thtl

Tashih hadith Termidzi :

ما يزالُ البلاءُ بالمؤمنِ والمؤمنةِ في نفسِهِ وولدِهِ ومالِهِ حتَّى يَلقى اللَّهَ وما عليْهِ خطيئةٌ. الراوي : أبو هريرة / المحدث : الألباني/ المصدر : صحيح. الترمذي. الصفحة أو الرقم: 2399 / خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح

hasan sahih

 

Soalan 9

Mengenai Syaaban itu, jadi tak perlulah puasa ? Tak sahih ke segala amalan tersebut?

Jawapan 9

No puasa, no salat, cuma bangun tahajjud saja. Tak ada celebration di masjid beramai-ramai.

 

Soalan 10

Siapa yang mulakan amalan yang bukan datangnya dari Nabi, para sahabat , tabiin ini seperti berpuasa, berjemaah dimasjid dan lain-lain lagi?

Jawapan 10 Thtl

Kalau ikut Dr Qardhawi, ia diluar era 300 hijrah. Disisi salaf, ia malam yang normal.
‍‌‌

Soalan 11

Sembahyang memohon sesuatu hajat. Contoh: anak nak ambik SPM.. Boleh tak dilakukan waktu siang(pagi/ lps zohor)‌‌‍‌‍‍?‌

Jawapan 11 Thtl 

Tak perlu solat hajat, cukup dalam doa solat fardhu dan sunat rawatib atau tahajjud. Solat hajat spm tu direka reka saja.Doa sudah memadai. Lagipun ia urusan dunia, study, tuition..skills

 

Soalan 12

Disekolah saya memang setiap tahun mengadakan solat hajat untuk pelajar yang akan ambil peperiksaan. Sekarang saya sudah tahu hukumnya, jadi bagaimana hendak lakukan sekarang? Semua cikgu ada tugas dalam pogram tu. Adakah kita perlu mengelak untuk tidak pergi atau solat juga tapi niat itu tidak khusus untuk solat hajat.?

Jawapan 12 Thtl 

Takut anak puan keliru. Dia belum mengerti khilafiah dan bid’ah. biarkan dulu tidak boleh membebankan kepada insan sesuatu yang ia tidak mengerti. Maksudnya dia belum mengerti bid’ah, maka biarkan dia ikut arus perdana, amalan kebiasaan masyarakat.

 

Soalan 13

Adakah hukum(makruh) ruqyah ini termasuk bagi perubatan islam seperti darul syifa’?

Jawapan 13 Thtl 

Makruh kerana kehilangan peluang masuk syurga tanpa hisab:

هُمْ الَّذِينَ لَا يَتَطَيَّرُونَ وَلَا يَسْتَرْقُونَ وَلَا يَكْتَوُونَ وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

“Mereka itu tidak melakukan thiyaroh (beranggapan sial), tidak meminta untuk diruqyah, dan tidak menggunakan kay (pengobatan dengan besi panas), dan hanya kepada Rabb merekalah, mereka bertawakkal.” (HR. Bukhari no. 5752)

 

Soalan 14

Apakah perlu membuat lawatan ke kubur 1 keluarga dan membaca yasin di kubur pada setiap kali sebelum ramadhan yang sudah dijadikan 1 perkara mesti dibuat setiap tahun. Bagaimana hukumnya?

Jawapan 14 Thtl

Pakej keluarga lawatan ke kubur. Ziarah kubur ni sunnah untuk mengingati mati tanpa ditentukan bila yakni hari dan bulan, ia kena bebas. ia boleh dalam bentuk individu dan keluarga. Maka tak ada ziarah kubur sempena Ramadhan atau hari Jumaat atau 1 syawal. jika ditetapkan bulan dan hari ia menjadi bid’ah. Lawatan ke kubur tidak boleh membaca AQ seperti Yaasin kerana mengikut mazhab syafi’iy, pahalanya tidak sampai, lagipun ia dilarang oleh Nabi saw

لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

“Janganlah kamu menjadikan rumah-rumahmu seperti kuburan, karena setan akan lari dari rumah yang dibanyakan padanya surat Al-Baqarah“. HR Muslim. fiqh hadith, dirumah kena bising dgn AQ, manakala kubur kena senyap sunyi tanpa AQ…berdoa sahaja

 

Soalan 15

Macama mana doa dialunkan dengan nyanyian boleh ke kita ikut, contoh kumpulan unic kebanyakkan lagu ialah doa yang di alunkan dengan muzik .mohon pencerahan.

Jawapan 15 Thtl 

Lagu dengan senikata doa. Boleh, asalkan jangan dii’tiqad ia sebagai cara baru dalam berdoa kepada Allah sebab
“Doa huwal ibadah” doa adalah ibadat, tidak boleh berdoa kepada Allah dengan menyanyikan doa. kalau semata-mata hiburan, tidak ada masalah, cuma jangan ada niat.

 

Soalan 16

Mengapa jenazah di letakkan di hadapan imam ketika untuk melakukan solat jenazah ?

Jawapan 16 Thtl 

Kenapa jenazah letak depan Imam. Itulah yang ada dalam kitab-kitab fiqh dan diamalkan sejak dulu, sebab itu namanya pun Solat jenazah. Dasar ibadat ialah taabbudi, maksudnya ikut.

 

Soalan 17

Tawassul dengan apa yang dibolehkan?

Jawapan 17 Thtl

Tawassul yang disyariatkan. *Tawassul = mencari perantara untuk mendekatkan diri kepada Allah. *Tawassul yang sunnah:

  1. Tawassul dengan menyeru asmaul Husna dalam berdoa dan zikir
  2. Menggunakan amal soleh, contohnya solat dua rakaat, puasa, sedekah dan kemudian meminta dari Allah
  3. Menyeru Allah dengan menyebut amal-amal yang besar yang pernah dilakukan sebelum ini
  4. Minta tolong orang salih mendoakan untuknya atau menjampinya…

(albani, at-tawassul wal wasilah)

 

Komen dan Soalan