Utama Tazkirah Admin Yakin dengan rezeki

Yakin dengan rezeki

138
0
Iklan

Bukan senang hendak mendidik diri kita supaya menyakini bahawa rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah SWT. Tidak mudah menyakinkan hati agar jangan cemburu dengan kelebihan dan nikmat yang diperolehi oleh insan lain.

Percaya dan beriman itu juga adalah rezeki. Diriwayatkan bahawa Nabi saw ada bersabda (maksud hadis);

Sekiranya anak Adam itu melarikan diri daripada rezekinya seperti dia melarikan diri daripada kematian maka nescaya rezekinya itu tetap akan menemuinya jua sebagaimana kematian itu pula akan menemuinya. [Riwayat Al Tabarani, Ibn Adi dan Abi Nuayml

Dalam riwayat yang lain pula ada hadith,

Sesungguhnya rezeki itu adalah lebih banyak mendatangi seseorang hamba daripada ajalnya.

#Kata kunci kepada rezeki ialah percaya, usaha dan berdoa sambil berserah dan menyakini bahawa kehidupan ini ialah perjuangan mengumpul bekal sebelum mati. Sesungguhnya tiadalah kehidupan yang sebenar melainkan selepas mati.

-Ustaz Emran-

Komen dan Soalan