Utama Tazkirah Admin Zuhudnya Rasulullah SAW

Zuhudnya Rasulullah SAW

199
0
Iklan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungan hari ini:-

Maksud hadis :- Drp Umar bin alKhattab r.a berkata, “Aku masuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w dalam keadaan Baginda saw sedang berada di atas tikar.” Umar r.a berkata :”Lalu aku duduk, ternyata aku dapati Baginda saw hanya memakai sehelai kain dan tidak ada kain lain selain yang dipakainya, sementara (kekesatan) tikar itu telah berbekas pada sisi Baginda saw. Saya juga (melihat) segenggam gandum sekitar satu so’ (gantang) dan beberapa helai “qaraz” (daun yang dipergunakan untuk menyamak kulit) yang terletak di sudut bilik dan kulit (yang telah disamak) yang tergantung (di dindingnya). Maka bercucuran air mataku keluar.” Baginda saw bertanya: “Apa yang membuatmu menangis wahai Ibnu alKhattab?” Aku menjawab, “Wahai Nabi Allah, bagaimana aku tidak menangis sedangkan tikar ini berbekas di sisimu (pada badanmu), dan ini sahaja harta yang engkau ada, aku tidak melihat selain dari apa yang aku lihat. Sedangkan raja Kisra dan Qaisar dipenuhi buah-buahan dan sungai-sungai (duduk dalam kemewahan dan taman-taman indah), dan engkau adalah Nabi Allah dan pilihan-Nya, namun hanya ini sahaja pemilikanmu.” Baginda saw bersabda : “Wahai Ibnu alKhattab ! tidakkah kamu redha bagi kita akhirat (beroleh dan mendapatkannya di akhirat kelak) dan bagi mereka dunia?” Aku menjawab, “Sudah tentu.” (Ibnu Majah : 4153)

عن عُمَر بْن الْخَطَّابِ رضي الله عنه، قَالَ: دَخَلْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ عَلَى حَصِيرٍ، قَالَ: فَجَلَسْتُ، فَإِذَا عَلَيْهِ إِزَارٌ، وَلَيْسَ عَلَيْهِ غَيْرُهُ، وَإِذَا الْحَصِيرُ قَدْ أَثَّرَ فِي جَنْبهِ، وَإِذَا أَنَا بِقَبْضَةٍ مِنْ شَعِيرٍ، نَحْوِ الصَّاعِ، وَقَرَظٍ فِي نَاحِيَةٍ فِي الْغُرْفَةِ، وَإِذَا إِهَابٌ مُعَلَّقٌ، فَابْتَدَرَتْ عَيْنَايَ، فَقَالَ: «مَا يُبْكِيكَ يَا ابْنَ الْخَطَّابِ؟» ، فَقُلْتُ: يَا نَبِيَّ اللَّهِ، وَمَالِي لَا أَبْكِي؟ وَهَذَا الْحَصِيرُ قَدْ أَثَّرَ فِي جَنْبِكَ، وَهَذِهِ خِزَانَتُكَ لَا أَرَى فِيهَا إِلَّا مَا أَرَى، وَذَلِكَ كِسْرَى، وَقَيْصَرُ فِي الثِّمَارِ وَالْأَنْهَارِ، وَأَنْتَ نَبِيُّ اللَّهِ وَصَفْوَتُهُ، وَهَذِهِ خِزَانَتُكَ، قَالَ: «يَا ابْنَ الْخَطَّابِ أَلَا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ لَنَا الْآخِرَةُ، وَلَهُمُ الدُّنْيَا؟» قُلْتُ: بَلَى

Komen dan Soalan