S: Sebutkan versi nuskhah Sahih Bukhari yang paling sahih di dunia?
J: Saya pernah bertanya soalan ini kepada guru saya al-Muhaddith Dr. Maher Yasin al-Fahl, soal saya:
“Syaikhuna, apakah naskhah manuskrip Sahih al-Bukhari yang paling lama serta paling sahih?”
Maka jawab Syaikhuna Maher al-Fahl:
“Naskhah manuskrip al-Saghani, daku melihatnya di rumah Syaikhuna ‘Abdul Wakeel bin ‘Abdul Haq al-Hasyimi”
~ Dr. Fathi al-Sakandary ~
S: Assalammualaikum, Bolehkah hanya mentaqlid satu Muhaddis sahaja dalam penilaian hadis seperti Golongan salafi kebanyakkannya bertaqlid pada Al-Albani
J: Bagi orang awam yang tidak mampu menilai hadith, maka baginya taqlid kepada mana-mana ulama hadith akan sahih dan dhaifnya hadith. Saya salafi dan saya tidak bertaqlid kepada al-Albani. Al-Albani dengan ketokohannya tidak menjadikan beliau sebagai muktamad dalam tashih dan tad’if, baginya tidak sedikit silap. Penuntut ilmu hadith yang benar mengkaji akan mengetahui bahawa sangat ramai tokoh hadith yang lebih hebat dan terperinci kajiannya berbanding al-Albani, ini tidak menjadikan al-Albani tertolak mutlak, diterima dan ditolaknya al-Albani sebagaimana ulama lainnya. Utamakan kajian huffaz salaf mutaqaddimin, semisal al-Bukhari, Abu Hatim dan lainnya huffaz.