Belajar Perlu Serius
TAZKIRAH SUBUH : USRAH LAJNAH TARBIYAH?
Al-Thabrani meriwayatkan daripada Abi Hazim daripada Sahal R.A, berkata bahawa beliau telah menyampaikan kuliah tentang sunah Nabi saw kepada kaumnya. Terdapat dikalangan mereka yang hadir bersembang dan tidak memberikan perhatian. Beliau merasa marah dengan sikap buruk yang ditunjukkan itu,lalu bangun meninggalkan para jamaah. Beliau berkata :”Lihat golongan ini, aku sedang mengajar mereka apa yang aku pelajari daripada Nabi saw, tiba-tiba mereka sibuk menceritakan perkara lain. Lebih baik bagiku untuk keluar dari tempat ini dan aku takkan kembali lagi.”
Abi Hazim lantas bertanya kepadanya: “ke manakah tuan hendak pergi membawa diri?” Jawabnya:”aku akan pergi berjihad di jalan Allah.” Beliau seterusnya ditanya: “Bagaimana tuan boleh turut serta sedangkan tuan merupakan orang tua yang uzur dan dikecualikan dari berjihad?” Jawabnya: “Wahai Abi Hazim, aku akan sertai peperangan dibarisan hadapan supaya terkena anak panah musuh yang tersasar,lalu aku akan mati syahid.”
Apa yang ahli semua faham dan dapat pengajaran dari cerita diatas yang pertama ialah menghadiri dalam majlis ilmu adalah sangat penting, kerana ia merupakan makanan buah hati. Dan dari ilmu juga kita akan dapat mengetahui mana halal dan haram. Yang kedua berilah penumpuan terhadap ilmu yang disampaikan agar difahami dan diamalkan. Yang ketiga menuntut ilmu merupakan ibadah yang tinggi nilai dan ganjarannya, kerana itu Sahal r.a mengambil keputusan untuk berjihad selepas melihat manusia sudah tidak berminat lagi dalam menuntut ilmu. Dan yang akhir ganjaran mati syahid terlalu mulia sehingga Sahal R.A berusaha mendapatkannya dan sertainya.
#UiTO