? Siri Kawaid Bid’ah 2/16: Tidak Ujud dalam Syarak Bid’ah Hasanah, bahkan semua Bid’ah itu Sesat (القاعدة الثانية: ليس في الشرع بدعة حسنة بل كل بدعة هي ضلالة)
Pengertian Bid’ah:
كل اعتقاد أو لفظ أو عمل أحدث بعد موت النبي صلى الله عليه والسلام بنية التعبد والتقرب ولم يدل عليه الدليل من الكتاب ولا من السنة, ولاإجماع السلف
“Setiap keyakinan, atau ucapan atau perbuatan yang diada-adakan setelah kematian Nabi saw dengan niat untuk beribadah dan bertaqarrub padahal tidak ada dalil yang menunjukkannya baik dari al-Qur’an, as-Sunnah dan Ijma’ salaf.” (al-Qaulul Mufid, Syaikh Muhammad al-Whushaby, KSA: 81)
Dalil tiada bid’ah Hasanah
عن العرباض بن سارية عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال “إياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل ببدعة ضلالة وكل ضلالة في النار” . صحيح: أخرجه أبو داود “5407” والترمذي “2676” وابن ماجة “42” وغيرهم.
Dari al-`Irbadh bin Saariyah dari Nabi Saw,” Jauhilah kalian dari mencipta perkara yang baru (dalam agama), kerana sesungguhnya setiap perkara yang baru (dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap (semua) bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.”
Bahagian 2:
Syarah
Kaidah ini menafikan ujudnya istilah Bid’ah Hasanah dari segi syarak. Dalilnya:
فقد قال عبد الله بن عمر: كل بدعة ضلالة وإن رآها الناس حسنة.
أخرجه اللالكائي “1/92” بإسناد صحيح
Berkata Ibn Umar ra, “Setiap bid’ah adalah sesat walaupun dilihat oleh manusia sebagai hasanah.” Isnad sahih, dikeluarkan atsar ini oleh al-Laalika’iy
Maka pembahagian bid’ah kepada wajib, sunat, haram, makruh dan harus adalah pembahagian bid’ah yang salah dan bertentangan dengan nas hadis dan kefahaman ahli hadith sejak salaf.
Bahagian 3: Syarah
Dalil fuqaha bahawa adanya di sana Bid’ah Hasanah atau Bid’ah yang baik
Nabi bersabda:
ﻣﻦ ﺳﻦ ﻓﻲ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﺳﻨﺔ ﺣﺴﻨﺔ ﻓﻠﻪ ﺃﺟﺮﻫﺎ ﻭﺃﺟﺮ ﻣﻦ ﻋﻤﻞ ﺑﻬﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺃﻥ ﻳﻨﻘﺺ ﻣﻦ ﺃﺟﻮﺭﻫﻢ ﺷﻲﺀ ﻭﻣﻦ ﺳﻦ ﻓﻲ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﺳﻨﺔ ﺳﻴﺌﺔ ﻛﺎﻥ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺯﺭﻫﺎ ﻭﻭﺯﺭ ﻣﻦ ﻋﻤﻞ ﺑﻬﺎ ﻣﻦ ﺑﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺃﻥ ﻳﻨﻘﺺ ﻣﻦ ﺃﻭﺯﺍﺭﻫﻢ ﺷﻲﺀ
“Barangsiapa merintis (membuat atau meletakkan) jalan yang baik dalam Islam, maka ia memperoleh pahalanya dan pahala orang-orang yang melakukannya sesudahnya, tanpa berkurang sedikit pun pahala mereka; dan barangsiapa merintis (membuat atau meletakkan) jalan yang buruk dalam Islam, maka dia menanggung dosanya dan dosa orang-orang yang melakukannya sesudahnya, tanpa berkurang sedikit pun dosa mereka.”
HR Muslim no 1017 ( الراوي : جرير بن عبدالله | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلمالصفحة أو الرقم: 1017 )
Bahagian 4: Syarah
Atsar Umar al-Khattab ra ketika dia mengumpulkan orang ramai untuk solat tarawih berjamaah.
ويحتج أيضا من يقول بالبدعة الحسنة بقول عمر لما رأى الناس مجتمعين في صلاة التراويح نعمت البدعة هذه
Umar berkata,” Sebaik-baik bid’ah adalah yang ini” (Muwatta’ Malik, no 231, sahih)
Ulasan Imam Ibn Taymiyah (Iqtidha’, 2:589): (وهذه تسمية لغوية لا تسمية شرعية، وذلك أن البدعة في اللغة تعم كل ما فعل ابتداء من غير مثال سابق)
Bid’ah yang disebut oleh Umar dilihat dari sudut bahasa sahaja bukan dari segi syarak, ini kerana bid’ah dari segi bahasa bisa merangkumi semua benda yang tidak ada contoh sebelumnya .
Kata Ibn Rajab (Jami’ al-Uloom, 233):
(وأما وقع في كلام السلف من استحسان بعض البدع فإنما ذلك في البدع اللغوية لا الشرعية)
Memang terdapat para salaf yang mengaitkan hasanah dengan bid’ah, tapi sebenarnya mereka merujuk kepada lughawiyah bukan syari’iyah (bahasa bukan syarak).
Bahagian 5: Syarah
Atsar Ibn Mas’ood ra: (بأثر: “ما رآه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن”.)
“Apa saja yang dilihat oleh orang Islam sebagai baik, maka baiklah di sisi Allah.” maksudnya jika orang Islam buat bid’ah hasanah, maka hasanahlah juga di sisi Allah.”
Kata Ibn Qayyim rh: (قال ابن القيم في الفروسية “60”: في هذا الأثر دليل على أن ما أجمع عليه المسلمون ورأوه حسنا عند الله فهو حسن، لا مارآه بعضهم فهو حجة عليكم)
Kenyataan di atas bermaksud apa yang ijmak di sisi orang Islam bukan sebahgian umat islam.” al-Furusiah ms 60.
Jadi ia sebenarnya isu Ijmak.
Kata syaikh al-Albani dalam silsilah al-Dha’ifah, 2:17, ada dua isu:
1⃣ Ia mauquf kepada Ibn Mas’ud dan Mauquf bukan hujah syarak
2⃣ Ia bermaksud ijmak sahabat dalam beberapa perkara bukan semua perkara, ia juga merujuk kepada al-muslimun yakni ulamak atau org Islam yang berilmu bukan semua muslimin yang jahil termasuk. Antara contoh Ijmak sahabat yang dimaksudkan oleh Ibn Mas’ood ialah kisah ijmak sahabat akan pemasyhuran Abu Bakar sebagai khalifah pertama. Inilah yang dimaksudnkan dengan apa yang dipandang baik oleh orang Islam.
Rumusan:
1⃣ Tiada di sana istilah Bid’ah Hasanah, sebab semua bid’ah itu sesat. Jika disebut oleh salaf bermaksud lughawi/bahasa sahaja
2⃣ Apa yang dinamakan hasanah di zaman salaf bermaksud ijmak mereka dalam beberapa isu bukan semua isu. ?
Soalan:
Syeikh, kasi terang lagi sikit pasal ijmak sahabat ni, maksudnya bid’ah hasanah yang dibuat sahabat ke?
THTL: Maksudnya apa yang sahabat berijtihad, maka ia menjadi bid’ah hasanah dari sudut lughawi.
Contoh: Memilih Abu Bakar sebagai pengganti atau khalifah pertama. Ia adalah bid’ah hasanah kerana tak ada contoh sebelumnya. Ia bid’ah hasanah kerana semua sahabat atau penduduk madinah bersetuju dengan perlantikan dengan proses perlantikan abu Bakar tersebut.