Utama Bilik (20) Silsilah Hadith Sahih Hadits 29: Menyayangi haiwan walaupun seekor anjing

Hadits 29: Menyayangi haiwan walaupun seekor anjing

238
0
Iklan

Seorang lelaki berjalan di satu jalan, sehingga dia berasa sangat haus, dia menemui sebuah telaga. Lalu dia turun ke dalamnya, minum airnya, dan keluar darinya. Terdapat seekor anjing menjilat-jilat tanah basah kerana terlalu haus. Lelaki itu berkata: “Anjing ini pasti terlalu haus sebagaimana aku tadi.” Lalu lelaki itu turun sekali lagi ke dalam telaga dan mengisi khufnya dengan air, kemudian memegang khuf tersebut dengan mulutnya sehingga dia keluar dari telaga tersebut dan memberi minum kepada anjing. Lalu Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Sekiranya kami berbuat baik kepada haiwan kami akan mendapat pahala?” Jawab baginda: “Pada setiap makhluk yang memiliki hati yang basah ada ganjarannya.”

بينما رجل يمشي بطريق، إذ اشتد عليه العطش فوجد بئرا فنزل فيها فشرب وخرج، فإذا كلب يلهث يأكل الثرى من العطش فقال الرجل: لقد بلغ هذا الكلب من العطش مثل الذي بلغ مني، فنزل البئر فملأ خفه، ثم أمسكه بفيه حتى رقي فسقى الكلب فشكر الله له فغفر له، فقالوا: يا رسول الله! وإن لنا في البهائم لأجرا؟ فقال: في كل ذات كبد رطبة أجر.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 6009, Muslim no. 2244.

Ulasan:

1. Setiap umat Islam sepatutnya berbuat baik kepada anjing sebagaimana haiwan-haiwan lain.

2. Hadits ini menjadi hujah Al-Bukhari bahawa anjing tidak najis.

#SilsilahShahihah:

Komen dan Soalan