Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Menyibarnya Kejahilan : Tanda Kiamat Ke-28

Menyibarnya Kejahilan : Tanda Kiamat Ke-28

196
0
Iklan

Tanda Kiamat Ke-28/131
Menyibarnya Kejahilan (ظهور الجهل )

Sepatutnya umat islam sentiasa belajar dan mengajar, continuous unlearn and re-learn (terus membuang ilmu yang salah dan mengisi dengan ilmu yang sahih). Namun lain yang terjadi di akhir zaman, Nabi saw mengkhabarkan sebaliknya, umat Islam tidak lagi minat untuk belajar ilmu agama dan tersebarlah kejahilan.

Dalil hadith:

إنَّ اللهَ يُبغِضُ كلَّ جَعْظَريٍّ جوَّاظٍ سخَّابٍ بالأسواقِ جِيفةٍ باللَّيلِ حِمارٍ بالنَّهارِ عالِمٍ بأمرِ الدُّنيا جاهلٍ بأمرِ الآخِرةِ
الراوي : أبو هريرة المحدث : ابن حبان
المصدر : صحيح ابن حبان الصفحة أو الرقم: 72

Terjemahan: ” Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, “Allah sangat membenci orang Ja’dzari, Jawwadz, suka teriak di pasar, bangkai di malam hari, keledai di siang hari, pintar masalah dunia, dan bodoh ilmu akhirat. (HR. Ibnu Hibban, no.72 dan dihasankan Syuaib al-Arnauth)

Syarah hadith: Allah membenci 7 jenis manusia:

1. Manusia ja’dzori = suka mencela manusia, maki hamun, keras

2. Jawadz = rakus dan licik menipu

3. suka teriak di pasar kerana mencari dan menipu pelanggan

4. Bangkai di malam hari = berjaga dan tidur sampai siang, missed solat isyak dan subuh

5. Keldai di siang hari = kuat makan

6. Pintar dalam masalah dunia, ilmu dunia, banyak skills

7. Bodoh akan ilmu akhirat atau agama, atau Al-Quran dan As-Sunnah.

Tanda Ke-28/131 (2)

Hadith Abu Musa

إنَّ بين يديِ الساعةِ أيامًا ، يُرفعُ فيها العِلمُ ، وينزلُ فيها الجهلُ ،.
الراوي : أبو موسى الأشعري عبدالله بن قيس المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 7064 خلاصة

Terjemahan: ‘Sesungguhnya menjelang datangnya hari Kiamat akan ada beberapa hari di mana diangkat ilmu dan diganti dengan kejahilan..”
(HR Bukhari, no 7064, dan Muslim)

Hadith Tabrani:

“يأتى على الناس زمان لا يُدْري فيه ما صلاة؟ ما صيام؟ ما صدقة؟”

“Akan datang kepada manusia sebuah zaman yang tidak dikenal lagi padanya apa itu sholat, apa itu puasa, dan apa itu sedekah”. Sahih kata Dr Al-Arifi

Syarah:
Kata Imam nawawi dan Ibnu Hajar:

1. Maksud ilmu di sini ialah ilmu agama, ilmu Al-Quran dan As-Sunnah, terangkatnya ilmu ialah matinya ulama-ulamak yang hebat-hebat dan yang tinggal adalah ulama-ulama yang jahil.

يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّـى إِذَا لَمْ يَبْقَ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا، فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا.

‘Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari para hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama, sehingga ketika tidak tersisa lagi seorang alim, maka manusia akan menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin, lalu mereka ditanya, kemudian mereka akan memberikan fatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat lagi menyesatkan orang lain

2. Ilmu keduniaan tidak berkurangan, majunya pelbagai ilmu sains dan teknologi (Dr Al-Arifi), kata Dr al-Arifi, jangan terkejut, jika ramai orang Islam tidak lagi mengerti fiqh taharah, wudhu’, apatah lagi fiqh nikah kawin, muamalat dan ibadah.

Ini kerana manusia sibuk dengan dunia dan meninggalkan majlis ilmu. WA
Ini mukjizat Nabi, ia pasti berlaku…kita cuma kena jaga diri kita dan family kita dulu.

Komen dan Soalan