بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Maaf kerana lama tiada pengisian.. InsyaAllah malam ini ana akan kongsikan sedikit, supper.
Masih daripada kitab Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi’i, karya Dr. Muhammad bin Abdul Wahab al-Aqil, salah seorang pensyarah di Uni Islam Madinah.
Topik Berkaitan Sifat al-Kalam (Kalamullah)
Imam asy-Syafi’i sempat sezaman dengan awal kemunculan fitnah, bahkan pernah berdebat dengan tokoh-tokoh generasi pertama ilmu kalam. Beliau memperingatkan mereka, mengingatkan umat akan ancaman yang berbahaya daripada mereka serta menyeru agar masyarakat menjauhi mereka.
Selain itu, beliau pernah juga mengatakan kafir terhadap siapa yang membangkang dari kalangan mereka, antaranya Hafs al-Fard. Terdapat banyak sumber yang menjelaskan tentang hal tersebut.
Deceritakan oleh al-Baihaqi rah. melalui sanadnya yang sampai kepada Imam asy-Syafi’i, dia berkata: “Al-Qur’an itu kalam Allah, bukan Makhluk.” Dahulu beliau juga sangat tegas terhadap orang yang menyalahi pendapat Ahlus Sunnah dalam masalah ini. Deceritakan oleh al-Baihaqi melalui sanad yang sampai kepada Abu Syu’aib al-Mishri, dia berkata:
“Aku datang ke rumah Muhammad bin Idris, sementara di sana ada Yusuf bin Amr bin Yazid dan ABdullah bin al-Hakam. Kemudian datanglah kepada mereka Hafs al-Fard, seorang tokoh ahli kalam yang sering berdebat, lalu berkata kepada Yusuf:
‘Apakah padanganmu tentang al-Qur’an?’
Yusuf menjawab: ‘Kalam Allah, aku tidak mempunyai pendapat selain ini.’
Selepas itu, semua yang ada di situ mengarahkan kepada asy-Syafi’i lalu menghadaplah Hafs kepada beliau dan berkata: ‘Mereka semua meminta untuk bertanya kepadamu.’ Asy-Syafi’i berkata kepadanya: ‘Jauhilah masalah ini olehmu.’ Namun Hafs tetap mendesak. Oleh itu, bertanyalah asy-Syafi’i kepadanya: ‘Apakah pandanganmu tentang al-Qur’an?’ ‘Sesungguhnya ia adalah makhluk,’ jawabnya.
Asy-Syafi’i bertanya: ‘Dari manakah kamu mengetahuinya?’ Hafs tetap mengatakan sedemikian sementara asy-Syafi’i tetap membantahnya. Akhirnya, beliau mengkafirkan dan memutuskan untuk tidak mempedulikannya.”
Cerita yang sama turut diriwayatkan pula oleh al-Baihaqi melalui sanad lain daripada ar-Rabi’ bin Sulaiman. Hanya saja pada bahagian akhirnya dia mengatakan bahawa Hafs berkata: “Asy-Syafi’i ingin membunuhku.” Melalui sanadnya juga yang sampai kepada ar-Rabi, Hafs berkata tatkala asy-Syafi’i berbicara kepadanya, Hafs mengatakan bahawa Al-Qur’an itu makhluk. Maka asy-Syafi’i menegaskan: ‘Engkau telah kafir terhadap Allah Yang Maha Agung.”
Perdebatan yang serupa juga terjadi kepada Imam asy-Syafi’i. Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanadnya daripada Abu Muhammad al-ZUbairi:
“Seseorang telah bertanya kepada asy-Syafi’i tentang al-Qur’an: ‘Apakah Al-Quran itu Khaliq?’ Asy-Syafi’i menjawab; Tidak. Orang itu berkata lagi; Jadi, makhluk? Asy-Syafi’i menjawab; Bukan. Orang itu berkata lagi; Adakah ia bukan makhluk? Asy-Syafi’i menjawab; Ya.
Orang itu kembali bertanya:Apa buktinya jika Al-Quran bukan makhluk?
Asy-Syafi’i mengangkat kepalanya lalu berkata; Engkau mengakui bahawa Al-Quran itu kalam Allah? Dia menjawab; Ya. Asy-Syafi’i menegaskan; Engkau telah mengetahui tentang masalah ini melalui firman Allah Ta’ala:
وَإِنْ أَحَدٌ مِنْ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلَمَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْلَمُون
َ
Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia mendengar firman Allah, kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui. [At-Taubah 9:6]
…….وَكَلَّمَ اللّٰهُ مُوۡسٰى تَكۡلِيۡمًا
Dan kepada Musa Allah telah berfirman secara langsung [AN-Nisa’ 4:164]
Asy-Syafi’i berkata; Engkau mengakui bahawa Allah telah ada, begitu juga dengan kalam-Nya atau Allah ada dan belum ada kalam-Nya?
Lelaki itu menjawab; Allah telah ada dan telah ada kalam-Nya. Mendengar jawapan itu beliau pun tersenyum dan berkata;
Hai, orang-orang Kufah, kalian telah terlalu jauh terlibat dalam perkara yang besar. Jika kalian mengakui bahawa Allah telah ada sebelum segala sesuatu dan telah ada kalam-Nya, maka daripada mana kalian berpendapat bahawa kalam itu Allah? Atau selain Allah? Atau bukan Allah? atau ada di depan Allah? Maka orang itu terdiam lalu berlalu pergi.
Maksud daripada ucapan Imam Syafi’i itu ialah orang yang mengakui bahawasanya kalam Allah termasuk salah satu daripada sifat-sifat-Nya dan bahawa Allah tidak ada permulaan baginya, begitu juga dengan dzat-Nya, serta mengakui Al-Quran itu adalah kalam Allah maka wajib baginya mengakui Al-Quran itu bukan makhluk sebagaimana wajib baginya menjauhi segala bentuk putar belit kata-kata, syubhat yang disusupkan oleh syaitan seperti pertanyaan ini.
Imam asy-Syafi’i juga menyebutkan bahawa keyakinan yang dipegang olehnya adalah keyakinan generasi terdahulu, iaitu generasi salaf.
Wallahu’alam..
Semoga bermanfaat. Jzkk.