Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 02.08.03#170615 : ASAL-USUL PERKEMBANGAN PEMALSUAN HADITS

02.08.03#170615 : ASAL-USUL PERKEMBANGAN PEMALSUAN HADITS

168
0
Iklan

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.08.03 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

Susunan: BroSyarief

ASAL-USUL PERKEMBANGAN PEMALSUAN HADITS

Para ahli sejarah hampir bersepakat bahawa pemalsuan hadits dan pembohongan di atas nama Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam bermula pada awal era selepas pembunuhan khalifah Utsman ibn ‘Affan.

Hasil dari peristiwa itu, perpecahan berlaku di kalangan umat Islam kepada puak-puak dan kelompok-kelompok.

Dan bercampur aduklah di antara yang haq dan yang batil, yang ikhlas dengan yang mengikut hawa nafsu, yang hakikat dengan yang ditakwil.

Hanya saja peristiwa-peristiwa yang berlaku seiring dengan pembunuhan beliau memberi gambaran jelas bahawa pemalsuan hadits belum timbul dalam sejarah Islam, kecuali ianya timbul sebagai salah satu dari siri-siri propaganda yang disusun dan dirancang sebaiknya oleh generasi tidak bertanggungjawab dari kalangan Yahudi, Nasrani dan Parsi, dengan tujuan menghina Islam dan Muslim.

Kemudian berkembanglah usaha pemalsuan hadits dari satu matlamat ke matlamat yang lain, dan dari satu sebab ke sebab yang lain.

Bermula dengan tujuan menceritakan kelebihan-kelebihan para sahabat dan berakhir dengan tujuan-tujuan pribadi.

Dan ia hadir dalam segala aspek kehidupan secara khusus atau umum.

Oleh itu, kita akan mencuba pada nota-nota seterusnya untuk membentangkan kajian berdasarkan perkembangan bersiri dari perspektif masa akan sebab-sebab berlakunya pemalsuan hadits sama ada dengan sengaja atau tidak.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan