Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Bab: Tanda iman, Cinta terhadap Kaum Ansor.

Bab: Tanda iman, Cinta terhadap Kaum Ansor.

237
0
Iklan

Assalamualaikum

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،
بَابٌ: عَلاَمَةُ الإِيمَانِ حُبُّ الأَنْصَارِ

Bab: Tanda iman, Cinta terhadap Kaum Ansor.

Faedah,
1- Iman ialah tashdiq yakni membenarkan hati. Oleh itu mesti dizahirkan iman itu dengan amalan zahir. Kerana iman ialah kepercayaan yang sangat halus yang berada di dalam hati. Sebab itu lah tanda iman jika terzahir perasaan cintanya terhadap sahabat Nabi SAW. Dan antara sahabatnya ialah golongan sahabat kaum ansor.

٧ – حَدَّثَنَا أَبُو الوَلِيدِ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ: أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَبْرٍ، قَالَ: سَمِعْتُ أَنَسًا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «آيَةُ الإِيمَانِ حُبُّ الأَنْصَارِ، وَآيَةُ النِّفَاقِ بُغْضُ الأَنْصَارِ»

Abu alwalid menceritakan kepada kami,katanya Syu’bah menceritakan kepada kami,katanya Abdullah bin Abdillah bin Jabr mengkhabarkan kepadaku,katanya aku mendengar Anas dari Nabi SAW
berkata “Tanda iman adalah cintakan (kaum) Ansor, tanda munafiq adalah bencikan Ansor.”

Faedah hadith,

1- Lafaz alamat bermaksud tanda. Dan maksud tanda di sini ialah tanda yang terzahir dari perasaan cinta. Dan cinta perlu punyai bukti kukuh bahawa dia benar mencintai sahabat ansor. Dalil cinta dapat di lihat melalui amalannya yang bersesuai atau tidak dengan golongan sahabat ansor. Antara sifat golongan ansor, cepat melakukan amal kebaikan seperti cepat menerima Nabi SAW, cepat turut perintah Nabi SAW, cepat membantu golongan muhajirin dan Nabi SAW, cepat beramal dengan alquran dan AsSunnah dan lain-lain.

Contoh jika sahabat ansor tidak mengadakan bid’ah dalam agama maka kita pun sepatutnya tak buat bid’ah.

2- Kaum ansor ialah kabilah al aus dan kabilah al khazraj. Di sebut ansor kerana mereka membantu, menerima dan memberi tempat kepada Nabi SAW dan Sahabat Muhajirin.

3- Kelebihan ansor dari muhajirin dalam bab tanda iman kerana mereka sanggup berkorban untuk membela Nabi dan Muhajirin. Padahal golongan muhajirin bukan ada hubungan dengan mereka.

4- Dan antara kelebihan ansor kerana cinta mereka mendalam terhadap Allah dan Rasulullah. Oleh itu bab ini seolah menerangkan cara untuk melaksanakan cinta secara sebenar melalui bab-bab sebelum ini, kerana seolah-olah amalan ini diamalkan secara sempurna oleh kaum ansor. Iaitu nak cinta yang sebenar maka cintai lah ansor kerana mereka benar-benar menzahirkan cintanya terhadap Allah dan Rasulullah.

Wallahu a’lam
**habis di sini bab ini**
Boleh tanya soalan

?7⃣9⃣ Kenapa umat sekarang lebih mencinta tokguru daripada sahabat nabi saw? ?

Ustaz Solah: Kerana keliru cara sebenar untuk ikut Nabi SAW. Nak kenal Nabi maka kena kenal sahabat, nak kenal sahabat maka kena kenal sahabat kaum ansor. Bukan lah hanya terima bulat-bulat apa yang di bawa oleh guru-guru mereka dgn reka-reka amalan bid’ah lalu menerima bulat-bulat tanpa ilmu, dengan belajar hadith dan al-Quran, dapat lebih meluas cara untuk amal mengikut cara Nabi melalui bawakan sahabat.

?7⃣9⃣ Kalau rakyat negara lain meminta bantuan dari kita adakah kaum ansor menjadi contoh bagi kita melayan mereka sebaik-baiknya?

Utamakan pertolongan dari orang Islam..dan cara ini sesuai perbuatan sahabat ansor.
Habis di sini soalan..

Mula bab baru.
باب؛
Bab; (tanpa tajuk)

Faedah,

Beberapa kemungkinan sebab imam al-Bukhari tulis bab tanpa tajuk:

1- Imam al-Bukhari terlupa
2- Perawi dari imam al-Bukhari terlupa.
3- Penulis terlupa
4- Imam al-Bukhari bermaksud kosongkan bab untuk ditulis kemudian tapi tidak sempat.
5- Banyak sangat faedah penting dapat dari hadith bab itu. Sebab itu dikosongkan.
6- Untuk uji minda sesiapa yang belajar kitabnya. Ini keutamaan orang yang belajar secara mendalam kitabnya.
7- Imam al-Bukhari ingin menerangkan bab itu seolah sesuai dengan bab terdahulu atau contoh-contoh masalah dari bab terdahulu.
8- Jawapan bagi kekeliruan yang timbul dari bab sebelum.
9- atau selain dari itu wallahu a’lam.

٨ – حَدَّثَنَا أَبُو اليَمَانِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ: أَخْبَرَنِي أَبُو إِدْرِيسَ عَائِذُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَكَانَ شَهِدَ بَدْرًا وَهُوَ أَحَدُ النُّقَبَاءِ لَيْلَةَ العَقَبَةِ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ، وَحَوْلَهُ عِصَابَةٌ مِنْ أَصْحَابِهِ: «بَايِعُونِي عَلَى أَنْ لاَ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا، وَلاَ تَسْرِقُوا، وَلاَ تَزْنُوا، وَلاَ تَقْتُلُوا أَوْلاَدَكُمْ [ص: ١٣] ، وَلاَ تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ، وَلاَ تَعْصُوا فِي مَعْرُوفٍ، فَمَنْ وَفَى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ، وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ فِي الدُّنْيَا فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ، وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا ثُمَّ سَتَرَهُ اللَّهُ فَهُوَ إِلَى اللَّهِ، إِنْ شَاءَ عَفَا عَنْهُ وَإِنْ شَاءَ عَاقَبَهُ» فَبَايَعْنَاهُ عَلَى ذَلِكَ

Abu a layman menceritakan kepada kami,katanya Syuaib mengkhabarkan kepada kami dari Azzuhri,katanya Abu Idris Aizullah bin Muhammad mengkhabarkan kepada ku bahawa Ubadah bin Somit dia adalah dikalangan ahli Badar. Dan dia dikalangan Nuqaba’ pada malam al’aqabah (dia berkata)

Sungguhnya Rasulullah SAW berkata ketika dia dikelilingi sahabatnya: Berbaiatlah denganku bahawa kamu tidak akan sedikit pun syirik kepada Allah. Dan tidak mencuri dan tidak berzina dan tidak bunuh anak-anak kamu dan tidak mendatangkan dusta rekaan kamu sendiri dan tidak derhaka dalam perkara ma’ruf. sesiapa dikalangan kamu yang sempurnakan janji baiatnya maka pahalanya Allah(sempurnakan) dan sesiapa melanggar sesuatupun dari janji baiatnya lalu di azab di dunia maka azab itu sebagai kafarah buatnya. Dan jika sesiapa melanggar sesuatupun dari janji baiatnya kemudian Allah sembunyikan dosanya maka dia diserah kepada Allah jika Dia ingin Dia boleh ampun dan jika Dia ingin Dia boleh balas azab terhadapnya kerana itu.

Faedah hadith,

1- Cerita dalam hadith ini berkaitan dengan ‘Ubadah bin as-Somit. Dia di kalangan kaum ansor. Melalui cerita ini dapat contoh hal bab-bab sebelum bab kosong ini.

2- Antara kelebihannya beliau ialah dia di kalangan sahabat yang hadir peperangan badar dan juga salah seorang nuqaba’ yang berbaiat pada malam al-‘Aqabah.

3- Janji baiat juga tanda kesetiaan beliau dan sahabat-sahabat lain yang sanggup mempertahankan maruah Islam iaitu sanggup berjanji tidak mahu melakukan amalan-amalan maksiat penderhakaan terhadap Allah.

4- Hadith ini dalil bagi kaum ansor kaum yang mula-mula berbaiat untuk menegakkan tauhid dan syariat hingga sanggup bermatian. Oleh sebab itu cintai mereka antara tanda iman.

5- Pendosa jika melakukan dosa lalu Allah balas di dunia maka mereka terampun dosa. Dan Allah lah yang mengetahui adakah benar mereka itu bertaubat setelah di azab atau tidak..atau juga dengan limpah kurniaan Allah dosa mereka terampun. Walaubagaimana pun tetap dosa-dosa besar seperti syirik mesti bertaubat baru lah terampun. Dan mungkin azab di dunia sebagai asbab dia akan bertaubat..
Wallahu a’lam
**habis disini sahaja kelas malam ini**
Wallahu a’lam bissowab,

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين

? Bilik 79 : adakah dosa syirik terampun dosanya? pernah dengar dosa syirik adalah 1 daripada 7 dosa besar yang tak diampunkan dosanya..minta pencerahan

Ustaz Solah: Sila lihat faedah no 5, syirik tidak terampun sesuai dengan ayat al-Quran

? (Bilik 111): Maaf. Saya nak tanya. Apa maksud baiat?

Jawapaan:
Baiat: mengucap lafaz janji taat setia.

? Maaf ustaz, saya keliru..dalam faedah 5 ustaz katakan “walaubagaimana pun tetap dosa-dosa besar seperti syirik mesti bertaubat baru lah terampun”..kiranya dosa syirik akan diampunkan andai bertaubat, begitu ke?

Ya..mesti taubat dulu..

? Bilik 119
Bagaimana cara ingin taubat dosa syirik ustaz?

Jawapan:
Taubat makna kembali, menyesali, tak buat dah. Jadi kalau bertaubat betul kena kembali kepada tauhid iaitu tidak syirik, menyesali perbuatan syirik itu, dan tak ingin buat dah amalan tu. Jika ada ni maka taubat, maka minta ampun je la dosa-dosa tu dan kena yakin Allah pasti ampun dosa kita kerana Allah maha pengampun lagi maha belas kasihan..

Bertaubat kita, nyawa masih di kandung badan manakala sudah mati tiada guna sebarang taubat.

?7⃣9⃣ Adakah peperangan juga salah satu cara mengajak kepada mengesakan Allah dan menghapus syirik?

Peperangan ada syaratnya dan jihad ini adalah tahap akhir dalam menyeru tauhid jika banyak mashlahah (kebaikan) dari mafsadah (keburukan) dan sesuai dengan syarat-syarat yang ada melalui al-Quran dan as-Sunnah, jika cukup syaratnya maka jihad antara salah satu menegakkan kalimah Allah di tempat tertinggi. Bab jihad akan di bahas pada tempatnya dalam al-Bukhari in sya Allah..

Komen dan Soalan