Utama Bilik (93) Cabang Cabang Iman Syuabul Iman: Cabang Ke-8

Syuabul Iman: Cabang Ke-8

375
0
Iklan

Baik kita sambung cabang ke 8.

Yakni beriman dengan akan dibangkitkan manusia dialam kubur dan dikumpulkan di Mahsyar..

Ianya cabang yang dibahaskan agak panjang dalam AQ dan Hadith. Yakni keadaan selepas dibangkitkan manusia dari alam transit (kubur). Keadaan semua manusia akan dikumpulkan, baik Nabi-Nabi, yang Islam, yang fasiq, yang kafir, yang nifak (dan lain-lain).

Semua akan dibangkitkan dan dikumpulkan dalam keadaan telanjang, menunggu untuk di hisab. Keadaan di kumpulkan ada yang di naungi arash, ada yang di tenggelami peluh. Pelbagai keadaan di Mahsyar berdasar amalan kita di dunia.

Allahu akhbar.

Suatu masa pernah Rasulalallah saw cerita kat Aisyah ra. , Aisyah tanya telanjang tak malu ka? . Mafhum kata-kata Nabi saw, tak sempat nak fikir dah pasal malu, masing masing bimbang dengan keadaan masing masing.

Semua dah tunggu lama ni dah tak tahan dah tunggu, nampak nabi-nabi yang duduk di tempat khas. Rayu kat nabi Adam, minta Allah mulakan hisab.

Adam as suruh tanya Nuh as.

Nuh suruh tanya Nabi İbrahim as.

Nabi İbrahim suruh tanya Nabi Musa as.

Nabi Musa suruh tanya nabi Muhammad saw.

Nabi Muhammad saw sujud lama pada Allah swt mohon syafaat. Barulah Allah swt kata boleh mula Hisab, banyak la dari orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Orang yang terima kitab dengan tangan kanan. Orang yang terima hisab dengan tangan kiri dan dari belakang.

Nak bagi tahulah dekat kita. Dahsyat nya Mahsyar ni nanti, sedialah kita dengan amal di dunia. Maka kita kena dengar lagi dan lagi cerita cerita dan perkhabaran mahsyar dari AQ dan Hadis hadis sahih.

Kemudian taat dengan maksud tasdiqkan dalam hati akan kebenaran perkhabaran ini. Kemudian kita kena taqrirkan dan sampaikan, sepertimana Rasulallah saw disamping Aisyah ra di rumah cerita hal hal mahsyar.

Kemudian apakah amal amalnya, maka hendaklah kita beramal soleh dengan amalan yang dijanjikan kemudahan di yaumul mahsyar.

Ada beberapa golongan yang dikhabarkan akan masuk syurga tanpa hisab, maka kita dapatkan ciri-ciri golongan ini dengan tadabbur AQ dan mendengar bacaan hadis-hadis. Kejar ganjaran ini dengan amal soleh yang dikhabarkan, begitu juga orang yang di beri kitab dengan sebelah kanan, maka tadabbur AQ dan dengar hadis hadis mengenai perkhabaran ini dan kejar ganjaran seperti yang dikhabarkan dengan amal soleh.

Ya Allah fahamkanlah kami akan cabang-cabang İman ini.

Dorongilah kami dengan amal amal untuk kami dapat ganjaran dari janji janjimu yang Sahih.

Sesungguhnya kami yakin Engkau tidak memungkiri janji Mu Ya Allah.

“Telah menceritakan kepada kami ‘Imran bin Maisarah, telah menceritakan kepada kami Ibnu Fudhail, telah menceritakan kepada kami Hushain, -lewat jalur periwayatan lain, – Abu Abdullah mengatakan; dan telah menceritakan kepadaku Asid bin Zaid, telah menceritakan kepada kami Husyaim, dari Hushain, mengatakan, pernah aku di sisi Sa’id bin Jubair, selanjutnya ia katakan, Ibnu ‘Abbas, telah menceritakan kepadaku dengan mengatakan,

Nabi Shallallahu’alaihiwasallam bersabda: “”Beberapa umat diperlihatkan kepadaku, maka aku melihat ada seorang Nabi lewat bersama umatnya, kemudian lewatlah seorang Nabi bersama beberapa orang, kemudian lewatlah seorang Nabi bersama sepuluh orang, dan Nabi bersama lima orang, dan seorang Nabi yang berjalan sendirian. Tiba-tiba aku melihat ada rombongan besar, maka saya tanyakan kepada Jibril; ‘Apakah mereka umatku? ‘ ‘bukan, namun lihatlah ufuk, ‘ jawab Jibril. Aku melihat, tiba-tiba ada serombongan besar. Kata Jibril; ‘Itulah umatmu, dan itu ada tujuh puluh ribu orang mula-mula yang masuk surga dengan tanpa hisab dan tanpa siksa.’ Saya bertanya; ‘Mengapa mereka bisa seperti itu? ‘ Jibril menjawab; ‘Karena mereka tidak minta di obati (dengan cara) kay (ditempel besi panas), tidak minta diruqyah dan tidak meramal nasib dengan burung, dan kepada rabb-Nya mereka bertawakkal.”” ‘Ukkasyah bin Mihshan berdiri seraya berujar; “”doakanlah aku, agar Allah menjadikan diriku diantara mereka!”” Nabi berdoa; “”Ya Allah, jadikanlah dia supaya diantara mereka!”” Lantas laki-laki lainnya berdiri dan berujar; “”Jadikanlah aku diantara mereka!”” Nabi menjawab; “”kamu sudah didahului ‘Ukkasyah.”””

Hadis Riwayat Al Bukhari dalam Sahihnya..
Syarah tanya Ustaz Solah

Ada 4 amal yang disebut dalam hadis tersebut, diganjarkan syurga tanpa dihisap.

1. Seorang yang luka parah akibat jihad, dia tak syahid tetapi parah. Jika dia menahan penderitaan luka parah dia dengan tidak dimatikan atau di keringkan luka dengan cara cepat, yakni di tempelkan besi panas (sepuh). Samaada luka sembuh dengan ketahanan sistem badan atau rawatan biasa bagi luka.

Kedua seorang yang membaca ruqyah bagi dirinya sendiri, bagi yang dibaca oleh orang lain boleh jadi dia akan syirik dengan percaya si fulan yang baca tersebut yang bagi sembuh.

Ketiga seorang yang tidak menilik nasib dan keempat yang bertawakkal..

Itu khulasah (kesimpulan) hadis ni.. sharah panjang boleh tanya Ustaz yang ngaji Kutubustittah..

Komen dan Soalan