Utama Bilik (150) Bicara Abu Daniel Izzudin Bin Abd Salam dan Bidaah: Satu Pencerahan

Izzudin Bin Abd Salam dan Bidaah: Satu Pencerahan

815
0
Iklan

Bagaimana ustaz… Bilal r.a solat sunat wuduk…ada kah perbuatan Bilal r.a di panggil bidaah…atau ada sandaran yang Nabi saw buat solat sunat wuduk…Maulana Asri pernah bincangkan ana lupa….

Ustaz Abu Daniel:
Perbuatan Bilal r.a adalah diiktiraf oleh baginda s.a.w, maka ianya bukan bid’ah. Didalam pengajian usul hadis ianya dinamakan hadis taqriri, perbuatan bilal mendapat pengiktirafan syara’. Maka mana-mana perbuatan sahabat yang diiktiraf Baginda s.a.w tidak dinamakan bid’ah pada syara’.

Ada pun berkenaan dengan amalan-amalan para sahabat yang lain, juga tidak dikatakan bid’ah kerana telah termasuk didalam sabdaan nabi s.a.w tentang iqtida’ mereka (ikut para sahabat) ..perkara ini jelas disebut oleh baginda s.a.w, dan apa yang penting, tiada pun dikalangan sahabat yang mereka-cipta amalan ibadah baharu.. alhamdulillah.

Insyaallah dalam waktu terdekat ana kongsikan hadis-hadis berkaitan bid’ah secara terperinci, dan perbahasan yang detail.. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

اما بعد فان خير الحديث كتاب الله وخير الهدي هدي محمد صلى الله عليه وسلم, وشر الامور محدثاتها وكل بدعة ضلالة..

Ada pon selepas demikian, maka sesungguhnya sebaik-baik hadis (perkataan) adalah kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w, dan seburuk-buruk perkara adalah mengada-adakan perkara baru (dalam agama) dan setiap bid’ah adalah sesat..

Hadis Rasulullah

Didalam hadis ini amat jelas menyebut “setiap perkara baru dalam agama” sebagai seburuk-buruk amalan, dan selepas itu baginda s.a.w menyebut “setiap bid’ah itu sesat” bermakna setiap benda baru dalam agama adalah bid’ah yang tercela, dikuatkan lagi oleh perkataan sahabat Umar r.a

الا وان كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار..

Ketahuilah bahawa setiap perkara baru dalam agama itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat, dan setiap kesesatan itu adalah didalam neraka..

Rujukan:

اللمع في الرد على محسني البدع ، عبد القيوم بن محمد بن ناصر السحيباني ، مكتبة الخضيري ، المدينة النبوية ، ط 1 ، 1416 هـ ، 60 صفحة .

Boleh download melalui pautan:

http://www.archive.org/download/yreac/yreac.pdf

http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=275744

Persoalan tentang makna bid’ah hasanah disisi imam nawawi,..

Imam nawawi dalam bab pembahagian bid’ah dia menaqalkan kalam Izzuddin bin Abd Salam, kerana Izzuddinlah orang yang mula-mula membahagikan bid’ah kepada 5 jenis, namun begitu, tiada satu pon bid’ah hasanah yang dimaksudkan mereka berdua itu merujuk kepada ain ibadah. Sebagai bukti, mereka berdua dengan keras menghukum para pelaku solat roghoib sebagai ahli bid’ah.

Oleh kerana itu kena lihat, apakah contoh yang Izzuddin bin Abd Salam berikan dibawah tajuk bid’ah hasanah.

Contoh bid’ah hasanah oleh Izzuddin bin Abd Salam ;
Membina pusat-pusat pengajian.

Kerana sebelum itu tiada pusat pengajian agama seumpama pondok-pondok dan madrasah-madrasah.

Jadi bid’ah hasanah yang dimaksudkan oleh beliau adalah bid’ah yang jenis lughowi, bukan syar’i. Sumber kitab alluma’

Contoh bid’ah yang wajib yang diutarakan oleh Izzuddin ialah mempelajari ilmu nahwu bagi yang hendak menafsirkan kalamullah dan syarah sunnah nabawiyyah.. kerana sebelum itu tiada dalam uslam mempelajari ilmu nahwu. Yang pada hakikatnya mempelajari ilmu nahwu adalah dari

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب

Dia bukannya ain ibadah. Oleh kerana Izzudin bin Abd Salam diantara ulamak yang tegas didalam memerangi bid’ah, maka kita kena faham maksudnya tentang bid’ah hasanah, adakah bid’ah hasanah yang dimaksudkanya itu menyamai dengan bid’ah hasanah yang difahami pada zaman kita sekarang ini?.. sebagai contoh, solat roghoib diantara yang dianggap oleh sebahagian manusia akhir ini sebagai bid’ah hasanah, namun disisi beliau ianya bid’ah yang dicela, oleh itu jelas bahawa jenerasi akhir ini keliru dengan maksud Izzudin bin Abd Salam.

Maka diatas dasar inilah Imam Syatibi mengkritik Izzudin bin Abd Salam kerana telah membahagikan bid’ah kepada 5 jenis, kerana beliau bimbang umat islam akan keliru, dan (sememangnya) berlaku sungguh apa yang dibimbangi oleh Imam Syatibi. Ada benarnya Imam Syatibi mengkritik Izzudin bin Abd Salam, kerana beliau bimbang kekeliruan yang bakal berlaku.

Lihat akhir kalam Ibn Hajar, beliau menyatakan bid’ah lughowi dan syar’i. Menepati kalam hafiz Ibn Kathir, Ibn Rajab al Hanbali. Apa yang sabit didalam hadis baginda s.a.w ialah :

1- Arahan supaya ittiba’ -ikut sahaja ajaran baginda s.a.w
2- Amaran serta ancaman supaya meninggalkan ibtida'(melakukan bid’ah).

Tidak terdapat pun pada mana-mana riwayat yang menyatakan bahawa baginda s.a.w memberi dorongan atau galakan melakukan bid’ah didalam agama.. kerana jika begitu, maka berlaku pertembungan didalam ucapan baginda s.a.w.. dan ini semua menepati wahyu quran yang diturunkan kepada Baginda s.a.w. Izzudin bin Abd Salam hanya menghukum bid’ah harus pada bersalam selepas asar dan selepas subuh sahaja.

Itu pun mesti bersyarat, tidak dianggap ianya amalan yang sabit, kerana nabi, para sahabat dan salafussoleh tidak melakukan demikian, jika percaya ianya sabit maka haram hukumnya.
Sekarang ini jika tidak bersalaman, sudah pasti akan dicela, akan dituduh dengan berbagai tuduhan, maka tidak lagi menepati garis panduan. Bersalam ketika bertemu hukumnya sunnah, sepatutnya apa yang dilakukan jemaah kita hari ini, kena bersalaman sebelum solat diwaktu mula-mula bertemu. Mafhum kalam ana, masyarakat telah menganggap bersalam selepas solat adalah sunnah. Perkara ini ana dengar sendiri sewaktu menjadi Imam di bumi Sg. Buloh.

Setelah mendengar para jemaah berkata demikian, terus ana tidak bersalam, menyebabkan kecoh satu kampung. Kata mereka, ini tradisi kita turun temurun, sunnah nabi dan lain-lain.

Namun jika menganggap satu kemestian, maka ianya bid’ah. Ana secara peribadi sudah melakukan itu, natijahnya majoriti menganggap ianya anjuran baginda s.a.w, alasan mereka kerana nabi menganjurkan bersalam bila bertemu. Bila tiada zaman nabi dan zaman sahabat, ianya bukan sunnah.

Sebelum zikir tiada zikirnya, zikir berbual memang banyaknya. Biasa belajar kitab hadis? Tahukah betapa banyaknya zikir selepas solat yang sabit?. Maka jika sibuk dengan bersalam itik, maka akan mengganggu orang lain yang ingin menghabiskan zikir.

Soalan: Kiranya memang zaman nabi atau sahabat atau tabiin memang tidak bersalaman lepas solat berjemaah?

Ustaz Abu Daniel: Yer, tidak pernah berlaku dizaman salafussoleh.

Soalan: Maaf saya orang jahil. Bukankah kalau tak silap ada hadis diampunkan dosa orang yang bersalam sebelum berpisah… Ingat ingat lupa dah…

Ustaz Abu Daniel: Hadis tersebut ada dan bersifat umum, tidak boleh dijadikan hujjah untuk masaalah yang khusus iaitu bersalam selepas solat.

Soalan: “Maka jika sibuk dengan bersalam itik, maka akan mengganggu orang lain yang ingin menghabiskan zikir” maksudnya adakah menganggu ?

Ustaz Abu Daniel: Tuan, tradisi bersalam itik akan menuntut setiap orang supaya berdiri untuk bersalaman, dan jika tidak bangun untuk bersalaman, pasti akan dipandang serong. Ana nak jelaskan, bagi yang mengatakan tidak ada kutukan atau celaan kepada yang taknak bersalam, boleh dikatakan suatu pembohongan, kerana rata-rata bila tak nak bersalam, tuduhan utamanya adalah tidak mahu mengeratkan silaturrahim.

Salam waktu masuk masjid bukan kerana “sunah salam masuk masjid”, tapi menepati hadis kerana “mula-mula bertemu”. Kalau solat di masjid yang jemaahnya ramai, nak habiskan salam itik, masya Allah! mengambil masa 5 minit lebih kurang. Itu sanggup mereka buat tapi solat sunnat ba’diah??. Sunnah yang sabit diabaikan.

Tentang wirid selepas solat pula, hukum asalnya adalah diam, tidak digalakkan membacanya dengan kuat, “kecuali untuk mengajar makmum” dengan ‘illah ini hukum menjadi “harus” sahaja..

Tapi hari ini, majoriti imam-imam masjid merasakan sunnahnya membaca wirid dengan kuat, sehingga perbuatanya itu mengganggu makmum yang masbuq, lebih-lebih lagi yang menggunakan mic.

Bukan menggalakkan membuat khusus salam mula-mula masuk masjid. Kena faham, itu pun jadi bid’ah. Yang dimaksudkan ialah mula-mula jemaah masuk masjid itulah biasanya mula-mula pertemuan, dan bukan dengan cara beratur seperti salam itik.

Bertemu mcm biasa, jangan pula dibuat saf seperti salam itik. Selalu diperhatikan, ahli jemaah masuk masjid, sempat bersembang-sembang tapi tidak pun bersalaman.. kadang-kadang hampir 10 minit berbual, ini menyedihkan, bila sunnah sebenar tidak dihayati, tapi yang bukan sunnah dipuja-puja.

Kenapa sunnah yang asal “berwirid perlahan” tidak diutamakan, sedangkan itulah amalan jenerasi kurun-kurun jaminan. Majoriti tempat jika tidak bersalaman akan dikatakan tidak mahu mengeratkan silaturrahim dan berbagai-bagai lagi.

Bab Zikir

Kalau niat untuk ajar makmum sememangnya dibenarkan. Namun di Malaysia waqi’ yang berlaku bukan begitu.

Senang sahaja, talaqqi kitab as-sunnah. Dalam sunan sittah sahaja, hadis tentang wirid selepas solat, jika diamalkan semuanya 1/2 jam tak selesai lagi. Sebenarnya yang tak pandai wirid adalah kerana tiada minat dengan pengajian. Jika kaki talaqqi insya allah confirm pandai wirid.
Bukalah dalam sunan tirmizi, dalam bukhari, semuanya ada.. nak senang lagi kitab azkar an nawawi

Penyokong bukanlah keutamaan didalam perbahasan, bahkan hujjah dan dalil yang diutamakan. Jika perlawanan seumpama bola sepak yer, ianya berhajat kepada penyokong untuk memberi semangat.

Nabi s.a.w berdepan dengan golongan jahiliyyah bermula dengan seorang diri sahaja.. tapi bersama baginda hujjah-hujjah yang mantap, menyebabkan pihak jahiliyyah kematian hujjah untuk berdepan dengan baginda s.a.w, lalu mereka mula melemparkan berbagai-bagai tuduhan kepada baginda s.a.w seperti gila, tukang syair, tukang sihir, dan yang murtad.

Komen dan Soalan