Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Berkembang Pesatnya Business Dan Wanita turut serta dalam Busines

Berkembang Pesatnya Business Dan Wanita turut serta dalam Busines

198
0
Iklan

Tanda Kiamat Ke-23/131
Berkembang Pesatnya Busines ( فشو التجارة)
Tanda Kiamat Ke-24/131
Wanita turut serta dalam Busines (مشاركة المرأه زوجها في التجارة )

Dalil: hadith Ibn Mas’ud ra

بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ : تَسْلِيمُ الْخَاصَّةِ ، وَفُشُوُّ التِّجَارَةِ حَتَّى تُعِينَ الْمَرْأَةُ زَوْجَهَا عَلَى التِّجَارَةِ

“Sesungguhnya menjelang kiamat akan ada ucapan salam khusus dan perdagangan tersebar luas sehingga seorang wanita ikut serta dengan suaminya dalam perdagangan.” HR Ahmad (V/333, Syarah Ahmad Syakir), beliau berkata, “Sanadnya shahih” dan Mustadrak al-Hakim (IV/45-446). hasan menurut syeikh syuaib al-arnaout.

Hadith Amru bin Taghlab ra

نْ عَمْرِو بْنِ تَغْلِبَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَفْشُوَ الْمَالُ وَيَكْثُرَ وَتَفْشُوَ التِّجَارَةُ

‘Sesungguhnya di antara tanda-tanda Kiamat adalah melimpah ruahnya harta dan banyaknya perdagangan.” HR an-Nasa’iy no 4380, sahih oleh al-Albani.

Syarah:
Tanda kiamat yang ke-23 ialah meluasnya bisnes , wujudnya bursa saham disetiap negara, banyaknya Mall dan hatta disekitar mesjid nabawi dan haram mekah pun penuh dengan tempat membeli belah. Maksud dari hadith ini ialah sibuknya manusia dalam bisnes hingga mereka berlumba dalam pasaran. Bayangkan lelaki terkaya di negara arab ialah Prince al-Waleed bin Talal bin abdul Aziz al-Saud. Negara-negara teluk berubah wajah menjadi pusat komersil terbesar di dunia Arab. Jedah dan Riyadh menjadi mega city dan karajaan arab sedang membina pusat komersil di bandaraya besar KSA.
Satu lagi fenomena akhir zaman ialah kaum wanita keluar bekerja, termasuk dalam bisness. Mereka juga menjadi tokoh korporat dan CEO, cuma di Arab Saudi masih bertahan, tapi statistik wanita arab saudi menjadi businesswomen semakin meningkat. Sibuknya wanita berkerjaya dan berkorporat akan mencetuskan pelbagai fitnah. Inilah maksud tanda kiamat 23 dan 24 Tamat.

Soalan:
Ada yang syarah, kaum wanita juga sama-sama kerja dalam satu kantor dengan lelaki. Macam office kita sekarang.

Jawapan: Jika wanita kerja satu kantor dengan suami kira tafsir yang betul, semua merujuk kepada wanita keluar bekerja. Zaman salaf, wanita tak kerja…masih lagi diamalkan di Saudi Arabia.

Tuan sheikh THTL mana yang lebih menepati sunnah samada wanita berkejaya atau tidak? Seperti jadi cikgu, misi dan doktor..

Jawapan: Isu wanita kerja atau duk rumah tu debatable.. ideal tak kerja, kalau sewa rumah RM300 sebulan dan harga ayam RM3.00 sekilo, kembung RM2.00 sekilo dan nilai petrol macam saudi, RM0.50 sen/liter, kereta RM20K sebiji.

Kalau kerja setempat dikira termasuk dalam golongan yang disebut dalam hadith tersebut?

Jawapan: Samalah, maksudnya isteri turut keluar rumah bekerja, tak kira dikantor yang sama atau ditempat lain.

Sini Myvi Rm15.00 full tank
paling murah kuwait, 38 sen seliter. Sebab mereka guna hadith, hasil bumi kena kongsi sama rata.

Hasil galian, cukai tak ada. Sebab guna hadith nabi larang cukai tambahan kepada rakyat
(tiada GST, tiada roadtax, tiada income tax, tiada cukai pintu dan cukai tanah).

Wanita Malaysia yang single ramai di sana, Syeikh?

Jawapan: Ramai, sebab maskawin paling tinggi di dunia, wanita bangsawan arab, tak ada 1 milion jangan masuk. Minyak murah kereta murah, perempuan pula yang mahal. Di Malaysia, barang mahal, rumah mahal kereta mahal, wanita paling murah. Mahar masih mampu milik, average RM5-7K. Dekat saudi minima gadis kampung, RM25K, bandar minimum RM50K…sebab insuran kerana arab saudi lelaki mudah menceraikan isterinya.. mahar ni jadi insurance. Dijaga macam bidadari syurga, tak pernah buka di publik melainkan dua biji mata je.

Wanita Saudi belum pernah di sentuh oleh manusia dan jinn, sini semua segregation, dua sistem, sampai bank pun ada ada dua, bank for female dan bank for male, IPT pun sama, ada female campus dan male campus, jauh lokasinya.

Boleh wanita malaysia single bekerja di sana, syeikh?

Boleh, dalam group dan yang diuruskan oleh agensi, selalunya dalam sektur nursing. Hospital swasta di riyadh dan jeddah. Bidang lain tak ada sebab nursing je yang kritikal sebab wanita saudi tak suka kerja tu. Gaji nurse hospital swasta memang mahal, tapi yang dah staff nurse atau senior nurse di malaysia… minima RM18K/month. Expat Filipina dan India kontrol hospital kerajaan, gaji tak mahal mana kalau gomen.

Keadaan di sana masih berdebu lagi ke tahun ni?

Tak rekomen umrah ramadhan 2015, masih berdebu dan cuaca Jun/julai amat panas mencecah 44-45 selsius, panas dan debu dan kesesakan amat memeritkan, khususnya orang tua boleh dehydration dan menyebabkan heat stroke yang bawa kematian. Lepas musim haji OK…Ramadhan di sini sama dengan musim Haji…waktu puncak di Saudi ialah bulan ramadhan dan musim haji. Jadi kalau umrah nak selesa kena lepas haji ni…mungkin dah banyak sektur mesjid yang dah dibuka semula. Saudi dah mula buka beberapa sektur mesjid haram secara berperingkat… cuma hotel masih limited.

Disember memang nyaman, tapi peak season juga sebab satu dunia kebanyakannya cuti hujung tahun, malaysia cuti sekolah package, mahal sikit.
Anggap itu ujian je…mekah ni memang tempat ujian, sebab tu haji dan umrah Allah nak uji ketahanan fizikal kita. Haji dan umrah ibadah harta dan fizikal

Siapa sebenarnya imam mahadi? Kita menunggu kedatangan nya dulu atau kedatangan nabi isa. Ustaz yang mengajar saya bagitau mereka adalah orang yang sama, saya nak tanya betul ka?

Jawapan: Mahdi = Isa adalah salah satu pendapat. Mahdi adalah Imam 12 adalah akidah syiah.
Ahli hadith, mahdi dan jesus adalah dua personaliti yang berbeda, dia muncul dulu dari Isa.

Sapa jadi khalifah tuan thtl mahdi atau nabi isa? Jawapannya khalifah ialah al-mahdi. Tunggu perbahasan nanti, kita kena keluarkan dalil-dalil dulu. Al-mahdi sahaja ada 50 hadith.

Komen dan Soalan