Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Pengembala Kambing Berkaki Ayam Berlumba Mendirikan Bangunan Tinggi: Tanda Kiamat Ke-21/131

Pengembala Kambing Berkaki Ayam Berlumba Mendirikan Bangunan Tinggi: Tanda Kiamat Ke-21/131

5376
6
Iklan

Tanda Kiamat Ke-21/131
Pengembala Kambing Berkaki Ayam Berlumba Mendirikan Bangunan Tinggi

Dalil Hadith:

وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ،

Terjemahan: Dan jika kamu melihat orang yang sebelumnya tidak beralas kaki dan tidak berpakaian, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunan, HR Muslim matan arba’in no 2)

Ini dinamakan hadith Jibril, di mana Jibril turun menjelma dalam bentuk manusia yang sempurna dan bertanyakan akan agama kepada baginda bertujuan menjelaskan apakah pokok-pokok agama Islam, termasuk dalam ajaran teras Islam ialah Jibril mahu umat Muhammad saw mengenali tanda-tanda kiamat, salah satu tanda dalam hadith Jibril ialah akan munculnya fenomena orang badui yang mundur bangkit membina bangunan-bangunan pencakar langit.

Siapakah pengembala kambing tersebut?

Dalil hadith:

قال : يا رسولَ اللهِ ومن أصحابُ الشاءِ والحُفاةُ الجِياعُ العالةُ قال : العَرَبُ
الراوي : عبدالله بن عباس المحدث : أحمد شاكر
المصدر : مسند أحمد الصفحة أو الرقم: 4/333 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

Terjemahan: “ Wahai Rasulullah, dan siapakah para pengembala kambing, orang yang berkaki ayam dalam keadaan lapar dan yang miskin itu?” Beliau menjawab, “Orang Arab.” HR Ahmad, kata Ahmad Syakir, sanadnya sahih

Inilah bukti hadith nabawi, bahawa Burj al Khalifa Dubai adalah pemenang bangunan tertinggi dunia, hampir 1KM ke langit tingginya. Saudi Arabia tidak mahu mengalah, kini sedang membina menara tertinggi dunia untuk mengalahkan Dubai di Jeddah, Jeddah Tower Jeddah. Maka dengan jelas Nabi menjelaskan siapa yang berlumba itu, ialah bangsa arab yang dulunya miskin dan pekerjaan utama hanyalah mengembala unta dan kambing, tapi dengan penemuan minyak pada tahun 1930, dalam masa yang singkat, khususnya negara GCC menjadi pusat komersil yang paling pesat membangun. Kalau kita ke Mekah pun, dulunya menara Mesjidil Haram tersergam indah, sekarang mesjid sudah tenggelam di lindungi oleh pencakar langit disekililingnya. Maka tanda kiamat ini sedang berlaku di dunia arab. Tamat

Soalan:
Maka maksud sesetengah tafsir menyatakan orang miskin yang dimaksudkan itu ialah mereka yang tidak mampu bermewah mewah, tetapi mampu membina bangunan dengan cara meminjam wang (seperti IMF, World Bank) telah meleset?

THTL: Pembangunan di GCC bukan pinjam IMF, tapi dari petrodollar atau revenue dari Oil & Gaz

Terima kasih Thtl,
Tapi maksud saya secara umum bukan merujuk kepada GCC.
Adakah tafsiran sebegini juga boleh pakai syeikh?

Tak boleh sebab Nabi sebut dalam hadith di atas, siapakah mereka yang miskin dan gembala kambing itu, Nabi jawab arab…orang arab, maksudnya GCC, lihat hadith Ahmad tu☝️☝️☝

Terima kasih Thtl atas penerangan. Dh faham skrg maksud pengembala kambing tersebut. Ganti nama khusus.

Ustaz, jadi sekali pun banyak pencakar langit dibina tapi diluar tanah Arab tidak termasuk dalam tanda tersebut lah?

THTL: Masuk, ia masuk dalam bab, berlumba-lumba membina bangunan tinggi, malaysia, taiwan, china..sekarang morocco, 96 tingkat…perlumbaan, maka yang masuk dalam perlumbaan ialah arab, maka bila arab masuk dalam perlumbaan tersebut, maka ia jadi tanda Kiamat, sebab tepat dengan hadith

6 KOMEN

  1. When the Arabs start to compete amongst themselves in building high rise tower.. Doomday is near. Itu maksud nya. Bro. Pokok nya bila Arab berlumba antara mereka (mereka yg terkaya di dunia) then kiamat is near.

  2. Pak Ustaz – Maka nya orang arab tak boleh berlumba membina bangunan tinggi ke? Macam pelik je. Orang lain boleh, orang arab tak boleh!! Saya rasa itu bukan maksud hadith tersebut.

Komen dan Soalan