Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 02.07.04#130515 : AL-MUNQATI’ (المنقطع)

02.07.04#130515 : AL-MUNQATI’ (المنقطع)

788
0
Iklan

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.07.04 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Gugur Periwayat dari Sanad (السقط من الإسناد)

Susunan: BroSyarief

AL-MUNQATI’ (المنقطع)

Menurut bahasa, Munqati’ bermaksud terputus, lawan kepada bersambung.

Secara teknikal, ia merujuk kepada sanad di mana gugur di pertengahan sanad, sama ada seorang periwayat atau, dua atau lebih periwayat secara tidak berturut-turut. (Rujuk rajah Contoh Hadits Munqati’)

Hadis al-Munqati sebagai mana hadits-hadits Dha’if yang ringan yang lain, mempunyai peluang untuk dinaik-taraf ke taraf Hasal lighayrihi, jika didapati jalur sanad yang lain yang sama kekuatan atau lebih kuat daripadanya.

Hukum terhadap hadits ini, ianya Dha’if, tidak boleh berhujjah dengan haji kerana tidak ketahui perihal periwayat yang gugur itu.

Bagaimana cara mengetahui sanad yang Mu’allaq, Mursal, Mu’dhol dan Munqati?

01. Perbandingan di antara sana-sanad hadits yang pelbagai dan menghimpunkan jalur sanad yang berbilang-bilang.
02. Pengetahuan tentang biografi para periwayat, tarikh lahir dan meninggal, pertemuan di antara periwayat, dll.
03. Hukuman salah seorang imam hadits bahawa si fulan tidak mendengar dari periwayat sekian.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

al munqathi

Komen dan Soalan