Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 02.07.02#110515 : Al-Mursal

02.07.02#110515 : Al-Mursal

722
0
Iklan

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.07.02 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Gugur Periwayat dari Sanad (السقط من الإسناد)

Susunan: BroSyarief

AL-MURSAL (المرسل)

Dari sudut bahasa ia bermaksud lepas atau utus.

Adapun, dari sudut teknikal, ia merujuk kepada hadits di mana gugurnya periwayat di hujung sanad selepas Tabi’in, sama ada yang gugur itu Sahabat, atau, Tabi’in lain dan Sahabat.

Ini bermakna di dalam sanad, apabila tiba pada Tabi’in, dia menyebutkan terus. ‘Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam berkata’ atau “Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam melakukan ini..’, sedangkan Tabi’in tidak bertemu dengan Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.

Oleh itu, dapat dikenal pasti secara umum, adanya periwayat yang gugur di antara Tabi’in dengan Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. (Boleh lihat rajah contoh Hadits Mursal)

Hukum Hadits Mursal

Pada asalnya ia adalah Dha’if tetapi terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama tentang Mursal Tabi’in ini:

01. Dha’if Mardud, yakni ditolak. Ini adalah pendapat jumhur ulama Hadits.
02. Sahih dan boleh berhujah dengannya. Ini adalah pendapat 3 mazhab yang utama. Tetapi dengan syarat (i) Tabi’in itu Tsiqah, dan (ii) diketahui bahawa dia tak meriwayatkan kecuali dari Tsiqah juga.
03. Yang diterima hanyalah Mursal Tabi’in Kibar sahaja. Ini pendapat Mazhab Syafie.

Adapun Mursal yang berlaku di kalangan sahabat pula, ia bermaksud Sahabat meriwayatkan hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam tetapi dia tak mendengar atau melihatnya secara langsung dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. Malah nama sahabat yang dia mendengarkan hadits itu daripadanya juga tak disebut.

Hadits Mursal Sahabat adalah diterima dan boleh berhujjah dengannya, kerana peringkat Sahabat tidak dikritik dan mereka semuanya diiktiraf. Ini sepertimana yang telah dibincangkan dalam nota 01.11.01.

Di antara penulisan berkaitan Hadits Mursal adalah:

01. al-Maraasil, karangan Abu Dawud
02. al-Maraasil, karangan Ibn Abi Hatim
03. Jaami’ at-Tahsil li Ahkam al-Maraasil, karangan al-‘Allaa’ie

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

carta mursal

Komen dan Soalan