Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Hadis 24-25: Bab Samak Dan Bekas Makanan Orang Kafir

Hadis 24-25: Bab Samak Dan Bekas Makanan Orang Kafir

3641
1
Iklan

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم. اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما. رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي. أما بعد،

Hadits 24

وَعَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْت : يَا رَسُولَ اللَّهِ إنَّا بِأَرْضِ قَوْمٍ أَهْلِ كِتَابٍ أَفَنَأْكُلُ فِي آنِيَتِهِمْ ؟ قَالَ : لَا تَأْكُلُوا فِيهَا إلَّا أَنْ لَا تَجِدُوا غَيْرَهَا فَاغْسِلُوهَا وَكُلُوا فِيهَا مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Abu Tsa’labah al-Khusny berkata: Saya bertanya, wahai Rasulullah, kami tinggal di daerah Ahlul Kitab, bolehkah kami makan dengan bekas(makanan) mereka? Beliau menjawab: Janganlah engkau makan dengan bekas (makanan) mereka kecuali jika engkau tidak mendapatkan yang lain. Oleh kerana itu bersihkanlah dahulu dan makanlah dengan bekas (makanan) tersebut. Muttafaq Alaihi.

Penjelasan,

1- Dilarang guna bekas makanan orang kafir di kalangan ahli kitab. kecuali

  • cari dulu selain bekas makanan mereka.
  • terdesak hendak guna bekas itu
  • di basuh dahulu

2- Ahli kitab ialah penganut ajaran yahudi dan nasoro.

3- Golongan selain yahudi dan nasoro lebih berat hukumnya.

4- Sebab larangan kerana rosak akidah mereka. Oleh itu di ragui cara penggunaan mereka. atau di sini larangan supaya tidak bermesra sangat dengan mereka

5- Larangan di sini berat kepada penggunaan bekas makanan manakala bekas air hadis lepas ini.

6- Larangan di sini bukan lah secara mutlak di larang..bahkan kena lihat keadaan kebiasaan mereka. Jika orang yang kita ambil bekas makanan itu jenis adat suka memasak daging yang tidak di sembelih maka haram sehingga lah di basuh. Manakala jika tidak begitu maka makruh tanzih sehingga lah di basuh.

Tapi jika di basuh lebih ikut cara tuntunan hadis. Dalil boleh guna hadis lepas ini. Pernahnya Nabi SAW makan makanan yahudi. dan ayat al-Quran

الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ ۖ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَهُمْ ۖ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلَا مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِالْإِيمَانِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya – di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. al-Maedah 5

*Nabi makan makanan yang di beri yahudi tu dalam hadis sohih riwayat ahmad.

 

Hadits 25

وَعَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابَهُ تَوَضَّئُوا مِنْ مَزَادَةِ امْرَأَةٍ مُشْرِكَةٍ .مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ فِي حَدِيثٍ طَوِيلٍ.

Dari Imran Ibnu Hushoin Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya berwudlu di mazadah (tempat air yang terbuat dari kulit binatang) milik seorang perempuan musyrik. Muttafaq Alaihi dalam hadits yang panjang.

Penjelasan,

1- Hadis ini meringankan hukum hadis sebelum.

2- Hadis tsa’labah menunjukkan hukum ihtiyathi (perwapadaan) atau dengan maksud sunnat basuh agar dapat hilang keraguan. Manakala hadis ‘Imran pula meringankan hukum dan dalil boleh guna bekas-bekas mereka. Boleh di guna untuk wudhu pun boleh,maka nak di makan guna bekas mereka lagi lah boleh.

3- Hadits ini juga dalil bagi boleh guna bekas dari orang musyrik. Iaitu bukan ahli kitab. Manakala hadits Tsu’ban pula ahli kitab.

Sebenarnya pertanyaan dari Tsu’ban kerana mereka ada guna buat masak babi. Sebab itu di basuh di sini bentuk hukum perwaspadaan..

٣٣٤٢ – حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَاصِمٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ شُعَيْبٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْعَلَاءِ بْنِ زَبْرٍ عَنْ أَبِي عُبَيْدِ اللَّهِ مُسْلِمِ بْنِ مِشْكَمٍ عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيِّ أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّا نُجَاوِرُ أَهْلَ الْكِتَابِ وَهُمْ يَطْبُخُونَ فِي قُدُورِهِمْ الْخِنْزِيرَ وَيَشْرَبُونَ فِي آنِيَتِهِمْ الْخَمْرَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ وَجَدْتُمْ غَيْرَهَا فَكُلُوا فِيهَا وَاشْرَبُوا وَإِنْ لَمْ تَجِدُوا غَيْرَهَا فَارْحَضُوهَا بِالْمَاءِ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا

3342. Telah menceritakan kepada kami Nashr bin ‘Ashim telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Syu’aib telah mengabarkan kepada kami Abdullah bin Al ‘Ala bin Zabr dari Abu ‘Ubaidullah Muslim bin Misykam dari Abu Tsa’labah Al Khusyani bahwa ia pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, ia berkata, “Sesungguhnya kami bertetangga dengan orang ahli kitab sementara mereka merebus babi di dalam kuali mereka dan minum khamr dalam bejana mereka?” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila kalian mendapatkan selainnya maka makan dan minumlah padanya, dan apabila kalian tidak mendapatkan selainnya maka cucilah menggunakan air dan makan serta minumlah!” Hadist sohih riwayat abu daud

4- Hadist ini dalil tak wajib basuh bekas dari golongan orang kafir samada ahli kitab atau selain mereka. Ini sesuai dengan pendapat jumhur.

Cumanya sewajarnya melihat keadaan kebiasaan mereka. Jika mereka sudah biasa masak yang haram maka kita basuh atas dasar hukum perwaspadaan semata. Itu jika mereka sudah basuh. Manakala kalau mereka bagi bekas itu yang masih ada sisa makanan maka wajib basuh.

Iaitu hukum asal bekas-bekas tersebut hukumnya suci dan boleh di guna melainkan jika ada benda-benda najis maka wajib basuh.

5- Kulit yang di samak oleh orang kafir tetap di hukum suci. Begitu juga bekas yang di cuci oleh mereka jadi suci juga. hadist ini dalilnya.

6- Tidak tahu bagaimana cara orang kafir bersihkan juga di hukum suci jika sudah hilang segala kotoran itu.

7- Ini dalil bersentuhan dengan orang kafir tak wajib basuh.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَٰذَا ۚ وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ إِنْ شَاءَ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Manakala ayat ini orang kafir najis hanya najis dari segi akidah mereka kerana kotornya fahaman yang mereka pegang, bukannya tubuh mereka najis.

 

 

 

Sesi Soal-Jawab

Soalan

Salam ustaz. Adakah umat kristian dan umat Yahudi pada zaman sekarang tergolong dalam Ahlil Kitab?

Jawapan

Ya, golongan ahli kitab.

 

Soalan

Apakah pandangan ustaz dalam keadaan semasa di kedai-kedai makan yang sudah semestinya kita berkongsi bekas makanan?

Jawapan

Mula-mula pilih kedai orang islam..kemudian di makan bersama dengan orang kafir tiada masalah.

 

Soalan

Assalamualaikuam.. Ustaz ada tak syarat-syarat untuk membolehkan kita memakan hasil sembelihan ahli kitab

Jawapan

Syarat mesti di kalangan ahli kitab. Jika tahu dia tak sembelih maka takleh makan.

 

Soalan

Kalau bekerja di US contohnya boleh la berkawin dengan mereka Ustaz?

Jawapan

Boleh kahwin jika mereka golongan asal ahli kitab. Jika baru masuk ahli kitab macam orang cina atau india masuk kristian maka takleh.

 

Soalan

Bagaimana dengan seseorang yang mempunyai mertua Buddha(kahwin dengan anaknya yang telah memeluk Islam)? Bolehkah pinggan mangkuk gelas digunakan ketika berkunjung ke rumah mertua?

Jawapan

Boleh guna tapi pastikan basuh dulu. Kalau mereka basuh hukumnya suci juga.

 

Soalan

Apakah hukum muamalah dengan masyarakat cina dan India boleh disama dengan yahudi dan nasoro

Jawapan

Boleh..tapi jangan mesra sehingga seolah teman rapat atau teman di kongsi rahsia..

 

Soalan

Betul ke org budha dan hindu termasuk ahli kitab? Ada orang cakap yang tak dianggap ahli kitab ni hanya atheis sebab tak percaya tuhan.

Jawapan

Zahirnya tidak..yahudi nasoro sahaja..

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُمْ مِنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَنْ تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِنْ كُنْتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي ۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنْتُمْ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْهُ مِنْكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul. al-Mumtahana 1

 

Soalan

Bermakna orang Islam boleh memakan binatang sembelihan ahli kitab yang tidak dibacakan dengan bismillah..? Sebab pernah seorang ustaz menerangkn kepada saya bahawa haiwan sembelihan ahli kitab haruslah dibacakan bismillah baru boleh kita orang islam makan..?

Jawapan

Kita baca bismillah pastu makan lah.

 

Soalan

Bagaimana pula tempat kedai makan yang penuh dengan tangkal atau gambar pujaan, walhal pemilik zahirnya muslim? maaf jika lari tajuk..

Jawapan

Mereka buat amalan syirik.. tapi mereka di kira hukum makan minum sama dengan orang islam yang lain..sepertimana di kuburkan di perkuburan orang Islam sama.

 

Soalan

Ustaz, musykil lagi tentang istilah Ahlul Kitab ni. Kalau Kristian yang dah ubah-ubah kitabnya guna New tetment dan anggap tuhan itu trinity apakah juga Ahlil Kitab?

Jawapan

Tengok ori agama dia.. jika dia ori yahudi atau nasoro maka di kira ahli kitab ori yang boleh di makan makanan mereka..jika tak,maka takleh. Asal keturunan dia.. bukan murtad dari budha atau hindu atau musyrik lain kemudian masuk yahudi atau nasoro.

 

Soalan

Kulit binatang tu kalau babi macam mana ustaz? Kalau boleh, bagaimana pula dengan memakai kasut yang insole dia lining kulit babi?

Jawapan

Ada dua pendapat.. satu kata boleh di guna jika sudah samak dan pendapat satu lagi tidak boleh di guna walaupun di samak(di rawat kulit itu).

 

Soalan

Pendapat mana yang lebih kuat ustaz..? Utk penggunaan kulit babi..? Sama ada boleh atau tidak boleh..??

Jawapan

Dua-dua kuat.. asal dalil kerana babi haram di makan. jika atas dasar hukum perwasapadaan baik ambil yang kata najis.

 

Soalan

Berkenaan bersentuhan kulit dengan non muslim, jika kita berjabat dengan mereka ( sedangkan tangan mereka mengesat hingus, air mata @ air liur) adakah kita perlu samak tangan kita?

Jawapan

Definisi samak (rawat kulit agar kekal boleh guna masa kering atau basah tidak busuk) ya, tak perlu basuh.

 

Soalan

Ustaz, kalau darurat, makan dari bekas makanan non-muslim yang makan babi, perlu dibasuh macam biasa atau sertu? (bagi keadaan pinggan yang belum dibasuh)

Jawapan

Basuh sahaja, kalau sudah basuh maka tak perlu basuh. jawapan ni salah.. Yang benar tak wajib basuh jika sudah di basuh, hanya sunnat di basuh.

 

Soalan

Ada pendapat mengatakan samak tak perlu dengan air tanah. Apa pandang ustaz?

Jawapan

Samak yang saya maksud kulit yang di rawat agar boleh di guna.. babi tak wajib basuh 7 kali basuhan di awali dgn air tanah..hanya anjing. Zaman Nabi sudah ada babi, ayat al-quran pun di turunkan cerita haram daging babi tapi tak sebut kena basuh sama macam anjing dan dalam hadis pun tiada.

 

Soalan

Assalamualaikum. Ustaz, soalan saya lari dari topik bekas makanan dan minuman org bukan Islam/yahudi dan nasoro.

Soalan saya, apakah hikmah di istilahkan kaum yahudi dan nasoro itu? Dan adakah yahudi dan nasoro (dan juga Sabi in) sekarang adalah sama sebagimana yang disebut di dalam al-Quran?

Ini kerana, sefahaman saya, Nabi Isa alaihissalam di utuskan untuk kaumnya iaitu bani israel. Dan Injil diturunkan di dalam bahasa Ibrani (Hebrew kuno). Hatta jika dilihat dalam konteks terkini, Bible juga terbahagi kepada dua fasal iaitu Perjanjian Lama (Dikatakan Injil asal) dan Perjanjian Baru (petikan gospel dari John dan sebagainya).

Berdasarkan keterangan saya yang mungkin tidak lengkap ini, dilihat bahawa Nasoro yang sekarang adalah bersusur galur dengan Yahudi itu sendiri jika kita selusuri sejarah Nabi Isa itu sendiri. Cuma pembentengan besar kedua dua agama ini ialah bani israel dilihat punca Nabi Isa “dihukum salib”. Maka langsungnya ada pembahagian siapa penganut yahudi dan nasoro itu.

Dengan menentu-sahkan siapa yahudi dan nasoro itu maka pada pendapat saya ia membantu kita tahu originality jika keterlibatan kita umat islam bermuamalah dgn mereka.

Mohon pencerahan dan bimbingan ustaz.

Jawapan

Waalaikumussalam. Ayat al-Quran yang sebut tentang hukum muamalah dengan yahudi dan nasoro boleh dan Allah maha tahu bahwa apa mereka buat tu banyak tak betul. Yang kita tahu tu sedikit je. Allah tahu banyak, ayat al-Quran ni panduan sepanjang zaman..zaman Nabi pun yahudi nasoro ni musyrik juga. Seperti zaman lani mereka pun musyrik dan ada yang merubah ayat-ayat Allah. Itu semua Allah tahu.. dalam pada itu masih juga Allah halalkan makanan mereka..lelaki muslim boleh kahwin dengan wanita mereka.. hanya saja hukum boleh ini pendapat yang paling kuat bagi pendapat saya ialah pendapat yang kata yahudi nasoro yang ori menganut agama itu, maka boleh muamalah dengan mereka. Asalkan jangan melampau dan perlu perwaspadaan..maka hadist-hadis yang larang itu sangat bagus hikmahnya agar tidak melampau di kalangan muslim dalam bermuamalah dengan mereka. Zaman Nabi orang Rom sudah jadi nasoro maka di hukum ori mereka nasoro..dan di kalangan bani Israel kebanyakannya yahudi maka ori mereka sampai lani pun Yahudi. Wallahu a’lam..

 

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Bagaimana jika ahli kitab tu sembelih tapi mereka sebut ‘in the name of jesus’. Adakah boleh makan binatang sembelihan mereka jika berlaku begitu?

Jawapan

W’salam..dia kena sebut nama Allah.jika tak,kita yang sebut ketika makan dan kita tak wajib usul tanya mereka buat macamana sebab Nabi pun tak tanya. Hanya suruh baca bismillah ketika nak makan.

 

Soalan

Adakah anak (dilahirkan lepas parentsnya masuk kristian) kepada ex-buddhist (sudah masuk kristian) dikira sebagai ori nasoro atau tidak?

Jawapan

Ikut bapa mereka.

 

Soalan

Maksudnya jika bapanya asal konvert dan bukan asal kristian anak bukan ahli ahli kitab begitu ke ustaz?

Jawapan

Kalau bapa baru masuk macam india kristian hukum sama bapa iaitu bukan ori.

 

Soalan

Kalau di Mesir masih ada kaum qibty beragama masehi. Mereka kita panggil Kristian orthodox. Kitab rasanya old testement. Mereka jumpa beri salam dan jawab salam. Di kedai-kedai gantung kalimah Allah. Cakap mcm orang Islam insyaAllah. Adakah mereka ahli kitab ustaz? Mereka juga baca bismillah macam kita

Jawapan

Rasanya ori..yang tu saya tak pasti. Zahirnya asal dulu yahudi juga dari sana. Hukum ori. Wallahu a’lam

 

Soalan

Assalamualaikum warahmatullah… Maaf yer, betulkan kalau saya salah… bukan ke para Ahli Kitab, yang benar-benar beriman dengan kitab-kitab asal mereka, wujud sebelum kedatangan Baginda dan beberapa lama selepas wafatnya Baginda. Dan Islam tersebar, mungkin secara langsung tiada lagi wujud Ahli Kitab kerana arahan dan panduan didalam kitab mereka telah merujuk kepada kedatangan Baginda dan disuruh untuk mengikuti ajaran Islam yang Baginda bawa. Juga secara langsung mereka wajib beriman dengan Al-Quran. Sila beri pencerahan terhadap kefahaman saya, in sha allah. Terima kasih Ustaz dan Abg Bakri.

Jawapan

Waalaikumussalam. Ya ada juga yang betul-betul beriman. Sebab itu ada juga yang boleh terima ajaran Nabi Muhammad SAW.. tapi ada juga yang tidak..hukum halal umum, kecuali kita nampak zahir mereka tak sembelih dan tahu dia tak sembelih maka takleh.. sama je dengan orang islam. Kalau kita tahu orang Islam itu tak sembelih maka haram juga.

 

Soalan

Ustaz itu bab penyembelihan ahli kitab..kita dah faham hukumnya. Bagaimana pula tentang daging yang sudah sedia dimasak pula..kerana kita tak tahu bahan-bahan lain yang dicampur ketika memasaknya..Berkemungkinan ada bahan yang haram seperti ‘lard’ atau arak? Minta pecerahan..terima kasih.

Jawapan

Jika kita tahu mereka masak dengan benda haram maka haram makan.

1 KOMEN

  1. Ustaz apa hukum kita membasuh sisa makanan orang cina yg mengandungi babi.. adakah kita kena samak selepas membasuh pinggan tersebut? Mohon pencerahan

Komen dan Soalan