Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Memerangi bangsa Turki: Tanda Kiamat Ke-14

Memerangi bangsa Turki: Tanda Kiamat Ke-14

749
0
Iklan

Tanda Kiamat Ke-14/131

Dalil hadith:

لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا الترك صغار الأعين حمر الوجوه ذلف الأنوف كأن وجوههم المجان المطرقة ولا تقوم الساعة حتى تقاتلوا قوما نعالهم الشعر
الراوي : أبو هريرة المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 2928 خلاصة

Terjemahan:
“Tidak akan terjadi hari qiyamat hingga kalian memerangi bangsa Turki yang bermata kecil, wajah kemerahan dan hidungnya penyek. Wajah mereka seakan seperti perisai yang menutupi kulit. Dan tak akan terjadi hari qiyamat hingga kalian memerangi kaum yang bersandal bulu”
HR Bukhari no 2928

Syarah:
Bangsa Turki dalam hadith ni adalah diperselisihkan akan maksudnya. Menurut kitab sejarah islam, bangsaTurki ni adalah keturunan Yafits bin Noah, juga keturunan Qanthura’ (seorang khadam Nabi Ibrahim), cucu Nabi Nuh, Afridan dan negara asal mereka ialah Turkistan. Menurut Mulla ali al-Qarim bangsa Turki adalah bangsa yang terlepas dari benteng Zulkarnain. Jadi Turki ni bukanlah saja bangsa Turki sekarang, bahkan bangsa yang luas meliputi juga bangsa tartar.

Soalan:
Assalamualaikum sheikh THTL. Bangsa tartar yg di maksudkan ini ialah yg berasal dari bahagian yg sekarang Asia minor dan Russia ka Sheikh?

THTL: Ya,
Peperangan dengan bangsa Turki atau bangsa mata sepet ni terjadi di zaman Muawiyah pada pertama kali, kemudian kali kedua pada zaman Imam nawawi, tahun 650 Hijrah, ketika bangsa Tartar menyerang dan melumpuhkan kerajaan Abbasiah. Inilah yang dimaksudkan oleh hadith, yakni perang antara islam dengan tartar menurut Ibn Hajar dan Imam Nawawi.

Adakah betul khalifah kerajaan mamluk jugak berketurunan tartar Sheikh?

THTL: Ya, kerajaan Mamluk juga keturunan Turki, ia berlaku sebelum Tartar.

Rumusan: Ia tanda yang telah berlaku, iaitu peperangan Islam dengan bangsa yang disebut oleh Nabi saw sebagai bangsa Turki dan dijelaskan sifat-sifatnya , kulit merah, mata sepet dan memakai sandal dari bulu adalah bangsa Tukistan, juga tartar. pertembungan dengan bangsa keturunan Turki ini bermula di zaman sahabat, kemudian di zaman abbasiah dengan dinasti seljuk, mamluk dan kemudian tartar yang diketuai oleh Jengiz Khan. nanmgsa tartar ini akhirnya memeluk Islam dan kemudian membantu Islam dengan perluasan jajahan ke India dan istanbul. Tamat

Nota tambahan:
Zaman Ibn Taymiyah tu di bawah kerajaan tartar laa
tapi depa dah masuk Islam

Komen dan Soalan