Utama Kursus (01) Sijil Ulum Hadith UiTO Kuliah 1: Ulama Hadis dan Sahabat

Kuliah 1: Ulama Hadis dan Sahabat

407
0
Iklan

Assalamualaikum semua

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم

اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
Quran 59:7

Mula-mula belajar kita kena minta doa pada Allah supaya Dia permudahkan kita semua mendapat kebaikan. Ayat di atas dalil kewajipan kita semua menerima apa yang Nabi صلى الله عليه وسلم bawakan kepada kita.. Iaitu Al Quran dan As Sunnah. Begitu juga larangan Nabi صلى الله عليه وسلم juga wajib tinggalkan. Ini lah dalil penting untuk kita mendalami ilmu alquran dan sunnah.

Bila sudah tahu kewajipan belajar, maka apa yang penting kena usaha bersungguh-sungguh dengan tekun dan tabah.. Hanya dikalangan yang sabar sahaja yang berjaya tamatkan pengajian sebarang ilmu.. Oleh itu perbanyakkan doa pada Allah..

Habis di situ

Malam ni kena terangkan sedikit beberapa perkara penting

-kitab nama mabahis fi ulumil hadis
-pengarang manna’ alqatthan
-teks buku di terjemah dlm bahasa indon..

Jadi saya cuba sedaya upaya perbetulkan beberapa ayat-ayat yang sukar nak faham jika ada.atau pun kesilapan2 cetak dan sebagainya saya semak dengan kitab edisi arab. Jadi bagi sesiapa yg ada edisi arab tu molek la juga utk rujukan naskhah asal.

-kitab ini kitab ringkas intro tentang ilmu hadis.walaupun ringkas banyak faedah penting ada dalamnya. Sesuai juga untuk rujukan ilmu hadis. Jadi, tak cukup lah dengan hanya belajar kitab ini tanpa belajar kitab-kitab lain yang bahaskan secara panjang lebar..walaubagaimana pun kitab ini sangat sesuai utk setiap lapisan masyakat samada alim ulama mahupun pelajar-pelajar.

-kaedah saya guna dlm ni simple saja..saya banyak ringkaskan huraian dalam ni..dan pelajar mesti sentiasa merujuk kembali perlajaran terdahulu..
Habis di situ

Mula kitab muka surat 19. Kita mula kitab

Pengertian hadis nabawi
Dalam kehidupan manusia,Manusia sangat berhajat kepada segala jenis maklumat-maklumat ilmu yang banyak.
Secara dasar maklumat ilmu terbahagi 2;
Ikhbar naqli dan nazhru aqli.

Ikhbar naqli ialah berita nukilan asal ilmu iaitu maksud di sini ialah kitab Al Quran dan hadis-hadis Nabi.

Nazhr aqli pula ialah ilmu yang perlu di kaji selidik dengan alquran dan hadis.

*ilmu naqli dan aqli banyak perbahasannya. Yang penting maksud di sini ialah ilmu mesti belajar dan kena belajar alquran dan hadis, paling kurang habis tafsir 30 juzu alquran dan paling kurang habis satu kitab hadis sunan sittah.

*ilmu aqli juga dimaksudkan bagi ilmu yang penting juga iaitu alquran dan hadis.cumanya perlu ada pengajian dan selidikan dgn berpandukan nas.
Habis di situ..

Sambung teks kitab
Allah telah kurniakan pendukung hebat di kalangan ummat ini di kalangan orang terdahulu yang terbaik yang jujur. Hasil korban mereka menjaga ilmu alquran dan sunnah-sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم

Dan mereka lah orang-orang sangat amanah dan jujur..di kalangan mereka ada menitik berat tentang ilmu tafsir alquran. Maka mereka lah pentafsir alquran sebenar.. Dan dikalangan mereka menitik berat ilmu hadis. Maka mereka lah syeikhul hadis sebenar.
Mereka ini lah ulama-ulama sebenar di kalangan sohabat-sohabat dan tabien dan golongan setelah mereka yang menjaga ilmu hadis-hadis Nabi صلى الله عليه وسلم sejak zaman berzaman hingga kini.

Dan mereka lah yang sangat memberi kesan di dalam agama Allah.. Oleh itu apa saja yang mereka sampaikan tidak lain hanya dari penghayatan kehidupan Nabi صلى الله عليه وسلم dan kesan dari dakwah Nabi صلى الله عليه وسلم dan apa saja yg mereka tahu dari Nabi صلى الله عليه وسلم

Hingga mereka lah dikalang manusia yang benar ikut ayat ini
Holy Quran 33:21
——————

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). Dan mereka juga di perintah agar pegang terima dengan taat apa yg di bawa oleh Nabi صلى الله عليه وسلم dan meninggalkan larangan Nabi صلى الله عليه وسلم

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

Sangat hebat cara mereka ikut Nabi صلى الله عليه وسلم dengan cara yang sangat-sangat mendalam hingga sampai kepada maksudnya.

Sebab itu mereka tidak pernah tanya sebab musabab dan alasan munasabah apa.
Seperti kisah dalam al-Bukhari. meriwayatkan dari ibn umar رضي الله عنه

“pernah Rasulullah صلى الله عليه وسلم memakai cincin emas lalu dikalangan sahabat-sahabat pun cari pakai cincin emas(kerana nak ikut Nabi) kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم melemparnya lalu berkata aku tidak pakai kembali cincin ini selamanya.. Lalu sahabat-sahabat juga lempar cincin mereka masing-masing..

Ibn hajar berkata ini dalil mereka sangat cepat bertindak meneladani perbuatan Nabi صلى الله عليه وسلم dan setiap Nabi tetapkan (bolehkan) mereka juga tetapkan dan stiap kali Nabi صلى الله عليه وسلم melarang maka mereka tinggalkan..
Habis di sini terjemah matan

Penerangan,
Di sini lah suri tauladan yang patut bagi setiap di kalangan manusia ikuti..ini lah cara kaedah sebenar menuntut ilmu..belajar lah dgn ikut contoh pelajar terbaik iaitu sahabat-sahabat..pelajar terbaik hasil dari guru terbaik iaitu Nabi صلى الله عليه وسلم

Contohi sahabat nescaya dapat terhasil contohi kehidupan Nabi صلى الله عليه وسلم
Wallahu a’lam.. Setakat di sini sahaja mampu hari ini.. Maaf jika ada kekurangan..

Setelah di nilai kelas hari ni,
Saya ambil keputusan kena terjemah teks asal dari bahasa arab di ringkas dgn cara saya sendiri in sya Allah tidak di kurangkan maksud penting dalam kitab.. Dan untuk rujukan boleh semak yang arab dan baca yang teks terjemahan.. in sya Allah akan banyak dapat manafaatnya..

Jadi sesi pengajian kitab ini kita tumpu kepada teks asal agar bertambah kefahaman lagi..
Jadual nanti kita bincang..

والله اعلم
وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين
السلام عليكم

Komen dan Soalan