Utama Bilik (30) Tafsir Ibn Kathir Diskusi Tafsir Surah Al-Fatihah

Diskusi Tafsir Surah Al-Fatihah

502
0
Iklan

Diskusi Tafsir Surah Al-Fatihah 

Diskusi 06

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ  – Tunjukilah kami jalan yang lurus (1:6)

Telah diriwayatkan bahawa yang dimaksud dengan sirat ialah Kitabullah alias Al-Qur’an. 

قَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ: حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَرَفَةَ، حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ يَمَانٍ، عَنْ حَمْزَةَ الزَّيَّاتِ، عَنْ سَعْدٍ، وَهُوَ أَبُو الْمُخْتَارِ الطَّائِيُّ، عَنِ ابْنِ أَخِي الْحَارِثِ الْأَعْوَرِ، عَنِ الْحَارِثِ الْأَعْوَرِ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “الصِّرَاطُ الْمُسْتَقِيمُ كِتَابُ اللَّهِ”

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Al-Hasan ibnu Arafah, telah menceritakan kepadaku Yahya ibnu Yaman, dari Hamzah Az-Zayyat, dari Sa’id (yaitu Ibnul Mukhtar At-Ta’i), dari anak saudaraku Al-Haris Al-A’war, dari Al-Haris Al-A’war sendiri, dari Ali ibnu Abu Talib r.a. yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Siratal Mustaqim adalah Kitabullah.

Hal yang sama diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir melalui hadis Hamzah ibnu Habib Az-Zayyat. 
Dalam pembahasan yang lalu —iaitu dalam masalah keutamaan Al-Qur’an— telah disebutkan melalui riwayat Imam Ahmad dan Imam Turmuzi melalui riwayat Al-Haris Al-A’war, dari Ali r.a. secara marfu’, 

“وَهُوَ حَبْلُ اللَّهِ الْمَتِينُ، وَهُوَ الذِّكْرُ الْحَكِيمُ، وَهُوَ الصِّرَاطُ المستقيم”

bahawa Al-Qur’an merupakan tali Allah yang kuat: Ia adalah bacaan yang penuh hikmah, juga jalan yang lurus.

Menurut pendapat lain, siratal mustaqim adalah al-islam (agama Islam). Dahhak meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. yang mengatakan bahwa Malaikat Jibril pernah berkata kepada Nabi Muhammad Saw., “Hai Muhammad, katakanlah. ‘Tunjukilah kami jalan yang lurus’.” Makna yang dimaksud ialah “berilah kami ilham jalan petunjuk, yaitu agama Allah yang tiada kebengkokan di dalamnya”.

Maimun ibnu Mihran meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. sehubungan dengan firman-Nya: Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Al-Fatihah: 6) Bahwa makna yang dimaksud dengan “jalan yang lurus” itu adalah “agama Islam”.

Diskusi 07

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. Surah Al-Fatihah (1:7)

Orang yg diberi nikmat:

1. Para ambia’
2. Sidiqqin
3. Syuhada’
4. Solihin.

Imam An Nawawi RH telah menyusun sebuah kitab untuk membina peribadi solih.

Apakah nama kitab itu? Kitab itu adalah Riyadhus Solihin.

Adakah yang dimurkai dan yang sesat itu merujuk kepada puak Yahudi dan Nasrani dan yang sewaktu dengan mereka? Ya puak Yahudi dan Nasrani.  Yahudi diberi taurat, tetapi engkar.
Kita diberi AlQuran, juga engkar.

Nasrani buat bidaah, puja Nabi Isa, tetapi tidak ikut sunnah Nabi Isa. Kita pun serupa.

Yahudi dan Nasrani itu ahli kitab, mereka diberi kitab Taurat dn Injil.  Mereka yang berpegang dengan Injil pada zaman ini juga ahli kitab.

Apakah kita yang diberikn AlQuran juga ahli kitab? Jawabnya, AlQuran dibaca dgn sebenar-benar bacaan, iaitu direnung dan ditadabur maknanya, supaya kita yang diberikan AlQuran mengambil iktibar dan menjauhi sikap-sikap ahli kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani.

Ulasan

Setelah kita pohon petunjuk untuk diri dan saudara-saudara seiman, ayat berikutnya menjelaskan maksud jalan yang lurus.  Manhaj yang lurus yang diredhai Allah. Dan memperoleh syurgaNya. Itulah agama Islam yang berdiri atas landasan iman, ilmu dan amal serta menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat.

Melalui ayat ini, kita mengaku nikmat-nikmat Allah. Dan kita dianjurkan mengikuti suri tauladan yang baik.

Ayat ini juga merangsang kita untuk mengikuti jalan orang soleh dan menjauhi jalan orang yang sesat.

Ibn Kathir membezakan antara golongan yang mendapat nikmat dengan golongan yang tidak, iaitu jalan ahli iman berdasarkan kepada kebenaran ilmu dan beramal dengannya. Sedangkan Yahudi melupuskan amalan dan Nasara pula hilang pedoman ilmu. Justeru layaklah laknat ditimpa ke atas Yahudi dan kesesatan bagi Nasrani. 

Ini kerana golongan yang tahu dan meninggalkan apa yang disuruh selayaknya dimurkai, berlainan dengan yang tidak mengetahui disangkanya benar tetapi bukan sebenarnya, ini adalah sesat.

Dalil maksud golongan yg diberi nikmat:

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا

Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Surah An-Nisa’ (4:69)

ذَٰلِكَ الْفَضْلُ مِنَ اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ عَلِيمًا

Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui. Surah An-Nisa’ (4:70)

Komen dan Soalan