Bismillah…
Note 04
Rujuk Al Fiqh Al Manhaji
Mengulangi solat fardhu dan Mengqadha’nya
1. Mengulangi Solat :
– Iaitu mendirikan solat fardhu semula yang telah ditunaikan apabila mendapati ada kekurangan atau kecacatan dari segi adap dan kesempurnaan.
– Hukum mengulangi solat adalah sunat.
Berdasarkan hadis, setelah Nabi SAW menunaikan solat subuh, baginda mengetahui ada dua orang lelaki tidak bersolat bersama-sama. Baginda lalu bersabda:
“Apakah yang menghalang kamu daripada bersama kami? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah! Kami telah bersolat dirumah kami. Baginda bersabda : Jangan begitu, walaupun kamu bersolat dirumah, kemudian kamu datang ke masjid dan solat berjemaah sedang dirikan, hendaklah kamu bersolat bersama-sama mereka, sesungguhnya ia adalah sunat bagi kamu.”
Riwayat Al-Tarmizi : 219
2. Qadha / Mengqadha’nya:
– Ialah melakukan solat selepas waktunya berakhir atau dalam waktu yang tidak memandai untuk menyempurnakan satu rakaat daripadanya.
Orang yang meninggalkan solat dengan sebab yang dimaafkan, tertidur atau terlupa tidak berdosa dan tidak wajib segera mengqadha’kannya. Manakala orang yang sengaja meninggalkan solat pula berdosa dan wajib mengqadha’nya.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang tertidur hingga tertinggal solat atau terlupa bersolat hendaklah melakukannya apabila telah teringat. Tiada kifarah untuknya selain demikian.”
Riwayat Al-Bukhari : 572
Hadis diatas menunjukkan solat fardhu yang tertinggal wajib diqadha’ walau seberapa banyak ia ditinggalkan.