Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 02.06.05#060515: HADITS DHA’IF & PERBAHASANNYA (الضعيف ومسائله) Bhg. 04

02.06.05#060515: HADITS DHA’IF & PERBAHASANNYA (الضعيف ومسائله) Bhg. 04

130
0
Iklan

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.06.05 Mengenal Hadits al-Mardud (المردود)

HADITS DHA’IF & PERBAHASANNYA (الضعيف ومسائله) Bhg. 04

Susunan: BroSyarief

Hadits dha’if yang ringan boleh digunakan untuk menguatkan hadits Dha’if yang sama ringannya, sepertimana ia akan dibincangkan nanti.

Ibn al-Qayyim menambah, dengan mengatakan bahawa hadits Dha’if juga boleh digunakan untuk tarjih di antara dua nas yang mempunyai dua makna yang berbeza.

Kemudian, Dr Abullayts menyebutkan terdapatnya bahaya jika berlapang dada dalam pengamalan hadits Dha’if di dalam Fadhail (Kelebihan-kelebihan). Dia menyebutkan:

’Telah kita lihat bahawa mengamalkan hadits Dha’if itu ada persyaratannya, tetapi dari kalangan manusia, ada yang terpengaruh kepada mereka sikap melampau dalam Tasauf atau Zuhud, atau selainnya.

Mereka tidak mengendahkan persyaratan tersebut, sama ada ketika menyebutkan hadits dha’if atau malah hadits palsupun, dan tidak (juga diperhatikan persyaratan itu) ketika beramal dengannya.

Oleh kerana kecuaian mereka ini, telah masuklah ke dalam agama perkara-perkara yang tidak berasal darinya, dan tertimpa ke atas mereka banyak kerosakan, di antaranya:

01. Tidak selamatnya sesuatu bahan rujukan dari bercampur antara hadits yang sahih dan dha’if pada perbincangan Fadhail.
02. Jatuhnya seseorang dalam keadaan berbohong di atas nama Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.
03. Terperangkap dalam bahaya bid’ah kerana beramal dengan sesuatu yang tidak ditetapkan oleh syara’.

Penulisan-penulisan tentang hadits Dha’if pula sangat banyak, sehingga ia boleh dibahagikan kepada 3 kategori umum:

01. Kitab yang dikatakan di dalamnya hanya hadits-hadits Dha’if sahaja, seperti: Nawadir al-Usul fi Ahadits al-Usul (oleh at-Tirmizi), Musnad asy-Syihab fi al-Mawa’iz al-Adab (oleh al-Qudha’i), Musnad Firdaus (ad-Daylami), dll.
02. Kitab khusus membincangkan salah satu dari kategori-kategori hadis, seperti: al-Marasil oleh Abu Dawud, al-‘Ilal oleh Ibn Abi Hatim, Silsilah al-Ahadits al-Dha’ifah wal Mawdhu’ah oleh al-Albani, dll.
03. Kitab yang mengumpulkan biografi periwayat Dha’if yang juga menyebutkan hadits-hadits Dha’if, seperti: ad-Dhu’afa al-Kabir oleh al-‘Uqayli, Ma’rifatul Majruhin min Muhadditsin wad-Dhu’afa wal Matrukin oleh Ibn Hibban, dll.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan