#SilsilahShahihah:
Ketika kami bersama `Abdullah bin `Amru bin Al-`Ash, beliau ditanya tentang dua kota; yang mana akan dibuka terlebih dahulu; Kota Kontantinopel atau Kota Rom? Lalu `Abdullah meminta sebuah peti yang lusuh, katanya: `Abdullah mengeluarkan sebuah kitab daripadanya, lalu berkata `Abdullah: Kami pernah bersama Rasulullah dan mencatat hadits baginda. Lalu Rasulullah ditanya: “Kota yang manakah yang akan dibuka terlebih dahulu; Konstantinopel atau Rom?” Jawab Rasulullah: “Kota Hiraql akan dibuka terlebih dahulu.” Yakni: Konstantinopel.
كنا عند عبدِ اللهِ بنِ عمرو بنِ العاصِ ، و سُئِلَ أيُّ المدينتيْنِ تُفتحُ أولًا القسطنطينيةُ أو روميَّةُ ؟ فدعا عبدُ اللهِ بصندوقٍ له حِلَقٌ ، قال : فأخرج منه كتابًا قال : فقال عبدُ اللهِ : بينما نحنُ حولَ رسولِ اللهِ نكتبُ ، إذ سُئِلَ رسولُ اللهِ : أىُّ المدينتيْنِ تُفتحُ أولًا القسطنطينيةُ أو روميَّةُ ؟ فقال رسولُ اللهِ : مدينةُ هرقلَ تُفتحُ أولًا : يعني قسطنطينيةَ
Hadits ini juga diriwayatkan oleh Ahmad (2/176), Ad-Darimi (1/126), Ibn Abi Syaibah (47/153/2)
Ulasan:
1. Sehingga ke hari ini, hanya satu daripada dua janji tersebut telah termakbul di tangan Sultan Muhammad Al-Fatih Al-`Utsmani, selepas lebih 800 tahun Rasulullah ﷺ menyebutkan janji ini. Sedangkan janji kedua (pembukaan Kota Rom, ibu kota Itali) insya’allah akan menyusul sebagaimana yang dijanjikan.