Utama Bilik (93) Cabang Cabang Iman Cara Membenarkan Iman

Cara Membenarkan Iman

193
0
Iklan

Lawan benar adalahlah tipu atau palsu..
bagaimana (untuk) membenarkan.. ?

Apabila apa sahaja perkara yang terdetik dihati, kita nafikan kuasa makhluk dan isbatkan kuasa Allah swt. Misalnya bila terdetik suatu yang buruk maka hati kita terus istighfar dan menyebut inna lillahi wa inna ilahi rojiun, bila terdetik suatu yang baik maka Alhamdulillah, Subhanallah.. bila terdetik suatu yang takjub.. Masyaa ALLAH dan Allahu Akbar
ini cara nak benarkan dan doa Allah luruskan hati kita selalu..

Kemudian seorang yang itu wajib melafazkan dan menzahirkan keimanan dengan menyebutnya dan mentablighkannya. Amatlah malu kita tak nak sampaikan perkataan ini yang ALLAH SWT datangkan semua Rasul untuk sampaikan dan sebarkan perkataan ini. Apabila Rasul saw Nabi terakhir dan dah tak ada nabi dah selepasnya, itu tanda apa nak tunggu sape lagi nak sampaikan ? malaikat ?
itu tanda kerja sampaikan itu di umumkan kepada umat nabi yang beriman hingga hari kiamat.. siapa dia.. kalau kita org beriman terasalah malu pada Allah swt kalau tak nak sampaikan.

Apabila Rasul saw nabi terakhir wafat, maka dah tak ada nabi dah selepasnya, itu tanda apa nak tunggu sape lagi nak sampaikan ? malaikat ?

Amal perkataan la ilaha illa Allah.
dah benar dalam hati dah sampaikan tak amal lagi. Belum macam seorang cikgulah dia dah sign surat sebagai guru dah masuk kelas tiap pagi ajar murid.. lepas habis kelas dia tak buat amal berlawanan dan tak ikut apa yang dia ajar. Dia ajar Matematik 100 – 50 = 50. tapi bila dia pergi beli minyak petrol rm 50 dia bayar rm 100 dia nak rm 90 bakinya.. dia amal tak matematik ?

Sama jugak orang yang dah tasdik (benar) dan tabligh (sampaikan) tapi dia masih buat perkara syirik minta dengan kubur, wasilah dengan benda benda keramat kerislah batulah apa semua tu, ini sama dengan tak amal kalimah La ilaha illa Allah, maka sia sia tasdiq dan tablighnya.. dia nafikan dengan amal tindakannta

Banyak sangat dalam hadis kelebihan perkataan La ilaha illa Allah.. dan Rasul saw mula mula dan berterusan sampai wafatnya nak tegakkan kalimah ini..23 tahun sehingga tak de dah ilah tuhan tuhan lain di Mekah dan Madinah yangvdi sembah melainkan Allah swt. Jadi HARAM orang sembah selain Allah swt masuk kedua Tanah tersebut. Sebab tu disebut dua tanah haram aka Haramain
buku saya rujuk Furu’ ul Iman Maulana Ashraf Ali Thanwi ada terjemahan english
Muhammadur Rasulallah..

Satu ayat penyataan, Muhammad adalah Rasulallah. Ianya satu penyataan yang mudah di sebut tetapi amat berat difahami. Apakah dia Rasul, yang membawa dan menyampaikan RISALAH.
Risalah siapa ? Risalah dari Allah swt.

Apakah risalahnya ?
La ilaha illa Allah.

Apa sahaja yang membenarkan risalah ini, bagaimana risalah ini diajar, difahami dan diamal ianya dalam ilmu pembawa risalahNya yakni RasulNya.

Siapa yang lantik Rasul ?
Allah swt sendiri, untuk apa ?
Jika ada seorang mengaku dia utusan kerajaan paling kaya di dunia.
apa yang kita jangkakan (expect) dari orang tu..

Apabila Allah swt jadikan manusia, Allah swt nak jadi hamba hamba Nya, yakni yang tunduk patuh taat padanya..
Bagaimana nak tunjuk cara patuh dan cara taat kepada manusia..

Allah swt utuskan Rasul – RasulNya dan Muhammad saw adalah Rasul terakhir yang diutuskan untuk sampaikan risalahNya
Cara nak patuh dalam hal kehidupan didunia. Cara nak taat dalam hal ibadat khusus (solat, puasa, zakat dan haji)..
baik.. semua perintah Allah swt disampai dan ditunjukkan dalam tingkah laku, perkataan dan redha RasulNya, maka bila kita Tasdiqkan dalam hati, bentuk ketaatan, kepatuhan dan punca keredhaan Allah swt ada dalam risalah yang dibawa oleh Rasulallah saw, Muhammad penutup sekalian Rasul.

Kita lafazkan dan taqrirkan dan sampaikan Muhammd saw itu Rasulallah. Rasul yang terakhir, kita amalkan segala bentuk amalan soleh dan segala bentuk peribadatan dan bentuk minta pertolongan dengan Allah swt hanya dengan cara yang disampaikan oleh Muhammad Rasulallah saw.

insya Allah kita sambung cabang yang ke tiga.

Komen dan Soalan