Utama Bilik (93) Cabang Cabang Iman Kasihi Yang Muda, Hormati Yang Tua

Kasihi Yang Muda, Hormati Yang Tua

466
0
Iklan

Susunan Ustaz Azril Ismail

Bismillah Alhamdulillah wa solatu wasalamu ala Rasulillah..

Kita undur lagi ke cabang-cabang Iman ke 75

رحم الصغير وتوقير الكبير

Mengasihi yang kecil/muda dan mengutamakan/menghormati/ mendahulukah yang besar/tua

لحديث جرير بن عبد الله في صحيح مسلم من لا يرحم الناس : لا يرحمه الل

Dari hadis Jabir RA seperti disebut ddalam Sahih Muslim mafhumnya sesiapa yang tidak mengasihi manusia, tidak dikasihi akan dia Allah swt

Allah tidak mengasihinya .. aw kama qol..

Manusia semua layak kita cintai kerana ciptaan Allah swt yang terbaik. Tingkatan kasih atau tahap kasih di sebut dalam hadis yang lain ..

 

وحديث عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما في سنن ابي داود ومسلم من لم يرحم صغيرنا ولم يعرف حق كبيرنا فليس منا

 

Dan Hadis Abdullah bin Amr Ra disebut dalam sunan Abu Daud dan Sahih Muslim.

Sesiapa tidak kasih kepada yang kecil/muda diantara mereka, dan tidak menunaikan hak/menghormati yang besar/tua dianatara mereka, bukanlah dikalangan kami

Hubungan iman dan kasih serta hormat ini sangatlah akrab.. Seorang yang memahami maksud Iman lebih kasihnya pada yang muda dan lebih hormatnya pada yang tua.

Kerana apa ? Kasih dan rahim ini adalah nikmat dan kurniaan dari Allah swt.. seperti yang disebut

وحديث ابي هريرة رضي الله عنه في الصحيحين جعل الله الرحمة مائة جزء فأمسك عنده تسعة وتسعين جزءا وانزل في الارض جزءا واحدا فمن ذلك الجزء يتراحم الخلائق حتى ترفع الفرس حافرها عن ولدها خشية ان تصيبه

Hadis Abu Hurairah RA dalam Sahihain.. Allah swt menciptakan Ar Rahmah itu 100 bahagian, 99 bahagian dipegang oleh Allah swt dan menurunkan satu bahagian ke muka bumi (dunia) , dengan satu bahagian ini kita dapat lihat berkasih-kasihan makhluk di bumi sesama mereka, hingga lihat haiwan mengasihi anak mereka memberi makanan dan membesarkan nya..

Mafhum dari hadis.. boleh rujuk Ustaz untuk terjemahan yang lebih tepat, hingga kita dapat melihat haiwan menjaga dan memelihara anaknya..

Baik mengasihi yang kecil dan menghormati yang tua adalah cabangan iman yang sangat sangat penting.. begitu banyak dalil dan penegasan Rasulallah saw mengenainya..

Ayat “bukan lah daripada kalangan kami” .. itu adalah satu penegasan yang sangat keras.. jika kita bukan kalangan pengikut Rasulallah saw kita pengikut siapa ? Nauzubillahimin zalik.

Wallahu a’alam bi sowwab

Komen dan Soalan