Utama Bilik (21) Aqidah Salaf Memelihara Aqal Dalam Masalah Aqidah

Memelihara Aqal Dalam Masalah Aqidah

238
0
Iklan

Susunan: Bro Benjamin Syazwan

قال الأوزاعيُّ – رحمه الله -: “إن المُؤمنَ يقول قليلاً ويعملُ كثيرًا، وإن المُنافِقَ يقول كثيرًا ويعملُ قليلاً”.

InsyaAllah sedikit “supper” untuk malam ini

‘Memelihara akal dengan tidak membebaninya untuk membahaskan perkara yang di luar kemampuannya dalam masalah aqidah’

Hal ini adalah kerana Allah memberikan akal manusia kemampuan yang terbatas sehingga ia tidak mampu melampaui batas kemampuannya. Para salaf mengetahui hal itu sehingga mereka turut membatasi diri daripada membahaskan tentang perkara-perkara yang ghaib dan menerima sepenuhnya ayat-ayat dan hadis-hadis tentang perkara yang berada di luar jangkauan akal serta beriman kepadanya.

 

Peranan akal terhadap perkara-perkara ghaib menurut jalan salafus soleh ialah redha, percaya dengan penuh ketenteraman, menghormati keagungan dan kebesaran Allah Ta’ala, berfikir tentang kejadian makhluk-Nya yang pelbagai di jagat raya ini, serta merenung akan tanda-tanda kekuasaan Allah yang padanya dapat diambil iktibar dan pengajaran.

Ini bukanlah bermaksud mereka tidak menggunakan fungsi akal, sebagaimana yang difahami oleh dunia gereja dan tasawuf. Apa yang tercapai oleh akal atau rasional itu bukan sesuatu yang tercela secara mutlak, akan tetapi tercela jika harus meninggalkan dalil syar’i atau nas, dan mengunggulkan akal atas dalil syar’i tersebut. Juga sekiranya menyangkal dalil-dalil agama dengannya. Selain itu, akal tidal boleh ikut campur dalam membahaskan masalah-masalah ghaib dalam bab aqidah.

 

Adapun dalam perbahasan soal-soal lain daripada masalah aqidah, iaitu menggunakannya untuk wahdaniyah (ke-Esaan) Allah, ilmu, ke-Maha Kuasa-an, kebijaksanaan-Nya, benarnya hari kebangkitan dan pembalasan, maka Al-Qur’an menuntut manusia agar menggunakan akalnya sebagai penguat dalil syar’i dan pengukuh keyakinan bagi aqidah.

Kerana itu, sesiapa sahaja yang mentadabbur Kitabullah dengan saksama, maka pasti akan mendapati banyak ayat yang mendorong akal manusia untuk berfikir, merenung dan mengambil pengajaran.

Jika kita tidak berpedoman kepada wahyu, akal itu pasti akan silap kera ia adalah salah satu daripada makhluk Allah Ta’ala. Adakah mata yang penglihatannya terbatas dapat melihat sesuatu yang jaraknya ribuan batu? Adakah telinga yang pendengarannya dapat mendengar percakapan burung-burung yang jauh di puncak gunung? Adakah tangan yang juga tidak berdaya dapat mengangkat gunung? Begitu jugalah dengan akal, dimana ia sangat terbatas kemampuannya.

[‘Alaqah al-Itsbat wa at-Tafwidh bi Sifat Rabb al-‘Alamin (23-26). Lihat juga Syarah Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah (I/56)]

TAMAT.

 

IKLAN: Ahlan wa sahlah Syeikhuna Ustaz Abid..?

Kepada semua ahli Bilik (21) Aqidah Salaf, Usta Abid ada bersama-sama kita untuk guide dalam memahami aqidah salaf. Jika ada sebarang pertanyaan atau persoalan berkaitan masalah aqidah insyaAllah beliau sudi bantu..

Komen dan Soalan