Utama Bilik (105) Qawaid Fiqh Pengajian 6 : Qawai’d Fiqh

Pengajian 6 : Qawai’d Fiqh

3072
0
Iklan

Yakin tidak dihilangkan dengan syak

والاصل فى الحادث ان يقدر # بأقرب الزمان فيما قررا

Asal pada sesuatu yang baru berlaku diandaikan. Dan masa yang paling hampir pada kaedah yang telah ditetapkan.

Sya’ir ini merujuk kepada kaedah cabangan seterusnya daripada kaedah

اليقين لا يزول بالشك

Iaitu kaedah.

الاصل فى الحادث ان يقدر بأقرب الزمان.

Asal pada suatu peristiwa @ perkara yang baru berlaku ialah diandaikan @ dirujuk kepada waktu yang paling hampir

Contoh;

Seseorang melihat pada kainnya air mani, lalu dia lupa pada tidur manakah dia bermimpi. Maka dikira pada tidurnya yang terakhir. Lalu dia kena mandi dan qadha solatnya selepas tidur yang terakhir.

والأصل فى الاشياء الإباحة الا # ان دل للحظر دليل قبلا

Dan asal pada perkara-perkara itu adalah harus kecuali jika ada dalil yang menunjukkan kepada larangan maka diterima (dalil itu).

Sya’ir ini isyarat kepada kaedah.

الأصل فى الأشياء الإباحة…

Asal pada setiap perkara adalah harus. Dan ini juga kaedah cabang kepada kaedah utama di atas. Walaubagaimanapun kaedah ini boleh merujuk langsung kepada hadis nabi saw iaitu; Daripada Abu Tha’labab al-Khusyani r.a. daripada rasulullah s.a.w. sabdanya: sesungguhnya Allah telah memfardhukan beberapa kefardhuan, janganlah kamu mensia-siakannya, menetapkan beberapa batas, janganlah melepasinya, mengharamkan beberapa perkara, janganlah kamu melakukannya dan diam daripada beberapa perkara sebagai rahmat kepada kamu bukan kerana lupa maka janganlah kamu mencari-carinyanya.

Dalam hadis ini nabi s.a.w kata diam daripada berapa perkara jangan mencari-carinya. Jadi, di sini perkara yang tiada hukum jangan cari-cari untuk dijadikannya haram hingga berjumpa dalil yang mengharamkannya. Dari sini menunjukkan asal bagi perkara yang tiada hukum maka hukum asal adalah harus.

 

Kaedah

الأصل فى الأشياء الإباحة…

Asal pada setiap perkara adalah harus. Adalah kaedah cabangan daripada kaedah induk

اليقين لا يزول بالشك

Biasanya kaedah yang disimpul langsung daripada al-Quran adalah kaedah induk atau kaedah asas dan kaedah cabang disimpulkan daripada kaedah induk. Tetapi kaedah ini walaupun kaedah cabang ia boleh merujuk terus kepada hadis.

كذا يقال الاصل فى الابضاع # الحظر مطلقا بلا دفاع

Begitu juga dikatakan (termasuk bawah kaedah alyakin….) dikatakan asal pada abdho’ (tempat sulit wanita) adalah dilarang secara mutlak tanpa percanggahan.

Sya’ir ini menunjukkan kepada dhobith yang terbit dari kaedah

اليقين لا يزول بالشك ..

Yang seterusnya ialah;

الاصل فى الابضاع التحريم

Asal pada alat sulit wanita adalah haram.

Contoh;

Kalau bercampur seorang mahram kepada seorang lelaki dengan wanita-wanita dalam satu kampung yang besar, dan dia yakin bahawa mahramnya memang ada didalam kampung tersebut, tapi dia tak kenal yang mana satu. Tiba-tiba dia nak berkahwin dengan salah seorang wanita situ. Jadi yang diyakini ialah memang ada seorang mahramnya di situ. Lalu dia nak kawin dengan seorang dari wanita disitu yang bercampur dengan mahramnya. Maka tak boleh dia nak berijtihad dengan syak bahawa mungkin wanita yang dia pilih bukan mahramnya dan berkahwin dengannya kerana asal dalam masalah wanita ini adalah haram.

Syair seterusnya

وفى الكلام اصل الحقيقة # رزقك لله على توفيقه

Di dalam kalam jadikan hakikat sebagai asal, semoga Allah memberikan rezeki kepadamu sentiasa berada di atas taufiq-Nya.

Sya’ir ini isyarat kepada kaedah cabangan seterusnya iaitu.

الاصل فى الكلام الحقيقة….

Asal pada kalam ialah makna hakiki. Iaitu asal pada percakapan atau jika merujuk syara’ iaitu asal pada sumber hukum ialah maknanya yang hakiki atau maknanya yang zohir. Jika terdapat sesuatu qarinah atau bukti yang menunjukkan bahawa yang diguna di sesuatu dalil adalah makna majazi, atau makna kedua maka yang digunakan adalah makna kedua.

Contoh;

Jika seorang bersumpah tidak akan menyentuh isterinya, maka ia akan dipakai dengan makna hakiki iaitu sentuh bukan hubungan kelamin. Jadi dia membatalkan sumpahnya jika dia hanya menyentuh dengan tangannya. Tidak boleh dia nak kata makna kedua atau majazi kecuali ada bukti yang menunjukkannya. Jika seseorang kata kepada isterinya, “saya tinggal awak”. Maka asal maknanya adalah hakiki iaitu tinggal bukan bermakna cerai. Didalam penghakiman umpamanya, hakim tidak boleh memisahkan antaranya dengan isterinya semata-mata kerananya. Andainya jika dia berniat cerai,itu antara dia dengan Allah.

 

Kaedah seterusnya.

والاصل والظاهر فى الحكم متى # تعارضا ففيه تفصيل اتى

Asal dan zohir pada hukum bila bercanggah maka terdapat perincian hukum padanya. Asal maknanya hukum yang asal. Seperti seorang yang syak apakah dia telah basuh muka ketika wudhu’ atau tidak,maka hukum asalnya adalah tidak basuh kerana asal antara basuh dengan tidak adalah tidak basuh. Zohir pula hukum berdasarkan zohir. Seperti kes tadi bila seseorang wudhu’, sampai masa nak basuh kaki dia syak muka sudah basuh atau belum? Maka mengikut hukum zohir muka telah dibasuh. Sya’ir ini tidak menjelaskan apa-apa kaedah,sekadar memperincikan jika berlaku percanggahan antara zohir dan asal.

والاصل ان مجرد احتمال # عارضه رجح بجزم القال

Dan asal jika bercanggah dengan semata-mata kemungkinan, maka ditarjihkan asal secara disepakati.

Dari sya’ir di atas, isyarat kepada kaedah cabang iaitu;

الاصل ان عارضه مجرد الاحتمال رجح الاصل

Asal jika dicanggahi oleh semata-mata kemungkinan maka ditarjihkan / dikuatkan asal.

Contoh;

Seseorang sedang solat, kemudian syak apakah sudah mengerjakan 3 atau 4 rakaat? Dalam keadaan dia telah duduk tasyahhud akhir. Hukum asal antara telah melakukan yang rakaat keempat atau rakaat ketiga, adalah sedang melakukan rakaat ketiga.

Dari segi zohir, bila duduk tasyahhud akhir maknanya telah melakukan rakaat keempat. Namun begitu hukum zohir atau berat sangka hanyalah semata-mata kemungkinan. Maka pada ketika itu wajib kembali kepada hukum asal.

 

Kaedah cabang seterusnya

ورجح الظاهر جزما ان غدا # لسبب نصب شرعا مسندا

Tarjihkan zohir secara putus jika zohir menjadi sandaran bagi sebab yang diterima pada syara’.

Sya’ir ini isyarat kepada satu kaedah cabangan bagi kaedah utama iaitu kaedah

رجح الظاهر ان صار الظاهر مستندا لسبب نصب فى الشرع

Tarjihkan / kuatkan zohir jika zohir menjadi sandaran kepada sebab yang diterima oleh syara’.

Contoh;

Dalam masalah air, asal hukum adalah suci dan harus diguna. Tetapi dengan maklumat dari seseorang yang boleh dipercayai tentang kenajisan air itu, maka air itu mengikut syara’ menjadi najis. Jadi, di sini orang itu menjadi musnad atau sandaran. Inilah asas kepada hukum zohir disini dan sandaran itu diterima oleh syara’. Orang yang boleh dipercayai. Seperti juga dalam masalah sahur yang tidak diketahui masuk waktu subuh. Asal hukum antara masuk subuh dengan belum ialah belum masuk. Jika seseorang yang thiqah /dipercayai memberitahu subuh telah masuk, orang thiqah itu menjadi sandaran kepada zohir dan diterima. Maka kena hukum asal tertolak dan berpegang kepada hukum zohir.

# يكون معه عاضد به قوي ? أو سبب عرف وعادة أو

Atau (ia menjadi sandaran) kepada sebab yang sudah ma’ruf pada adat atau bersama dengan zohir penyokong yang kuat

Sya’ir ini isyarat kpd kaedah cabang fiqh

رجح الظاهر ان صار الظاهر مستندا لسبب معروف عادة أو مع الظاهر عاضد قوي

2 kaedah.

  1. Tarjihkan zohir jika ia menjadi sandaran kepada sebab yang sudah diketahui mengikut adat
  2. Tarjihkan zohir jika ia mempunyai penyokong yang kuat.

Maksud tarjih zohir berbanding hukum asal.

Contoh bagi kaedah pertama

Tanah tepi pantai yang sedang berlaku hakisan. Dari segi adat, dalam jarak 1 km(contoh) dalam masa seminggu akan terhakis. Asal hukum harus jual. Tapi mengikut zohir tak harus. Kerana zohir menjadi sandaran kepada sebab yang sudah diketahui iaitu akan runtuh. Buah pisang umpamanya. Dari segi adat, kalau nampak bintik-bintik pada buah, maka buah itu akan rosak. Asal hukum harus jual tapi hukum zohir yang diterima syara’
mengharamkannya. Maka tidak boleh dijual.

Kaedah ini boleh digunapakai dalam kes wabak yang kena pada haiwan ternakan. Pada ketika itu berdasarkan perkiraan dari segi adat. Contoh bagi kaedah di atas yang bukan bab mu’amalah.

Air yang keluar melalui saluran air seperti longkang atau yang seumpamanya. Ada yang asal hukumnya harus. Tetapi jika sudah diketahui adat orang yang masuk bilik air itu kencing dan airnya keluar melalui saluran yang sama dan tiada mangkuk tandas. Maka hukum zohir yang dipakai tidak harus guna air tersebut.

Contoh bagi kaedah kedua

ورجح الظاهر فى الاصح ما # كان قويا بانضباط وسما

Tarjihkan zohir mengikut pendapat yang asal selagi zohir diketahui mempunyai sokongan yang kuat.

Sya’ir merujuk kepada kaedah fiqh yang berbunyi;

رجح الظاهر على الاصل ان كان للظاهر ضابط

Tarjihkan zohir daripada asal jika zohir mempunyai penyokong yang kuat.

Contoh;

Orang yang waswas dalam wudhu’. Sama ada telah membasuh muka dengan belum membasuh muka. Dia dah nak basuh kaki. Tiba-tiba berlaku syak, muka dah basuh atau belum. Hukum asal,antara basuh dengan tidak,asalnya tidak basuh. Hukum zohir,dah nak basuh kaki zohirnya dah basuh muka. Bagaimana nak memutuskannya? Sentuh muka. Andaikata spek mata dah dibuang, tahi mata dah tiada, masih terasa kesan air pada muka,maka ia menjadi penyokong kepada hukum zohir. Dan natijahnya ialah pegang kepada zohir iaitu muka telah dibasuh. Jika sebaliknya, sentuh muka, spek tak buka lagi, tahi mata masih ada di mata, atau debu masih ada di muka, yang menunjukkan belum basuh, maka ia menjadi penyokong kepada hukum asal. Dan natijahnya muka masih belum dibasuh.

Kaedah seterusnya.

# فرجح الاقوى على بيان ? وحيثما تعارضالاصلان

# من ظاهر أو غيره كما وصل ? وقوة الاصل بعاضد حصل

Dan bila bertembung dua asal. Tarjihkan yang lebih kuat mengikut keterangan (yang diberikan ulama). Dan kekuatan asal dengan sokongan berlaku. Daripada zohir atau selainnya sebagaimana yang sampai (kepada kita).

Sya’ir ini isyarat kepada satu kaedah

رجح الاقوى من الاصلين اذا تعارضا

Tarjihkan yang lebih kuat dari 2 asal bila kedua-duanya bercanggah. Kemudian pengarang menjelaskan di mana kekuatan asal. Iaitu kekuatan asal ialah dengan adanya sokongan samaada zohir atau selainnya. Iaitu zohir menyokong salah satu dari 2 asal itu hingga ia menjadi lebih kuat dari asal 1 lagi.

Contoh;

Seorang mati pucuk mendakwa telah melakukan hubungan dengan isterinya dalam tempoh yang diberikan hakim. Maksud tempoh itu ialah, isteri menuntut fasakh kerana kelemahan tersebut ada pada suami. Lalu hakim beri tempoh kepada suami contohnya setahun untuk suami berubat dan suami pula sempurna alatnya. Maka kata-kata yang diterima ialah kata-kata suami.

2 asal bertembung di sini. Asal pertama kekal perkahwinan tersebut dengan makna tidak berlaku perceraian atas dasar tidak berlaku hubungan kelamin. Sebaliknya dianggap hubungan itu berlaku. Asal kedua tiada hubungan kelamin. Asal pertama disokong oleh penyokong iaitu sejahtera alat suami. Maka kerana itu ditarjihkan dari asal tiada hubungan (Zaman perubatan serba moden ni boleh jadi penyokong zohir dalam bentuk lain pula dengan pelbagai alat test yang moden.)

“Dan mereka (ulama fekah) membuat keputusan dengan berpegang pada salah satu dari dua asal. Pada satu ketika dan berlaku khilaf pada ketika lain, maka ketahuilah…”

Sya’ir ini mengisyaratkan kepada masalah percanggahan antara 2 asal. Ada sesetengah masalah itu suatu ketika ulama membuat keputusan berdasarkan kepada asal pertama dan ada ketika lain berdasarkan asal kedua. Ada ketika lain berlaku khilaf di kalangan mereka

Contoh;

Orang yang berniat puasa lalu syak. Apakah niat tadi sebelum fajar atau selepasnya. Di sini terdapat dua asal.

  1. Asal antara ada niat atau tiada adalah tiada.
  2. Asal antara malam masih ada atau tiada ialah masih kekal/ada.

Ulama memutuskan bahawa puasanya tidak sah kerana asal antara ada dengan tiada adalah tiada. Asal antara sudah niat atau belum ialah belum atau tiada niat. Imam Nawawi kata boleh jadi juga puasa itu sah. Kerana antara malam dah berlalu dengan masih ada malam ialah malam masih ada.

# تعارضا وهو قليل فاعلما ? تتمة والظاهران ربما

Penyempurna, dua zohir kadang-kadang bercanggah dan adalah sedikit, ketahuilah.. Pertembungan antara dua zohir.(jarang berlaku)

Contoh yang dikemukakan dan ia tidak berkait dengan zaman sekarang. Berlaku dakwaan terhadap satu pasangan bahawa mereka belum kahwin. Lalu yang perempuan mengakui telah kawin dan lelaki membenarkannya. Maka zohirnya telah berkahwin berserta perempuan menjelaskan bahawa walinya telah mengahwinkannya di hadapan 2 orang saksi yang adil dengan ada keredhaan dari segi kufu iaitu sepadan. Zohir kedua,wali dan saksi yang dinyatakan menafikannya dengan berkata masih belum berkahwin. Asal dalam kes ini, antara kahwin dengan tidak,asalnya tiada perkahwinan. Lalu pasangan itu saling mengakui telah kahwin. Ini zohir pertama iaitu berlaku perkahwinan. Kemudian wali yang disebutkan dan saksi menafikan wujud perkahwinan. Ini zohir kedua iaitu tiada perkahwinan. Kedua-dua zohir bercanggah.

Dua pendapat imam syafie. Qaul jadid iaitu pendapat beliau ketika di mesir ialah diterima zohir pertama kerana zohir benar kedua-duanya. Kerana nikah adalah hak pasangan itu. Dan boleh jadi wali dan saksi itu lupa. Pendapat qadim ketika beliau di Baghdad, diterima zohir kedua iaitu tidak berlaku perkahwinan jika kedua-duanya satu tempat kerana boleh diketahui keadaan kedua-duanya. Kecuali jika dikemukakan bukti.

فوائد وربما اليقين # زواله بالشك يستبين

# تحكى عن ابن القاصفيما ذكره ? وذاك فى مسائل منحصرة

وزاد فيها النووى عدة # كذلك السبكى زاد بعده

Beberapa point, kadang-kadang yakin. Hilangnya dengan datang syak berlaku. Ia berlaku pada beberapa masalah yang terbatas. Dihikayatkan daripada Ibn al-Qaas sebagaimana yang disebutkan. Ditambah oleh imam Nawawi beberapa masalah. Begitu juga As-Subki menambah selepasnya. Dalam kaedah sebelum ini yang merupakan kaedah utama.

اليقين لا يزال بالشك

Yakin tidak boleh dihilangkan dengan datangnya syak. Menunjukkan bahawa suatu yang diyakini tidak boleh dirobohkan dengan datangnya syak / ragu2. Tetapi di sini imam As-Subki menyebutkan daripada Ibnu Qass bahawa terdapat beberapa masalah yang yakin dihilangkan dengan datangnya syak.

Contohnya;

Seseorang memakai khuf. Kemudian syak apakah tempoh pakai sudah tamat atau belum. Hukum asal antara habis tempoh dengan tidak ialah belum habis tempoh. Tiba-tiba datang syak apakah masih ada hukum boleh sapu kaki ketika wudhu’ atau tempoh sudah habis. Maka dia kena tinggalkan hukum yang berasaskan kepada kaedah yakin tidak dihilangkan dengan syak seperti;

الاصل بقاء ما كان على ما كان

Iaitu asal adalah kekal sesuatu itu mengikut keadaan sebelumnya. Dia kena tinggalkan hukum yakin dan ambil yang syak lalu dia kena basuh semula kaki dalam wudhu’ dan kira balik tempoh pemakaian khuf itu.

Contoh lain.

Seorang wudhu’. Selesai wudhu’ dia syak apakah dah sapu kepala atau belum. Imam al-Ghazali kata pegang kepada yang syak iaitu sudah basuh. Sebelum ni kita dah jumpa tentang masalah seperti ini. Bila syak maka asal antara buat dengan tidsk buat adalah tidak buat iaitu belum sapu kepala. Kemudian terdapat satu lagi kaedah bila bertembung antara asal dan zohir lalu zohir mempunyai penyokong maka pegang zohir. Kemudian yang ini ketepikan hukum asal yang yakin lalu ambil yang syak. Namun begitu, jika dapat pastikan belum basuh berdasarkan sokongan kepada hukum asal,maka kena basuh.

# شك على اصل محرم طرأ ? والشك أضرب ثلاثة اخرى

# وما يكون اصله لا يدرى ? وما على اصل مباح يطرأ

Dan syak ada 3 jenis yang lain. Syak atas asal yang haram berlaku. Dan (syak) atas asal yang diuruskan juga berlaku. Dan (syak) atas suatu yang asalnya tidak diketahui. Syak atau ragu-ragu ada 3 jenis.

  1. Syak atas asal yang haram. Contoh; Jika di sebuah negeri atau tempat bercampur antara Muslim dan kafir terutama kafir yang makan binatang yang disembelih, lalu ditemui seperti kambing yang disembelih,maka tidak halal memakannya hingga diketahui ia adalah sembelihan Muslim. Kerana asalnya adalah haram dan syak tentang sembelihan yang harus. Jika orang islam yang ramai,harus makan jika tidak dapat dipastikan haramnya.
  2. Syak atas suatu yang asalnya harus. Contoh; Air yang berubah. Ada kemungkinan berubah kerana najis dan kemungkinan kerana lama terbiar. Hukumnya harus bersuci dengannya dengan berpegang dengan asalnya adalah suci dan syak tidak mengubahnya.
  3. Syak atas suatu yang tidak dapat dipastikan asalnya. Contoh; Berurusan dengan seorang yang kebanyakan hartanya adalah haram.Maka kita tidak tahu harta yang mana yang kita berurusan dengannya. Kemungkinan asal harta tersebut adalah halal dan kemungkinan haram. Ulama berbeza pandangan. Ada yang mengatakan halal kerana kemungkinan yang halal tetapi makruh. Ada yang mengatakan haram kerana kemungkinan yang sebaliknya. Ini sebagai tambahan kepada kaedah-kaedah yang telah kita lalui.

 

Komen dan Soalan