Bismillah..
Note 60 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
NIKAH
1. Pegertian Nikah : dari segi bahasa ialah dakap dan bertaut. Sementara nikah dari segi syaraa ialah adaq yang mengharuskan hubungan suamisteri yang dibenarkan oleh syaraa.
Allah SWT berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya, maka sekali-kali tidak wajib atas mereka iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya.”
Surah Al Ahzab : 49
2. Pensyariatan Nikah :
Allah SWT berfirman :
“Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat.”
Surah Al Nisa : 4
3. Galakan Bernikah :
Banyak kebaikan dan faedah, malah Islam mengalakkan perkahwinandan mendorongkan umatnya agar berkahwin.
Rasulullah SAW bersabda :
“Dunia merupakan keseronokan sementara dan keseronokan yang paling baik ialah wanita yang solehah.”
Riwayat Muslim : 1467
“Empat perkara yang merupakan sunnah para rasul, iaitu sifat malu, berwangi-wangian, bersugi dab nikah.”
Riwayat Al Tarmizi : 1080
4. Hikmah Pensyariatan Nikah :
4.1. Mematuhi keperluan fitrah manusia.
Rasulullah SAW bersabda :
“Nabi SAW melarang seseorang membujang kerana beribadah.”
Riwayat Al Tarmizi : 1082
4.2. Mengembangkan masyarakat Islan dengan keturunan yang soleh dan generasi terdidik.
Rasulullah SAW bersabda :
“Kahwinilah wanita yang subur dan penyayang, sesungguhnya aku berbangga dengan umat yang ramai pada hari Kiamat.”
Riwayat Abu Daud : 2050
4.3. Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani.
4.4. Memerlihara daripada kemerosotan dan keruntuhab akhlak.
Apabila manusia dilarang daripada perkahwinan yang disyariatka , mereka akan terdorong untuk melepaskan nafsu secara yang dilarang oleh agama.
4.5. Memerlihara Generasi Manusia yang sejahtera.
Allah SWT berfirman :
“Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.”
Surah Al Baqarah : 143
4.6. Mengembangkan Kekeluargaan dan Mengeratkan semangat bekerjasama.
Suamisteri saling berkerjasama. Isteri akan membantu suaminya seperti menguruskan makan, minum, pakaian, tempat tinggal, mendidik anak2, serta menjaga rumahtangga. Si suami pula memenuhi keperluan isteri, seperti memberi nafkah, melindungi, memerlihara dan menjaga maruahnya.
5. Hukum Nikah menurut Syara
5.1. Sunat Berkahwin : mempunyai keinginan, memiliki perbelanjaan dan nafakah, iaitu mas kahwin dan sara hidup dirinya sendiri serta pasangannya.
5.2. Sunat Tidak Berkahwin : makruh berkahwin bagi seseorang yang mempunyai keinginan, tetapi tidak memiliki perbelanjaan nikah dan nafakah. Dia hendaklah menjaga diri dengan beribadah dan puasa.
5.3. Makruh : seseorang itu tidak perlu kepada perkahwinan. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin disebabkan oleh faktor semulajadi, penyakit atau tidak mempunyai perbelanjaan.
5.4. Afdal Tidak Berkahwin : seseorang memilik kemampuan kewangan tetapi tidak berhajat kepada perkahwinan kerana tiada keinginan, disamping sibuk beribadat atau menuntut ilmu.
5.5. Afdal Berkahwin : seseorang yang tidak kuat beribadat atau menuntut ilmu bahkan berkemampuan untuk berkahwin tetapi tidak memerlukannya, afdal baginya berkahwin agar kelapangan masa itu tidak mendorongnya melakukan perkara yang keji.