Iklan
100 Sunnah
1 Sunnah 1 Hari
20/100
AZAN
Ada 4 sunnah
1. Hendaklah pendengar mengucapkan seperti yang dikumandangkan oleh muazin kecuali pada lafaz “hayya ‘alasolah dan hayya falah.” Pendengar mesti menjawab “laa haula quwwata illaa billah.”
2. Berselawat ke atas Nabi selepas selesai menjawab muazin. Selawat yang sempurna adalah selawat Ibrahimiah.
3. Selesai selawat, sambung dengan doa agar Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad saw wasilah dan fadhilah serta bangkitkan baginda di maqam yang terpuji.
4. Berdoa untuk diri sendiri.