Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Terbelahnya Bulan: Tanda Kiamat Ke-3

Terbelahnya Bulan: Tanda Kiamat Ke-3

683
0
Iklan

Oleh THTL:

 

3/131: Tanda Kecil Kiamat – Terbelahnya Bulan

 

 

Dalil:

 

اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ * وَإِنْ يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُسْتَمِرٌّ

“Telah dekat (datangnya) saat itu dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat sesuatu tanda (mu’jizat), mereka berpaling dan berkata : “(Ini adalah) sihir yang terus-menerus” [QS. Al-Qamar : 1-2].

 

Tafsir Ibn katsir al-Qamar: ayat 1-2:

 

قد كان هذا في زمان رسول الله صلى الله عليه وسلم، كما ورد ذلك في الأحاديث المتواترة بالأسانيد الصحيحة. وقد ثبت في الصحيح عن ابن مسعود أنه قال: «خمس قد مضين: الروم، والدخان، واللزام، والبطشة، والقمر» وهذا أمر متفق عليه بين العلماء: أن انشقاق القمر قد وقع في زمان النبي صلى الله عليه وسلم وأنه كان إحدى المعجزات الباهرات.

Terj:

Peristiwa itu berlaku di zaman Rasulullah SAW sebagaimana warid (disebut) dalam hadis-hadis yang mutawatir (banyak jalan riwayatnya) dengan sanad-sanad yang sahih, dalam sebuah hadith sahih, Ibn Mas’ood berkata, ” lima perkara terjadi (tanda kiamat): Rom, asap, kematian, siksaan yang keras dan bulan (terbelah).”* Sepakat ulama’ bahawa terbelahnya bulan terjadi di zaman Nabi saw dan ia termasuk mukjizat yg hebat.”

 

*HR Bukhari, 4825. Muslim, 2798

 

 

Hadith 1: Ibn Mas’ood r.a

 

بَيْنَمَا نَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِنًى إِذَا انْفَلَقَ الْقَمَرُ فِلْقَتَيْنِ فَكَانَتْ فِلْقَةٌ وَرَاءَ الْجَبَلِ وَفِلْقَةٌ دُونَهُ فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُوا

 

Ketika kami bersama Rasulullah saw di Mina, tiba-tiba bulan terbelah menjadi dua bagian. Satu bagian berada di belakang atas gunung (Hira’) dan separuh lainnya (berada) sedikit di bawahnya. Maka Rasulullah saw bersabda kepada kami: “Saksikanlah.” HR Bukhari, 4864. Muslim, 2800

 

 

Hadith 2: Anas r.a

 

أن أهلَ مكةَ سألوا رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم أن يُرِيَهم آيةً، فأراهمُ انشِقاقَ القمرِ .

 الراوي : أنس بن مالك المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم:3637

Terj: “Penduduk (kaum musyrikin) Makkah pernah meminta kepada Rasulullah saw agar beliau menunjukkan tanda kenabian. Maka beliau menunjukkan kepada mereka terbelahnya bulan.” al-Bukhari, no 3637

 

Huraian: Walaupun ia tanda yang telah lama terjadi, namun ia menjadi ilmu kepada kita bahawa ia juga salah satu tanda kecil Kiamat, dinyatakan dalam AQ surah al-Qamar dan ia juga salah satu Mukjizat baginda yang tak kurang hebatnya berbanding dengn mukjizat Nabi Musa dan Isa AS.

Tamat 3/131

 

?Nak tanya THTL, saya pernah dengar bahawa bulan tu masuk dalam baju Nabi SAW. Betul kah begitu?

 

Jawapan:

Kalau dah tak logik langsung, janganlah percaya bro…

saya memang tak pernah dengar, ini baru first time

 

Teks Bulan masuk dalam lengan baju Rasulullah
Teks Bulan masuk dalam lengan baju Rasulullah

Depa silap terjemah kitab arab tu, maksudnya depa terjemah dari kitab-kitab arab, tapi salah terjemahan.

 

Dalam shahih Bukhari Muslim, kisah di atas tak ada pasal bulan masuk poket, ia hanya bulan terbelah dengan luas antara dua buah bukit di kir dan kanan Kaabah

 

?Perkataan mana yang salah terjemah tu syeikh?

 

Jawapan:

Tak tahula, kena tanya pengarang, itu saya yang agak, sebab tak ada dalam mana-mana kitab sirah. Saya baca teks tu (pun) pening, apa maksudnya ?

 

Utz Adli Khalim:

Persoalannya wujudkah hadits bulan masuk melalui lengan baju? Sekiranya wujud, baru kita boleh periksa sanadnya.

 

@thtl_al_jazani, yang ni ke? Saya tak dapat nak terjemah riwayat ni… Ni je satu-satunya pencarian Habib yang dapat saya jumpa.

 

أن النبي أتى إليه ملك يقال له حبيب فقال له : إن كنت رسول الله فإنا نريد أن القمر ليلة تسع وعشرين يعود وينزل من طوقك ويطلع من أكمامك ، فأراهم ذلك فآمنوا به جميعا وقال : كانوا الرب

الراوي : – المحدث : ابن تيمية

المصدر : مجموع الفتاوى – الصفحة أو الرقم: 18/355 – خلاصة حكم المحدث : من الأحاديث المفتراة باتفاق أهل العلم

?Saya pernah terbaca artikel dari Astronomi dan Nasa yang mereka pernah buat penemuan di bulan terdapat satu garisan lurus di tengah-tengah permukaan bulan tu seolah-olah pernah terputus dua..maaf banyak saya lupa dimana saya baca artikel tersebut..laporan tersebut seolah-olah membenarkan kisah bulan terbelah dua ni

 

Komen Utz Adli Khalim:

Bagi saya, tak perlu ada gambar-gambar kesan terbelahnya bulan.

 

1. Kita beriman dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah dalam penetapan perkara ghaib (dalam kes ini, perkara ghaib adalah terbelahnya bulan, sebab kita sendiri tidak menyaksikannya).

 

2. Gambar-gambar tersebut boleh jadi cuma rekaan atau penipuan semata-mata (mungkin ada pihak yang sengaja ingin mempersendakan umat Islam, yang terlalu cepat percaya).

 

3. Saya perhatikan ramai umat Islam hari ini yang suka sangat dengan perkara-perkara “ajaib” seperti ini. Saya percaya kalau ada sesiapa yang sanggup buat artikel tentang isu ini, dan sebarkannya di FB, pasti ramai yang akan share. Seolah-olah itulah “Islam”. Ilmu pemahaman tentang Al-Qur’an dan As-Sunnah bukan lagi menjadi fokus, tetapi sibuk dengan “keajaiban-keajaiban” seperti ini.

 

4. Contohnya sudah banyak. Contoh paling mudah, “sunnah” Nabi mula makan dengan secubit garam. Ramai yang share. Hadits pun tak shahih, macam mana boleh jadi sunnah? (http://www.konsultasisyariah.com/sunnah-nabi-menjilat-garam-sebelum-dan-sesudah-makan/)

 

Wallahu a`lam.

Komen dan Soalan