Utama Bilik (64) Syamail Muhammadiyyah Hadis 12: Putihnya Kulit Rasulullah

Hadis 12: Putihnya Kulit Rasulullah

194
0
Iklan

شرح الديارية

لأحاديث الشمائل المحمدية

للإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة

(المتوفي سنة 279 هجرية)

Syarhu d-Diyariyyah

Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

Lil-Imam Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah

Hadis 12

 

12- حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الْمَصَاحِفِيُّ سُلَيْمَانُ بْنُ سَلْمٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ، عَنْ صَالِحِ بْنِ أَبِي الْأَخْضَرِ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْيَضَ، كَأَنَّمَا صِيغَ مِنْ فِضَّةٍ، رَجِلَ الشَّعْرِ.

 

12- Telah bercerita kepada kami Abu Dawud Al-Masahifiy Sulayman bin Salm, dia berkata: Telah bercerita kepada kami An-Nadhr bin Syumayl, daripada Salih bin Abi l-Akhdhar, daripada Ibni Syihab, daripada Abi Salamah, daripada Abi Hurayrah, dia berkata: Rasulu Llah adalah putih, sepertimana hasilan daripada perak. Ikal rambut.

 

Syarah Adou_Fr:

 

Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis ini daripada gurunya iaitu Sulayman bin Salm, yang dikanna sebagai Abi Dawud Al-Masahifiy Al-Balkhiy. Dia dikanna sebagai Al-Masahifiy kerana dia telah menulis al-masahif (jama` bagi perkataan mushaf). Balkh ialah nama bandar di Khurasan, yang menjadi tempat kematiannya pada tahun 238H.

 

Apabila meriwayatkan daripada Sulayman bin Salm, murid-muridnya akan menggunakan panggilan yang berbeza. Antaranya:

 

a) Abu Dawud Sulayman bin Salm Al-Balkhiy

b) Abu Dawud Sulayman bin Salm Al-Masahifiy

c) Abu Dawud Sulayman bin Salm Al-Masahifiy Al-Balkhiy

d) Abu Dawud Al-Masahifiy Sulayman bin Salm Al-Balkhiy

e) Sulayman bin Salm

f) Sulayman bin Salm Abu Dawud Al-Balkhiy

g) Sulayman bin Salm Al-Balkhiy

h) Sulayman bin Salm Al-Balkhiy Abu Dawud Al-Masahifiy

i) Sulayman bin Salm Al-Masahifiy Al-Balkhiy

 

Justeru, inilah kepentingan mengetahuï dengan jelas siapakah para perawi hadis, beserta dengan (كُنْيَة) kunyah yang digunakannya. Justeru, para `ulama’ menulis kitab seperti Al-Kuna Wal-Asma’ oleh Imam Muslim. Hal ini kerana, menjadi tradisi `Arab untuk seseorang dikanna dengan kunyah, yang kadangkala pelbagai. Dan sesetengah murid, mereka mungkin menyebut nama gurunya dengan kunyah yang berbeza-beza, sedangkan ia merujuk kepada orang yang sama. Justeru, apabila seseorang tidak mendalami ilmu tentang kunyah dan dengan nama apa rawi itu dikanna, dia mungkin tersalah orang apabila disebutkan nama-nama perawi.

 

Abu Hurayrah menyebut bahawa Rasulu Llah adalah orang yang putih kulitnya, seputih produk atau barangan yang dihasilkan daripada perak. Namun, kita mengetahuï bahawa perak tidak berwarna putih. Kenapa Aba Hurayrah tidak menggunakan perumpamaan putih seperti susu? Hal ini kerana putih di sini bukanlah sejenis warna, tetapi merujuk kepada sifat yang cerah pada logam perak. Logam perak, atau produk yang terhasil daripada perak seperti cincin atau gelang, adalah bersinar dan cerah. Justeru, Abu Hurayrah ingin menggambarkan bahawa Nabi bukan berkulit hitam arang kelam, tetapi kulitnya adalah cerah bercahaya. Seterusnya Abu Hurayrah menyebut tentang sifat rambut Nabi yang ikal.

ترجمة وشرح باللغة الماليزية 

Terjemahan dan Syarah oleh

محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري

ADÖULINÉ Lacharouphe

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

Komen dan Soalan