♻2/131 Tanda Kecil Kiamat: Kewafatan Nabi saw Pada 12 Rabiulawal 11 hijrah
Dalil:
أتيتُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في غزوةِ تبوكَ ، وهو في قُبَّةٍ من أُدْمٍ ، فقال : ( اعددْ ستًا بين يديْ الساعةِ : مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بيتِ المقدسِ ، ثم موتانِ يأخذ فيكم كقُعَاصِ الغنمِ ، ثم استفاضةُ المالِ حتى يُعْطَى الرجلُ مائةُ دينارٍ فيظَلُّ ساخطًا ، ثم فتنةٌ لا يَبْقَى بيتٌ من العربِ إلا دخلتْهُ ، ثم هُدْنَةٌ تكونُ بينكم وبين بني الأصفرِ ، فيَغدرونَ فيأتونكم تحتَ ثمانينَ غايةٍ ، تحت كلِّ غايةٍ اثنا عشرَ ألفًا ) .
الراوي : عوف بن مالك الأشجعي المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 3176 خلاصة
Terj: Hadith jalur Awf bin Malik al-Asja’iy r.a
“Aku mendatangi Rasuulullah صلى الله عليه وسلم pada waktu perang Tabuk. Beliau ada dalam kubah, dan bersabda: “Ada enam perkara menjelang terjadinya Hari Kiamat, yaitu:
1.Kematianku,
2.Dimenangkannya Baitul Maqdis,
3.Binasanya harta seperti halnya penyakit yang menimpa kambing,
4.Membanjirnya harta sehingga seseorang diberi 100 dinar masih marah,
5. Fitnah yang memasuki setiap rumah orang Arab,
6. Perdamaian (gencatan senjata) diantara kalian dan orang-orang Romawi, kemudian mereka mengkhianatinya, lalu mendatangi kalian dengan 80 bendera dan setiap bendera ada 12.000 orang.” HR Bukhari no. 3176
Sekarang fokus kepada kewafatan Nabi saw sebagai tanda kecil kedua Kiamat, Bila nabi wafat, sahabat merasakan memang seperti Kiamat dan Madinah tidak lagi sama, suasananya sudah berubah sama sekali. yang pertama di rasakan Abu Bakar ialah terputusnya wahyu. Ini satu musibah yang amat besar dan selepas itu muncullah riddah atau murtad dan pelbagai peristiwa seperti pembunuhan Uthman, perang Jamal dan Siffin
Fiqh sampingan dari kewafatan Nabi saw.
1⃣ Tarikh kewafatan Nabi yang sahih ialah hari isnin, 12 Rabilul awal 11 hijrah selepas 10 hari sakit tenat.
2⃣ Baginda di makamkan pada hari Rabu kerana isu perlantikan khalifah yang baru, isu dimana akan disemadikan, dan kegawatan dan panik yang menimpa umat Islam, khususnya penduduk Madinah.
3⃣ Isu kenapa berlaku kekecohan semasa nabi meminta alat tulis untuk mewasiatkan sesuatu, namun dilarang oleh Umar al-Khattab. Umar berbuat demikian melihatkan nabi dalam keadaan tenat dan pesanan akhirnya sudah dinyatakan sebelum itu.
4⃣ Timbul isu apakah ungkapan terakhir ketika beliau wafat, kebanyakan manusia menyatakan “ummati, ummati, ummati” yang sahih, lafaz terakhir ialah “fi Rafiq al-A’la” bermaksud baginda ingin segera bersama teman yang Maha tinggi, yakni Allah. Ia juga tawhid akan beradaan Allah di tempat yang Tinggi.
5⃣ Isu di manakah tempat terakhir baginda menghembuskan nafas terakhir, pengaruh syiah mengatakan di rumah Fateemah, yang sahih ialah di rumah Aisyah.
6⃣ Apakah pusara Nabi itu dalam masjid Nabawi? Jawabnya tidak, ia adalah asalnya rumah Aisyah ra, oleh kerana pembesaran masjid, maka kelihatan ia berada di dalam masjid
7⃣ Warna kubah hijau betul-betul di atas pusara Nabi itu dibuat oleh Sultan Uthmaniah pada tahun 1253 oleh Sultan Abdul Hamid, ia kekal sampai sekarang. Sekian