Iklan
Ringkasan Fiqh Ramadhan:
87. Sunnah berpuasa 6 Syawal.
مَنْ صامَ رمضانَ . ثُمَّ أَتْبَعَهُ ستًّا مِنْ شوَّالٍ . كانَ كصيامِ الدَّهْرِالراوي : أبو أيوب الأنصاري | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلمالصفحة أو الرقم: 1164 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian mengikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seakan-akan dia berpuasa selama setahun.” – Shahih Muslim, no. 1164.
نهى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عن صومَينِ : يومِ الفطرِ ويومِ الأضْحَى .الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلمالصفحة أو الرقم: 1140 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
“Rasulullah ﷺ melarang daripada berpuasa pada 2 hari; hari `Id Al-Fitri dan hari `Id Al-Adha.” – Shahih Muslim, no. 1140.
= = = = = = = = = =
Penjelasan:
1. Puasa 6 hari di bulan Syawal adalah sunnah, dan bukannya wajib.
2. Puasa 6 hari di bulan Syawal boleh dimulakan pada 2 Syawal, dan tidak diwajibkan secara berturutan berdasarkan hadits Abu Ayyub yang hanya menyebutkan “di bulan Syawal” secara umum.
3. Sebahagian `ulama’ berpendapat puasa 6 Syawal tidak boleh digabungkan bersama puasa qadha’ Ramadhan:
(a) Tiada dalil yang spesifik bahawa Rasulullah ﷺ melakukannya atau menganjurkan para sahabat melakukannya.
(b) Sebahagian `ulama’ berhujah dengan perbuatan `A’isyah yang hanya mengqadha’ puasanya dalam bulan Sya`ban, sedangkan beliau adalah isteri Rasulullah ﷺ dan tidak mungkin beliau meninggalkan puasa nafilah 6 Syawal. Sekiranya boleh menggabungkan puasa 6 Syawal dengan puasa qadha’, sudah pasti cukup baginya mengqadha’ ketika beliau berpuasa 6 Syawal.
(c) Sebahagian `ulama’ pula memahami maksud hadits Abu Ayyub dengan maksud seseorang harus menyelesaikan qadha’ puasa Ramadhan terlebih dahulu, kemudian berpuasa 6 Syawal. Inilah yang dimaksudkan dengan sabda baginda “kemudian mengikutinya”.
= = = = = = = = = =
Hashtag: #fiqhpuasa