Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil Memberi wang kepada kanak-kanak pada hari `Id ada baik dan buruknya

Memberi wang kepada kanak-kanak pada hari `Id ada baik dan buruknya

120
0
Iklan
Ringkasan Fiqh Ramadhan:
 
83. Memberi wang kepada kanak-kanak pada hari `Id ada baik dan buruknya.
 
1. Kebaikan memberikan wang kepada kanak-kanak pada hari `Id:
 
(a) Jika dilakukan dengan niat untuk berinfaq, sudah pasti amalan ini yang baik, namun seandainya diberikan lebih awal (yakni diberikan ketika masih berada dalam bulan Ramadhan) ini pasti lebih afdhal, kerana Rasulullah ﷺ sangat dermawan dalam bulan tersebut.
 
(b) Menggembirakan kanak-kanak dengan pemberian tersebut.
 
2. Keburukan memberikan wang kepada kanak-kanak pada hari `Id:
 
(a) Sesetengah orang mengamalkan amalan ini dengan niat menunjuk-nunjuk. Semakin banyak wang yang diletakkan dalam sampul, semakin dipandang mulia, kaya, dan “dermawan”.
 
(b) Seolah-olah mendidik kanak-kanak untuk “memburu” duit raya pada hari tersebut, bukan lagi untuk bertemu sanak saudara yang baru sempat berkumpul pada hari tersebut.
 
= = = = = = = = = =
 
Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan