Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran ‘Id Mubārak Oleh Utz Baharuddin Ayudin

‘Id Mubārak Oleh Utz Baharuddin Ayudin

187
0
Iklan
‘Id Mubārak. Ia adalah hari yang sungguh istimewa dan penuh makna. Ia adalah hari bagi menzahirkan rasa kesyukuran atas hidayah-Nya, iaitu penurunan al-Qur’an dan pengutusan Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam. [2:185] Satu bulan menerusi Madrasah Ramadan yang sarat dengan latihan intensif – siyam dan qiyam, tilawah, tadarus dan tadabbur al-Qur’an, pembongkaran pelbagai kisah tentang kesudahan nasib awliya’ulLah dan a‘da’ulLah – sudah sewajarnya menjadi i‘tibar bagi golongan ulu al-absar, ulu al-albab dan ulu al-nuha untuk tidak lagi berpeluk tubuh, banyak beromongan, suka berangan-angan dan gemar berbantah-bantahan. [3:105] Laungan takbir hari ini adalah pernyataan iltizam bagi setiap Mu’min untuk menerima Islam secara kaffah [2:208] dengan menjadikan al-Qur’an sebagai panduan hidup sebagaimana yang ditunjukkan jalannya oleh Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam. [36:1-4] Lalu meneruskan khidmat selaku hamba Allah dengan bekerja siang dan malam selagi hayat dikandung badan [15:99] bagi membebaskan manusia daripada kongkongan zulumat kepada nur yang menerangi [14:1] melalui penggabungan diri dalam satu ummah yang bekerja menegakkan yang hak supaya dapat mengukir jalan kejayaan yang sebenarnya. [3:104]
 
اللهم أخرجنا من الظلمات إلى النور، واهدنا سبل السلام, اللهم أخرجنا من سجن الهوى إلى ساحة الهدى، ومن ظلمة المعصية إلى نور الطاعة، واهدنا إلى صراطك المستقيم, اللهم اجمع كلمتنا، ووحد صفوفنا، وسدد آراءنا، ووفقنا على ما تحبه وترضاه يا رب العالمين. الله أكبر,  الله أكبر, الله أكبر,  ولله الحمد.
Sumber:
(2:185)
Allah SWT berfirman:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْٓ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْاٰنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَ بَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِ ۚ  فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَـصُمْهُ  ؕ  وَمَنْ کَانَ مَرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ  ؕ  يُرِيْدُ اللّٰهُ بِکُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيْدُ بِکُمُ الْعُسْرَ  ۖ   وَلِتُکْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُکَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰٮكُمْ وَلَعَلَّکُمْ تَشْكُرُوْنَ
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”
(QS. Al-Baqarah: Ayat 185)

(3:105)
Allah SWT berfirman:
وَلَا تَكُوْنُوْا كَالَّذِيْنَ  تَفَرَّقُوْا وَاخْتَلَفُوْا مِنْۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ الْبَيِّنٰتُ  ؕ  وَاُولٰٓئِكَ لَهُمْ  عَذَابٌ عَظِيْمٌ 
“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.”
(QS. Ali ‘Imran: Ayat 105)

(2:208)
Allah SWT berfirman:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا ادْخُلُوْا فِى السِّلْمِ کَآفَّةً ۖ  وَلَا تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِ  ؕ  اِنَّهٗ لَـکُمْ عَدُوٌّ مُّبِيْنٌ
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
(QS. Al-Baqarah: Ayat 208)

(36:1-4)
Allah SWT berfirman:
يٰسٓ   
وَالْقُرْاٰنِ الْحَكِيْمِ  
اِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِيْنَ 
عَلٰى صِرَاطٍ  مُّسْتَقِيْمٍ  
“Yaa, Siin.” “Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,” “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,”“Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).”
(QS. Ya Sin: Ayat 1-4)

(15:99)
Allah SWT berfirman:
وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتّٰى يَأْتِيَكَ الْيَـقِيْنُ
“Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.”
(QS. Al-Hijr: Ayat 99)

(14:1)
Allah SWT berfirman:
الۤرٰ ۙ  كِتٰبٌ اَنْزَلْنٰهُ اِلَيْكَ لِـتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمٰتِ اِلَى النُّوْرِ     ۙ  بِاِذْنِ رَبِّهِمْ اِلٰى صِرَاطِ الْعَزِيْزِ الْحَمِيْدِ 
“Alif, Laam, Raa’. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman – dengan izin Tuhan mereka – ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.”
(QS. Ibrahim: Ayat 1)

(3:104)
Allah SWT berfirman:
وَلْتَكُنْ  مِّنْكُمْ اُمَّةٌ يَّدْعُوْنَ اِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ  عَنِ الْمُنْكَرِ  ؕ  وَاُولٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
(QS. Ali ‘Imran: Ayat 104)

Komen dan Soalan