Iklan
Ringkasan Fiqh Ramadhan:
75. Berkhutbah selepas solat `Id.
شهِدْتُ العيدَ معَ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ وأبِي بكرٍ وعمرَ وعثمانَ رضِيَ اللهُ عنهمْ ، فَكَلُّهم كانوا يصلُّونَ قبلَ الخطْبَةِ .الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاريالصفحة أو الرقم: 962 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
“Aku menyaksikan `Id bersama Rasulullah ﷺ, Abu Bakar, dan `Umar, dan `Utsman radhiyallahu `anhum, semuanya mengerjakan solat `Id sebelum khutbah.” –
Shahih Al-Bukhari, no. 962.
خرجَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ يومَ فطرٍ أو أضحى . فخطبَ قائمًا ثمَّ قعدَ قعدةً ثمَّ قامَالراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف ابن ماجهالصفحة أو الرقم: 235 | خلاصة حكم المحدث : منكر سندا ومتنا والمحفوظ أن ذلك في خطبة الجمعة
“Rasulullah ﷺ keluar pada hari `Id Al-Fitri atau Al-Adha, lalu baginda berkhutbah dalam keadaan berdiri, kemudian baginda duduk, dan kemudian baginda berdiri.” – Dha`if Sunan Ibn Majah, no. 235.
* Munkar menurut Al-Albani.
= = = = = = = = = =
Penjelasan:
1. Khutbah `Id disampaikan selepas solat, berbeza dengan khutbah Juma`at. Inilah yang diamalkan oleh Rasulullah ﷺ, Abu Bakar, `Umar, dan `Utsman, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn `Abbas.
2. Para `ulama’ berbeza pendapat tentang khutbah selepas solat `Id; adakah imam menyampaikan 1 khutbah atau 2 khutbah?
(a) Jumhur daripada keempat-empat mazhab mengatakan khutbah `Id sama seperti khutbah yang lain (yakni 2 khutbah) dan diselangi dengan khatib duduk sebentar antara 2 khutbah. Bahkan ada yang mendakwa bahawa 2 khutbah selepas solat `Id adalah ijma`.
(b) Sebahagian `ulama’ yang lain pula mengatakan khutbah `Id hanyalah satu khutbah, kerana hadits yang menjadi pegangan jumhur adalah dha`if.
= = = = = = = = = =
76. Tidak diwajibkan mendengar khutbah selepas solat `Id.
شهدتُ مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ العيدَ فلما قضى الصلاةَ قال إنا نخطبُ فمن أحبَّ أن يجلسَ للخطبةِ فلْيجلسْ ومن أحبَّ أن يذهبَ فلْيذهبْالراوي : عبدالله بن السائب | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داودالصفحة أو الرقم: 1155 | خلاصة حكم المحدث : هذا مرسل عن عطاء
“Aku (`Abdullah bin As-Sa’ib) mengerjakan solat `Id bersama Rasulullah ﷺ. Setelah selesai solat, baginda bersabda: “Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Sesiapa yang suka untuk duduk mendengar khutbah, hendaklah dia duduk. Sesiapa yang suka untuk pergi, hendaklah dia pergi.” – Sunan Abi Dawud, no. 1155.
* Mursal menurut Abu Dawud.
= = = = = = = = = =
Penjelasan:
1. Sebahagian `ulama’ mengatakan tidak wajib mendengar khutbah `Id, sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat di atas. Sebahagian yang lain pula tetap mewajibkannya memandangkan riwayat tersebut tidak shahih.
= = = = = = = = = =
Hashtag: #fiqhpuasa