Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran MASJID & LAYLATUL-QADR 

MASJID & LAYLATUL-QADR 

104
0
Iklan
Boleh jadi malam itu, ada yang semalaman di masjid, tetapi ruginya dia, hati dan jasadnya tidur, tanpa ada sebarang komunikasi dengan tuhanNya. Semoga diampuni andai terlalai dan dikurniakan kekuatan menghadapi malam-malam berbaki. 
 
Boleh jadi pada malam itu, ada yang semalaman kesibukan yang pelbagai dan terhalang untuk hadir iktikaf di masjid, tapi hatinya terus segar mengingati Allah, lidahnya basah mengucap zikir dan doa, dan jasadnya jauh dari berbuat yang sia-sia, apa lagi maksiat. Semoga Allah memberkati dan menerima segala amalnya. 
 
Pastinya yang terbaik, pada malam itu, penuh beriktikaf dan jasad serta hatinya tak putus dari berkomunikasi dengan tuhan melalui ibadah dan segala perbuatannya. Semoga Allah kurniakan kebaikan yang terhebat buat mereka yang mendapat taufiqNya di malam itu. 
 
Dan semoga Allah beri petunjukNya, bagi mereka yang pada malam itu, mereka tidak berada di masjid dan lalai serta leka akan kehadiran Tuhan yang telah banyak mengurniakan rahmat dan usia kehidupan buat mereka, tapi tak disyukuri, tak dirasakan cukup. 
 
Apapun keadaannya, yakinlah bahawa usaha perlu bermula dari diri dan kuncinya adalah pada azam tanpa berputus asa akan rahmat dari tuhanNya. 
 
Bangkitlah. Bacalah. Mintalah. Tunduklah. Sujudlah. Menangislah. 
 
Sementara nafas Ramadhan masih jelas terasa. 
 
#RamadhanMubarakDay24
#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares 
#HalaqahILMU

Komen dan Soalan