Bismillah ArRahman ArRahim
Allahumma Rabbana Zidna ilma
Allahumma Rabbana Ihdinas sira talmustaqim
Amma ba’du
Surah al Jin
Firman Allah swt :
(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا)
[Surat Al-Jinn 1]
via @QuranAndroid
Katakanlah Muhamad kepada mereka : Telah di wahyu kan kepada ku.. bahawa satu kumpulan daripada jin telah mendengar aku membaca Al Quran
Dan mereka berkata, sesungguhnya kami telah mendengar sebuah kitab yang sentiasa di baca iaitu Al Quran yang sangat menakjubkan.
Tafsir
Dalam Kitab Asbaab Nuzul diceritakan bahwa Rasulullah saw. tidak pernah membacakan al-Qur’an kepada jin, dan tidak pernah melihat mereka. Ketika Rasulullah saw. bersama rombongan sahabatnya menuju Pasar ‘Ukazh, setibanya di Tuhamah, beliau dan rombongan berhenti untuk Solat Fajar (Subuh).Hal ini menyebabkan berita-berita di langit yang biasa dicuri syaitan-syaitan terhalang. Bahkan syaitan-syaitan itu menerima balasan lemparan bintang-bintang, sehingga terpaksa pulang kepada kaumnya. Setibanya di tempat kaumnya, syaitan-syaitan itu ditanya: ” Apa yang terjadi sehingga kalian kembali?” Mereka menjawab: “Kami terhalang untuk mendapat berita langit, bahkan kami dikejar bintang-bintang.” Kaumnya berkata: “Tak mungkin terhalang antara kita dan berita langit. Tentu ada penyebabnya. Menyebarlah kalian ke timur dan ke barat, dan carilah sebab penghalangnya.” Mereka pun menyebar ke barat dan ke timur mencari sebab penghalang tersebut, sehingga sampailah sebahagianya ke Tuhamah, tempat Rasulullah saw berhenti untuk melaksanakan solat Subuh. Mereka mendengar bacaan Rasulullah saw serta memerhatikannya, kemudian berkata: “Demi Allah, inilah yang menghalangi kita dari mendengar berita dari langit.” Mereka pun pulang ke kaumnya dan menyampaikan kejadian itu. Mereka mengagumi al-Qur’an yang membawa mereka ke jalan petunjuk Allah, sehingga mereka pun beriman. Maka turunlah ayat 1 surah al-Jinn ini sebagai pemberitahuan kepada Nabi saw. agar kejadian tersebut diberitahukan pula kepada ummatnya.
Kisah tersebut juga dikisahkan Rasulullah dalam hadits beliau dari Ibnu Mas’ud. Hadits tersebut memiliki sanadnya sohih dan diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Baihaqi. Khabar dari Rasulullah ini pun kemudian menjadi penjelasan kepada muslimin mengenai eksistensi dan kehidupan jin.
Sewaktu nabi Muhammad saw dan para sahabat sedang bermusafir , dan bersolat subuh di satu lembah, satu kumpulan sebanyak 9 ekor jin telah mendengar baginda nabi saw membaca Al Quran iaitu sewaktu baginda sedang bersolat subuh.
Hanya setelah nabi saw dan para sahabat tiba ke Mekah, barulah wahyu surah al Jin diturunkan. Walhal nabi saw dan rombongan sahabat tidak pun mengetahui bahawa jin telah datang untuk mendengar bacaan Al Quran yang dibaca oleh baginda saw ketika musafir tersebut.
Jelas bahawa ini membuktikan bahawa nabi saw sendiri tidak mengetahui berkenaan hal Jin melainkan setelah Allah memberitahukan kepada baginda saw.
Jika nabi sendiri tidak tahu para sahabat lebih lagi tidak mengetahuinya.
Oleh itu bagaimana pula dengan mereka yang mendakwa bahawa mereka boleh scan Jin kononnya Jin ada di kaki, di kepala dan di belakang? Ini semua jelas karut belaka.
Jawapannya ialah barang siapa yang kufur pada Allah dengan melakukan amalan-amalan syirik nescaya akan diberikan kuasa sedemikian disebabkan mereka telah menjadi sahabat kepada Jin tersebut. Sedangkan di waktu yang sama mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka itu telah pun kufur terhadap Allah Azza wa Jalla disebabkan perbuatan mereka tersebut.
Golongan Jin tidak akan dapat merasuk manusia melainkan jika manusia sendiri yang menjemput mereka itu masuk ke dalam tubuh manusia. Tatkala manusia jadi kufur, maka Jin pun akan mempunyai kuasa ke atas manusia.
Firman Allah swt :
(يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ ۖ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا)
[Surat Al-Jinn 2]
via @QuranAndroid
Al Quran ini memberikan hidayah pertunjuk ke arah jalan yang lurus sekiranya kamu mahu mempelajarinya .
Maka hendaklah kamu beriman kepadanya iaitu Al Quran dan janganlah kamu berbuat syirik terhadap Allah dengan sesuatu apapun.
Tafsir
Satu rombongan Jin telah datang kepada nabi lalu mendengar baginda saw membaca Al Quran sewaktu baginda bersolat subuh. Lalu mereka berasa takjub dengan Al Quran kerana ayat-ayat yang menyeru kepada tauhid di dalamnya serupa sebagaimana di dalam kitab-kitab taurat dan Injil yang diturunkan dalam bahasa Hebrew (Yahudi) sedangkan Al Quran ini dalam bahasa Arab.
Maka Jin berbicara sesama mereka. Lalu mereka bersetuju mengatakan Al Quran ini menjadi hidayah bagi sesiapa yang mempelajarinya dan menjadi rahmat pula apabila hidayah tersebut diamal serta disebarkan.
Maka Jin pun menyatakan keimanannya terhadap Al Quran dan berjanji tidak akan mensyirikkan Allah selepas daripada itu.
Peristiwa ini membuktikan bahawa nabi saw dan para sahabat tidak mengetahui akan kehadiran Jin-jin tersebut mendengar bacaan baginda saw. Baginda hanya mengetahuinya setelah baginda tiba di mekah iaitu ketika wahyu turun menceritakan kepada baginda saw.
Adalah tidak benar dan dusta apabila seseorang mengaku bahawa dia mampu skan Jin atau mengetahui samada Jin masih ada atau telah tiada dalam tubuh seorang yang dirasuk. Hanya dengan membacakan jampi mentera kepada orang tersebut mereka kata mereka tahu saat Jin tersebut keluar. Adakah mereka lebih alim dari nabi saw? Hakikatnya ini adalah Jahiliyah serta kekufuran terhadap Allah Azza wa Jalla.
Soalan :
1. Adakah ustaz yang mendakwa mampu skan Jin dalam tubuh seseorang itu telah menjadi sahabat kepada Jin
Jawab :
Tidak perlu jadi sahabat Jin atau syaitan untuk dapat kuasa tersebut. Apa yang perlu hanyalah melakukan Syirik terhadap Allah. Bila seseorang itu syirik maka dia akan dapat kelebihan itu. orang yang jahil akidah, jahil ilmu tentang Jin, Malaikat, Nabi-nabi, wali-wali serta jahil tentang Allah akan mudah diperdaya oleh Jin. Yang dimaksudkan dengan Jin di sini ialah Syaitan.
2. pengalaman saya ialah, rakan sekerja telah dirasuk sewaktu beliau belajar ilmu perubatan Islam.
Ustaz, bagaimana pula jika seseorang itu mendakwa bercakap dengan Jin?
Jawab :
Ilmu Rawatan Islam pada masa sekarang bukanlah ilmu yang asli atau original lagi. Bahkan telah ditokok tambah dan dicampur adukkan dengan amalan syirik terhadap Allah Azza wa Jalla serta bertawassul dengan nabi, wali dan malaikat.
Apabila Jin mengetahui bahawa manusia itu syirik maka ia telah menjadi sahabatnya lalu ia akan datang ketika manusia membaca wirid-wirid yang tertentu.
3. Ustaz, bagaimanakah caranya hendak menghindar dari terkena gangguan Jin dan sihir?
Jawab :
Dengan mengukuhkan akidah tauhid terhadap Allah Azza wajalla serta mentaati Rasul saw nescaya akan jadi pelindung serta pendinding diri kita dari terkena rasukan Jin dan Syaitan. Apabila akidah kamu kukuh, maka kamu tidak perlu beramal dengan mana-mana wirid. Sebenarnya syaitan dan pengikut-pengikutnya sudah lama mengajar manusia kepercayaan yang rosak hinggakan manusia mempercayai perlunya membaca wirid-wirid yang tertentu agar Jin tidak merasuk.
4. Adakah ustaz bermaksud Jin dan Syaitan tidak takut kepada wirid-wirid serta ayat-ayat Al Quran yang dibacakan akan tetapi yang mereka takut ialah orang-orang yang mentauhidkan Allah dengan sebenar-benar tauhid serta mentaati Rasulullah saw? Rata-rata apabila seseorang kerasukan Jin mereka akan dibacakan Surah Yaa Sin atau Ayat Kursy dan selainnya namun Jin masih tetap tidak lari.
Jawab :
Jika sekiranya seseorang itu membaca Surah Yaa Sin atau ayat Kursy dan Jin tidak menghiraukannya ini bererti bahawa dia telah menjadi sahabat kepada Jin itu amalan syirik yang telah dilakukannya terhadap Allah Azza wa Jalla. Untuk itu dia perlu melafazkan Kalimah Syahadah sebanyak satu kali memohon doa pada Allah, membaca ayat Kursy. Nescaya Jin akan melarikan diri.
5. Ustaz, adakah terdapat hadis yang sahih berkaitan membaca surah Al Baqarah dan ayat Kursy bagi menghidar diri dari gangguan Jin dan Syaitan?
Jawab :
tidak terdapat hadis yang menepati maksud tersebut akan tetapi syaitan pernah berkata barangsiapa yang membaca ayat Kursy sebelum tidur nescaya syaitan tidak akan mengganggunya hingga ke pagi.
6. Ustaz, telah berlaku seorang dirasuk atau terkena sihir. Lalu dibawa bertemu pengamal perubatan Islam yang biasa beramal dengan selawat syifaa serta Yaa Sin Tujuh Mubin. Selepas dibacakan ayat-ayat ruqyah maka Jin pun menggunakan lidah pesakit untuk berbicara.Atau orang yang terkena santau tersebut telah mrngeluarkan barang-barang santau tersebut. Bagaimana hendak dikaitkan dengan hal akidah pengamal serta pesakit tersebut kerana rawatannya berkesan dan pesakit itu sembuh?
Jawab :
Untuk pengetahuan, selawat Syifaa yang dibacakan tersebut terdapat kesalahannya. ketahuilah bahawa sesiapa yang beramal dengan selawat Syifaa bahawa lafaz selawat tersebut mengandungi syirik terhadap Allah Azza wa Jalla.
Berhentilah dari mengamalkannya dan buanglah amalan tersebut dengan menyebut Bismillahir rahmaanir Raheem. Sekiranya tidak dibuang secara demikian maka Jin-jin akan tetap berdampingan dengannya dan tidak akan lari waplau dihalau secara apa sekalipun.
7. Ustaz, apabila amalan tersebut berkesan maka pengamal dan pesakit yakin bahawa amalannya tidak berkaitan dengan hal tauhid?
Jawab :
Segala-galanya harus. Sembuh itu harus dan begitu juga ke Neraka.
8. Ustaz, bolehkah ustaz berikan panduan ayat daripada surah apakah dalam Al Quran yang memberi amaran kepada sesiapa yang melakukan amalan syirik, bid’ah dan tawassul nescaya Allah akan beri dia seekor Jin atau syaitan pendamping?
Jawab :
Surah Saba’ ayat 40-41
9. ustaz, sekiranya ustaz perawat tersebut membaca Ayat Al Quran, selawat lalu tiba-tiba Jin itu keluar. Adakah ini juga merupakan satu perangkap Syaitan supaya ustaz tersebut meyakini bahawa rawatannya itu berkesan?
Jawab :
Bagaimana hendak mengetahui yang Jin-jin tersebut sudah keluar dari tubuh pesakit? Adakah ustaz tersebut sendiri yang memaklumkan? Ada kah sesiapa yang melihat Jin tersebut keluar? Tidak bukan? Jelas dakwaan yang mengatakan Jin telah keluar merupakan penipuan semata.
10. Ustaz apabila pesakit dirasuk Jin, suaranya akan bertukar menjadi garau. Dari manakah datangnya suara tersebut?
Jawab :
Tanda-tanda seseorang yang telah dirasuk oleh Jin antaranya ialah suaranya akan bertukar. Saya pernah berdebat dengan seorang Guru yang anti hadith di dalam sebuah masjid. Ketika saya menasihatkan agar jangan menjadi seorang yang menipu agama Allah lalu suara Guru tersebut berubah sambil merayu agar jangan memarahinya. Bererti Syaitan akan merasa takut apabila penipuannya itu terbongkar.
11. Benarlah kata-kata ustaz bahawa ini satu pembohongan. Jin yang berada di dalam tubuh pesakit yang merintih dan meronta tiba-tiba pesakit sembuh setelah dibacakan beberapa potong ayat Al Quran. Lalu semua orang mempercayai bahawa Jin telahpun keluar sedangkan tidak seorangpun yang melihat Jin itu keluar.
Jawab :
Hanya bomoh sahaja yang mendakwa Jin telah keluar. Hakikatnya Jin itu masih ada dalam tubuh pesakit. Ia hanya perlu mendiamkan diri agar tiada sesiapa yang tahu keberadaannya itu. Maka Jin itu telah berjaya membuatkan ahli keluarga tersebut sesat. Berjayalah tipudaya Syaitan dan tidak perlulah mereka untuk merasuk lagi kerana syaitan hanya bertujuan hendak menyesatkan manusia sahaja. Mission accompished!
12. Ustaz, kawan saya telah dirasuk dan mereka mengatakan dia diganggu oleh Saka dari Datuk neneknya yang turun kepadanya, benarkah?
Jawab :
itu adalah tipudaya Syaitan sahaja. Tidak ada manusia yang boleh mempusakai Jin. Syaitan mahu buat kita percaya sedemikian agar mudah untuk ia menyesatkan kita.
13. Assalamualaikum, ustaz. Ada orang bertanya, berdosakah jika kita terima hudud yang Kelantan telah implemented?
Saya berpandangan perlu melihat pada niat seseorang. Sekiranya seseorang itu tidak mahu menerima kewajiban hudud maka ia berdosa serta imannya juga terjejas. Kerana hudud adalah hukum Allah. Kita wajib menyokong ulama yang berusaha menegakkan hukum hudud. I berkaitan dengan keimanan terhadap Allah. Bukan sekedar percaya semata malah perlu ada yakin. kerana hudud termaktub di dalam Al Quran dan AlQuran itu Kalam Allah. Apa pandangan ustaz?.
Jawab :
teruslah mengikuti tafsir Al Quran di sini nescaya kamu sendiri yang akan perolehi jawapannya.
Sekiranya terdapat ulama yang berjuang untuk menegakkan tauhid apakah tidak boleh disokong?
Bagaimana pula jika terdapat ulama yang menganjurkan solat hajat sedangkan ada ulama lain yang menegur amalan tersebut dengan mengatakan bahawa ini perbuatan syirik?
Perkara yang paling utama dan penting ialah hendaklah kamu berusaha menyibarkan ajaran tauhid. Walaupun kamu menyokong hudud tetapi tauhid kamu sendiri tidak diperbaiki, bercampur-aduk dengan amalan bid’ah dan syirik terhadap Allah semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. kerana akibat dari perbuat syirik dan bid’ah tersebut akan membawa ke Neraka yang kekal abadi.
14. Ustaz, adakah karomah itu terjadi kepada orang kebanyakan sebagaimana yang didakwa berlaku ke atas wali-wali? Di mana dengan karomah tersebut mereka mendakwa boleh mengetahui sesuatu yang manusia biasa tidak ketahui?
Jawab :
Sekiranya ianya adalah Karomah maka itu adalah dikhaskan untuk para wali. Maka perlulah dikenalpasti apakah karomah itu dan apakah ciri-ciri asas seorang wali Allah.
Bila menyebut tentang mukjizat maka ia tidak menimbulakn sebarang masalah kerana mukjizat hanya berlaku kepada para nabi:
1. Tidak boleh dbuat sendiri oleh nabi tetapi ia anugerah dari Allah.
2. Ia jarang-jarang berlaku.
3. Ia tidak berlaku secara berulang-ulang.
Karomah pula berlaku kepada para wali;
1. Karomah tidak dibuat sendiri oleh wali tersebut
2. Tidak berlaku berulang kali.
3. Boleh terjadi karomah itu pada bila-bila masa.
Adapun Wali pula siapakah yang layak bergelar wali?
1. Dia mestilah seorang guru yang mengajar masyarakat.
2. Dia mestilah sudah memahami dan mengetahui apakah itu syirik serta apakah itu tauhid.
3. Dia tidak buat amalan syirik dan bid’ah.
Oleh itu, sekiranya wali tersebut bukan seorang Tok Guru maka dia bukanlah seorang Tok Wali. Dia pula mestilah mengetahui tafsir Al Quran serta sunnah nabi saw. Dia bukannya seorang ahlul bid’ah.
15. Ustaz bolehkah manusia melihat Jin atau menangkap Jin?
Jawab :
Apabila nabi saw berkata bahawa Allah telah membuka hijabnya untuk dia melihat maka itu adalah merupakan mukjizat nabi saw.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum dan maaf bertanya,
Betulkah tiada hadis yang menerangkan tentang kelebihan membaca surah-Albaqarah di mana syaitan tidak akan menggangu rumah yang dibacakan surah tersebut?
Memang ada hadis tentang Surah al-Baqarah dan 2 ayat terakhir Surah Al-Baqarah untuk menjauhkan gangguan dalam rumah.