Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim Tadabbur Kalamullah 6 Ramadhan 1436h

Tadabbur Kalamullah 6 Ramadhan 1436h

95
0
Iklan

Layanan Terhadap al-Quran

 

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ …

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…..” [Surah Al-Baqarah 185]

 

  • Al-Quran adalah kitab yg keutamaannya melebihi segala kitab dan ucapan. Diturunkan sebagai petunjuk dan penyelamat daripada kesesatan
  • Membacanya walaupun tidak faham tetap dikira ibadah dan dijanjikan ganjaran yg besar. Sabda Nabi saw:

    “Sesiapa yg membaca 1 huruf drp kitab Allah maka baginya 1 kebaikan. Setiap 1 kebaikan akan dibalas dengan 10 kali ganda” (HR at-Tirmizi)

 

  • Malangnya kita tidak menjalinkan hubungan mesra dengan kitab Allah padahal ia dipenuhi pelbagai keajaiban dan kenikmatan yg memikat hati dan perasaan.
  • Para ulama’ salaf melihat bulan Ramadhan bukan hanya bulan puasa, namun juga bulan Al-Quran.
  • Ibrahim an-Nakha’i berkata: “Aswad bin Yazid seorang ulama Kufah mengkhatam Al-Quran di bulan Ramadhan setiap 2 hari sekali. Beliau tidur antara Maghrib dgn Isyak. Selain bulan Ramadhan, beliau mengkhatam al-Quran setiap 6 hari sekali”
  • Berkata Salam bin Abi Muti: “Biasanya Qatadah, seorang ulama tabiin Basrah mengkhatam Al-Quran setiap 7 hari sekali. Bila tiba Ramadhan, beliau akan khatam setiap 3 hari sekali. Pd 10 mlm terakhir, beliau mengkhatam Al-Quran setiap hari sekali”

Masing2 kita tanya diri kita, tidak tergerakkah hati kita utk meniru dan mencontohi para ulama’ ini meskipun kita hanya mampu khatam hanya sekali sepanjang Ramadhan ini??!!

 

~Jadikan Bulan Ramadhan Bulan Al-Quran Bukan Bulan Makan~

Komen dan Soalan