Kesan Bila Manusia Bertqwa
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”َ [Surah Al-Baqarah 183]
Bila hati kita bersih dan segala pancaindera dapat dikawal daripada dosa maka lahirlah umat yg bertaqwa sebagaimana dikehendaki oleh Allah. Bila lahirnya pemimpin yg bertaqwa maka tiada lagi berlakunya kezaliman terhadap rakyat dan penyalahgunaan kuasa dlm mengaut keuntungan peribadi. Bila lahirnya pegawai kerajaan dan kakitangan syarikat bertaqwa maka tidak berlakunya pecah amanah dan rasuah. Bila lahirnya peniaga yg bertaqwa maka tiada lagi amalan tipu dan monopoli harga barangan demi mencari keuntungan melampau. Bila lahirnya anggota masyarakat yg bertaqwa maka tiada lagi kes kecurian, ketagih dadah, rogol dan sebagainya.
Bila lahirnya suami yg bertaqwa maka tiada lagi kes penderaan dan pengabaian rumahtangga. Bila lahir isteri yg bertaqwa maka tiada lagi kes penderhakaan. Bila lahir anak yg bertaqwa maka tiada lagi kes melawan ibubapa. Bila lahir pelajar yg bertaqwa maka tiada lagi kes malas belajar, buli dan jenayah di tempat belajar.
Betapa indah dan damainya bila setiap anggota masyarakat bermula drp pemimpin hingga anak kecil bertaqwa kepada Allah sehingga keberkatan dan nikmat hidup melimpah-limpah datangnya daripada Allah