Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.09.03 #260315: Jenis-Jenis Kitab Hadits

01.09.03 #260315: Jenis-Jenis Kitab Hadits

599
0
Iklan

 

Nota 01.09.03 Mengenal al-Riwayah, al-Rawi dan al-Marwi. Susunan: BroSyarief

 

AL-RAWI (الراوي)

al-Rawi bermaksud periwayat atau penukil. Secara teknikal, ia merujuk kepada orang yang meriwayatkan hadits atau atsar dengan sanad yang bersambung sehingga kepada orang yang mengucapkan.

 

AL-MARWI (المروي)

al-Marwi pula merujuk kepada apa yang diriwayatkan atau dinukilkan. Secara teknikal ia merujuk kepada teks hadits atau atsar yang diriwayatkan oleh periwayat dengan sanadnya.

 

JENIS KITAB HADITS

  1. al-Jawami’ (الجوامع) – kata ganda bagi al-Jaami’ (الجامع) : Susunan tertib di dalamnya meliputi kesemua bab-bab agama. Cth: Jami al-Sahih, Jami’ at-Tirmizi, dan lain-lain.
  2. al-Sunan (السنن) : Kebiasaannya disusun tertib di dalamnya meliputi bab-bab fiqh sahaja. Cth: Sunan Abu Dawud, Sunan an-Nasaie, dll.
  3. al-Muwatthoat (الموطآت) – kata ganda bagi al-Muwattho (الموطأ) : Menghimpunkan bab-bab fiqh juga. Berbeza dengan sunan, ia juga mengumpulkan kata-kata sahabat dan tabi’in.  Cth: Muwattho’ Malik, Muwatto’ say-Syaibani, dll.
  4. al-Mushannafaat (المصنفات) – kata ganda bagi al-Mushannaf (المصنف) : Penyusunan dan isi sama seperti Muwattho, cuma nama sahaja berbeza. Cth: Mushonnaf Abd ar-Razzaq, Mushonnaf Ibn Abi Syaibah, dll.
  5. al-Masanid (المسانيد) – kata ganda bagi al-Musnad (المسند) : Disusun mengikut tertib nama sahabat yang meriwayatkan, biasanya bermula mengikut keutamaan sahabat. Cth: Musnah Ahmad, Musnad at-Thoyalisi, dll.
  6. al-Ma’ajim (المعاجم) – kata ganda bagi al-Mu’jam (المعجم) yang juga bermaksud kamus : Disusun mengikut nama sahabat, tetapi mengikut tertib huruf dalam kamus. Cth: Mu’jam al-Kabir li at-Thabrani.
  7. al-Mustakhrajat (المستخرجات) – kata ganda bagi al-Mustakhraj (المستخرج) : Penulis mengumpulkan hadits dari salah satu kitab hadits, dan ditakhrijkan hadits-hadits dengan sanad penulis sendiri yang bersambung dengan sanad penulis asal, sama ada bertemu pada guru penulis asal atau siapa sahaja di atasnya, malah sahabat sekalipun. Cth: Mustakhraj al-Ismaili ‘ala Sahih al-Bukhari, Mustakhraj Abu Nu’aim ‘ala Sahihayn, dll.
  8. al-Mustadrakat (المستدركات) – kata ganda bagi al-Mustadrak (المستدرك) : Penulis mengumpulkan hadits-hadits dari salah satu atau lebih kitab-kitab hadits yang kemudian ditambah ke atasnya apa yang tertinggal, dengan syaratnya. Cth: Mustadrak ‘ala Sahihayn li al-Hakim, di mana Imam al-Hakim mengumpulkan hadits-hadits yang memenuhi syarat sahih Bukhari dan Muslim, tapi tidak dimuatkan di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
  9. al-Ajza’ al-Haditsiyyah (الأجزاء الحديثية) – kata ganda bagi al-Juz’ (الجزء), yang bermaksud bahagian : Kitab yang dihimpun di dalamnya hadits-hadits salah seorang dari sahabat, atau seseorang dari kalangan periwayat, atau yang dikumpul atas permintaan tertentu, atau keadaan tertentu. Cth: Juz’ Hasan ibn ‘Urfah, Juz Raf’u al-Yadain li al-Bukhari, dll.
  10. al-Fawaid al-Haditsiyyah (الفوائد الحديثية) : Terhimpun pada hadits-hadits yang pelik perkataan-perkataannya. Cth: al-Fawaid al-Sammuwayh li al-‘Abdi, al-Fawaid li al-Razi
  11. al-Amali al-Haditsiyyah (الأمالي الحديثية) : Hadits-haditsnya ditulis dari bacaan guru-guru mereka kepada mereka. Cth: al-Amali li Abi ‘Abdillah al-Mihaamali, al-Amaali li Abi Thohir al-Baghdadi, dll.

 

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan